MENU HARI RAYA HAJI SEMALAM

MENU HARI RAYA HAJI SEMALAM | Assalamualaikum korang! Masih mood berhari raya lagi ke tu? Mestilah kan, masih lagi mesjid dan surau jalani ibadah kurban, takbir raya pun masih berkemundang sehingga hari akhir tasyrik dan kebetulan pulak cuti sekolah seminggu, sakanlah korang berhari raya ek. Sis mood raya dah suam-suam kuku, lagipun Suami pun dah gerak balik Paka pagi tadi, esok sana dah mula kerja, so raya setakat semalam aje la.

Semalam pun, lepas Suami dan anak bujang solat hari raya di mesjid berdekatan rumah Sis, kami makan dulu anak beranak di rumah, kemudian terus ke rumah Emak. Emak pulak tak sihat, 2 hari sebelum raya dia jatuh dan kakinya terseliuh sampai tisu koyak, jadi raya haji kali ni Emak off tak masak, adik Sis Mamanya Mia yang masak. Makanya takdelah sambal kacang Emak raya kali ni.

Dan apalagi Sis pun kenalah juga masak lebih sikit dan bawa ke rumah Emak untuk anak-anak saudara dan Emak juga. Menu raya haji Sis kali ni, sama aje macam menu raya puasa, cuma kali ni takde buat semur ayam atau daging dan takde sambal goreng juga lauk kambing.

Suami taknak kambing, dia minta masak rendang daging lembu aja. Menu permintaan anak biasalah, Ayam masak merah dan juga sayur lodeh, itu aje menu Sis masak untuk raya haji kali ni.


Haa nampak tu, siap-siap bekal nak bawak ke rumah Emak pagi semalam. Ye laa, anak saudara ramai, anak Sis pun kuat makan gak, so kenalah bawak lebih dan pepandailah kan, jangan tau datang rumah Emak, taunya duduk terus makan aje kan, tak patut kan, so kenalah masak juga dan bawak untuk sama-sama kongsi.

Adik Sis pun masak ayam masak merah dan juga rendang ayam kampung. Kemain suka dan banyak Suami Sis makan rendang ayam kampung tu. Sedap pun ye, dan memang peberet dia kalau ayam kampung atau ayam tua ni. Adik yang sorang lagi pun sama, masak menu yang sama dan bawa juga ke rumah Emak, cuma ayamnya aje lain, dia masak kari hehehe.

Adik sorang lagi tak datang pagi, sebab menunggu Suami dia untuk bawa daging dan tulang kurbannya. Petang kata Emak baru dia datang. Siap bawa sup tulang kata Emak, ermm


Ada baca tak yang Sis kata nak cuba Resepi Rendang Power tu? Sis ada share sebelum ni, haaa maka terjadilah dan boleh tahan sedap rendang power ni. Korang bayangkan Sis masak 3 kilo daging, masak sekuali, dan malam tadi selesai semua, licin kuali hahaha.

Suami dan anak bujang paling banyak makan, makan berulang-ulang sampai siap meratah sambil nengok Netflix. Memang semalam aktiviti siang kami anak beranak, makan tidur bangun makan tidur lagi dan makan lagi aje hahaha šŸ˜†

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/08/resepi-rendang-daging-power.html


Pagi raya semalam memang lepak aje rumah Emak, tengah hari sikit balik rumah panaskan lauk, kemudian Sis dan Suami dan anak-anak tidur sampai nak terlajak Asar baru bangun. Tidur jenis tak sedar langsung hahaha. Nak kata mengantuk tu idok, tapi Suami kata tidur ular sawo kekenyangan hahahaha.

Then bangun tidur makan, pastu nengok dan layan Netflix sampai ke lepas Maghrib. Malam plan asal nak ke rumah Adik, tapi Adik mesej kata dia masih di rumah Emak, so apalagi, bila kata tak jadi, anak-anak ajak keluarlah, so kami anak beranak lepak dan makan burger di Burger King Sri Alam. Makan dan berboraklah kami anak beranak. Yang Ayahnya suka mengusik, berdekah-dekah kami anak beranak gelak dalam tu.

Itulah cerita raya haji Sis kali ni. Bila dapat berkumpul ramai-ramai. usik mengusik Ayahnya dan anak, jadi ribut kejap. Tapi itulah kebahagiaan kami šŸ’•

So cite raya haji korang pulak macam mana? Masih ada lagi ke lauk raya korang? hehehe.
Sis dah siap cuci kuali dan periuk dah..tekak nak asam pedas pulak dah..



P/S: Syukur alhamdulilah, banyak rezeki dapat daging kurban.

14 comments:

  1. Hi, Salam Aidiladha !
    Kami raya luar negara, x merasa daging qurban uiii~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Haji @Nona..
      Kemain ko ea , raya oversea katanya....

      Delete
  2. menu kita pun macam tu jugak... tak de buat yang lain dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Rohaida, menu biasa juga hehehe licinnn hari raya pertama..hehehe

      Delete
  3. kita pun sama dah gantung kuali kuala, hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha senangkan, semalam makan mee hoon bodo-bodo aje Kak @Seri hahahaa...

      Delete
  4. Assalamualaikum lin.tahun ni mama masak nasi impit dgn redang daging jer lin menu yg lain x masak pun...anak2 semua bekerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @maszull..oo mereka bekerja ke Maa..ye laa, ada yang amik, ada yang tak amik cutinya kan..

      Delete
  5. Ya allah...sedapnya..SA blom up lagi menu raya haji..nak buat cane..masa raya haji di uji ngan sakit perut...terbaring je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah sedap, sampai licin hari raya pertama lagi @Suria..
      Kesian SA, moga cepat sihat la tu..jaga diri ya..

      Delete
  6. alhamdulillah...bahagia itu sampai ke dalam hati ini..gitttewwww sissss kuu! hahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.