NASIHAT 19 - WASIAT BUAT SUAMI

NASIHAT 19 - WASIAT BUAT SUAMI | Wahai Nabil! Sampaikanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu, serta seluruh perempuan beriman supaya mereka melabuhkan kain yakni dipakai sehingga menutup tubuh mereka.

Kain yang dipakai itu seumpama jilbab yang kainnya luas menutupi tubuh badan wanita. Kemudian beritahulah kepada mereka untuk meletakkan khimar yakni kain yang diletakkan di atas kepala, atau namanya hari ini tudung.

Hendaklah kain yang jatuh daripada kepala itu menutupi bahagian dada mereka.

Ini adalah kerana pada zaman jahiliah dahulu, kaum wanita telah ada yang menggunakan penutup kepala itu namun ekornya diletakkan ke belakang sehingga nampak bahagian leher dan dada mereka.

Seterusnya beritahulah kepada mereka supaya tidak menunjukkan perhiasan-perhiasan mereka yakni tempat yang mengundang fitnah. Sebagai contoh bentuk badan mereka sendiri itu termasuk bahagian dada yang mengundang fitnah.

Namun lihat sahaja apa yang berlaku hari ini, pakaian kaum wanita lebih jahiliah daripada zaman jahiliah dahulu, dan boleh jadi orang pada zaman jahiliah dahulu pun berasa malu untuk berpakaian dengan pakaian yang ada sekarang.

Inilah fenomena jahiliah abad ke-20 yang lebih teruk daripada jahiliah yang pernah ada dahulu. Ini kerana jikalau dahulu yang dinampakkan hanya sedikit bahagian leher dan dada. Hari ini lebih daripada itu lagi.

Tidak akan berlaku sebegini sekiranya akan segala yang diatur oleh Allah swt perihal menutup tubuh badan dan juga kepala sebagai memelihara kehormatan stiap kaum wanita.

Sedarilah yang diatur oleh Allah swt itu bukan pengekangan kepada kaum wanita, akan tetapi inilah penghormatan bagi mereka.

Umpama jikalau diri kita mempunyai sesuatu yang berharga seperti emas dan permata, dimanakah yang kita akan letak? Apakah akan diletak di mana-mana sahaja? Sudah pasti akan disimpan di tempat yang selamat yang dengan tempat itu juga terjaga ketulenannya.

Maka, sebegitu cermatlah Islam memelihara kaum wanita supaya disedari mereka akan ihsannya Allah kepada mereka yakni benar-benar ingin mereka berada dalam kemuliaan yang sebenar.

Dan Allah swt mengiktiraf kedudukan mereka dalam kalangan umat sehingga dinamakan salah satu dalam Al-Quran iaitu Surah An-Nisa'.


Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri 
#SisSharing


P/S: Moga Sis juga istiqomah dalam menutup aurat..aamiinn..

12 comments:

  1. Ye betul... Zaman sekarang macam-macam fitnah dah terjadi. Takutnya LeYa untuk mengharungi seterusnya. Moga di zaman moden ini kita semakin dekat dengan Islam dan menjaga batas-batas pergaulan sebagai seorang wanita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar, moga kita semua istiqomah dan minta dijauhkan dari hati berbolak balik kan @Iiiya ..

      Delete
  2. Nabi dah pesan akhir zaman ni, lelaki para suami kena ikat anak isteri di rumah sebab khuatir terjerumus dalam fitnah Dajjal kan >.< Kita la tu orang perempuan ~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat menakutkan @Syaza..moga kita semua dijauhkan dari sikap itu..

      Delete
  3. Replies
    1. InsyaAllah...moga bermanfaat buat semua ye Kak @Seri..

      Delete
  4. betul kak, dana pun semakin berusia, cuba untuk terus cuba perbaiki diri, dulu tudung pendek, kdg atas dada, kita labuh kan sikit, skrg alhamdulillah dh labuh lbh dada belakang juga tp tulah kdg terkhilaf juga... moga kita sentiasa istiqamah utk berubah jd lbh baik...

    kdg tgk ramai artis2 kita, bertudung tp baju nya ikut body, tudungnya cuma sampai leher... menutup aurat lbh pd fesyen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer @Norhidana, kita jangan pandang orang, kita cermin diri kita aja, moga kita istiqomah untuk terus menutup aurat ..

      Delete
  5. aaminnn..sama lah kita kak. semoga kita semua istiqomah dalam bertudung dan berpakaian mengikut syariat Islam. Tengah perlahan-lahan kayuh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, moga kita sama-sama istiqomah @Sheila, janji niat tu dah ada..

      Delete
  6. insya'Allah...usaha sikit-sikit...tambah kelabuhan sedikit demi sedikit, lama-lama akan rasa malu kalau pakaian tak cukup menutup dan terdedah segala yang tak sepatutnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn @Sunah, selalulah menegur dan tegur Sis ya...kadang kita ni khilaf sampai lupa semuanya...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.