DAGING KURBAN MASAK LEMAK CILI API IKUT SEDAP TEKAK SENDIRI

DAGING KURBAN MASAK LEMAK CILI API IKUT SEDAP TEKAK SENDIRI | Semestinya ikut tekak sendiri, takkan nak ikut tekak orang pulak. Lainlah kalau nak makan ramai-ramai, memang kena tanya tekak orang lain, kot ada yang taknak pedas ke, nak pekat ke, nak cair ke, tapi kalau ikut tekak sendiri, yaaa kita masak ikut sukahati..

Kan dah kata, jarang sangat Sis nak masak lauk berkuah kalau tak ye ye. Sebab takde siapa nak makan, tapi sebab dah berkali-kali sendiri sebut, nak masak daging kurban tu masak lemak cili api, makanya kena tunaikan, supaya tidak kempunan tersandung batu di tengah jalan hahahaha.

Dan akhirnya, terjadilah Daging Kurban Masak Lemak Cili Api. Rasa dia sedap sangat! Ye laa sedap ikut tekak sendiri hehehe tapi anak Sis, Yana pun kata sedap hokay!!


Semangkuk ni ada 2 kilo daging kurban. Daging kurban adik yang buat kurban raya haji lalu tumbang sekor dia satu family, alhamdulilah. Simpan aje tak masak-masak, last-last termasak juga akhirnya. Sis rebus masuk dalam Noxxa Sis selama 15 minit aja, sebab taknak dia rapuh lembut sangat, tapi tetap juga lembut!

Nasib juga Noxxa masih boleh guna lagi lepas jatuh tu, kalau tidak..jenuh nak merebusnya uii..
[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2018/08/wordless-wednesday-jatuh-dan-pecah.html



Ikutkan mulanya Sis nak salaikan daging tu dulu, konon-konon nak buat macam daging salai, tapi perut dah lapar sangat, makanya rebus dan terus je masak kekdahnya..Resepi biasa aje, Sis pun belek resepi Mat Gebu masak lemak cili api dia, pun lebih kurang je bahan yang Sis guna.

Cuma nak pelbagaikan tu je ikut suka korang. Nak letak belimbing buluh ke, nanas ke, kentang ke, terpulang, macam Sis, takde letak apa-apa sebab masak apa yang ado jer. Pun sedap! Terlebih kunyit je, tu yang macam nak pitam nengok kuning kuahnya hahaha.

[Resepi Mat Gebu] : https://www.tiffinbiru.com/2010/03/daging-lemak-cili-padi.html


Sis masak, Sis belender bahan semua. Lepas tu tumis sampai pecah minyak, then masukkan air dan santan, biar sampai mendidih baru Sis masukkan daging, then buka api kecik, biar mereneh sampai daging resap dan kuah pekat sikit.

Lain orang lain cara. Janji sedap tekak sendiri sudah lerr.. Lepas dah siap je, ceduk nasi terus makan. Lapar dia kemain lapar, tak boleh bawak bincang betul! Hahahaha. Sampaikan nak ceduk semangkuk tadi sampai menjilat di tepi pinggan hahaha. Dan satu perangai sejak-sejak ni, asal nak makan nasi mesti nak telur mata, asal goreng telur mata, mesti nak makan nasi. hahahaha

Sebelum makan tangkap gambar send kat anak,Yana...tak sampai setengah lepas makan, eh tup-tup dia balik..katanya lapar tengok lauk Mak hahahaha. Nak send kat Suami, malas...sian lak dia tengah bizi kerja 'shutdown' tu kat sana. So biarkan le dia buat kerja dia ..kita buat kerja kita hehehe.

So korang masak apa harini? Sis harini tak masak, lauk tu ada lagi, cukuplah buat makan tengah hari kang. Petang ke malam kalau lapar, pepandai le merangkak dapur cari makan ...

Dah, jom sambung tidur buat kerja ..
Jumpa nanti..Bai



P/S: Teringin nak minum Starbucks tetibaaaa....aje gile!!! Oii Sis Lin!! Bawak mengucap!!

16 comments:

  1. Serius la Lin, kalau akak pun jadi Yana, akak balik oi tengok lauk kau. Dengan lemak kuningnya, dgn daun kunyitnya, mesti sedap takleh bawa sembang ni, hahaha. Makan senyap terus menikmati keenakannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee tu ler, tau-tau kejap tu balik makan semata hahaha..Kita pun tak sangka sebenarnya kuning lemak semalam menjadi dan rasanya mabeless semalam Kak @Seri...*angkat bakul sendiri hehehe

      Delete
  2. Antara my fav dish....tp kena pantang dulu...kalau SA suka letak lemak tetel sekali...huiiii....sodapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Suria, baik-baik tau makan, pantang dulu, dengar nasihat Doktor ya, nanti dah sihat baru makan sepuasnya...

      Delete
  3. aku punya daging korban tak masak lagi sampai sekarang. ingat nak buat sup daging ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat sup pun sedap, makan dengan sambal kicap @Tatie..perghhh

      Delete
  4. perghhhh kuning dia tu menggoda kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, kekuningan dia menjadi pulak kali ni @Sheila ..

      Delete
  5. terbau sampai sini boh daun kunyit tu kak... aduhai sedapnya bau...
    mesti lg selera n bertambah2 mkn nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn wangi sangat masa menumisnya @Norhidana..hehehehe

      Delete
  6. sedapnya sis. suka juga menu ni tapi bukan sendiri masak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sabo je le ayat ko @Mar hahahaha

      Delete
  7. Kalo nak buat daging salai macam mana ek siss..tiber aku dengan kepala sakit ni bukak blog sis kat tepon semata2 cari entri pasal daging masak lemak..hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau daging salai, dagingnya kena salai-salai, macam asap-asapkan bakar ala-ala BBQ tu @Sunah..then baru masak macam biasa..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.