HABIS DEGREE, KAKAK SAMBUNG MASTER DI MSU JUGA. ALHAMDULILAH

HABIS DEGREE, KAKAK SAMBUNG MASTER DI MSU JUGA. ALHAMDULILAH | Alhamdulilah, selesai sudah hari yang di nantikan iaitu Kakak terima sijil Degree dia di Majlis Konvokesyen MSU yang ke 25th pada Sabtu lepas. Segala usaha dan kejayaan yang Kakak usahakan, akhirnya berakhir juga dengan penerimaan sijil tamat Degreenya.

Walaupun keputusan akhir CGA Kakak hanya 3.78 tapi sudah cukup bagus untuk Kakak terus maju ke depan usaha dan terus berusaha untuk sambung Masternya pulak. Bak kata si Kakak, 'Ingat senang ke nak capai lebih pointer 3.5 (Dekan) setiap exam, tak tidur, stress, struggle oii' katanya.. tapi see akhirnya berbaloi dengan usaha yang Kakak buat..anak bujang Sis cakap 'Kakak makan pendrive ke?' hahahaha..

[Lihat video ini] https://youtu.be/ffplhH4xf6E

Itu yang masa kat dewan, sewaktu anak masuk berarak masuk, melihat dia bersama kawan-kawannya yang berjaya, melihat Kakak tersenyum, Sis rasa sebak, sedih terharu sangat, bangga jangan cakaplah, Ibu Bapa mana yang tak bangga melihat kejayaan anaknya. Tu yang Suami kata 'Emak ko ni sikit-sikit nangis, Kakak naik pentas pun nangis' Hahahaha..ye laaa terharu..

[Lihat video ini] https://youtu.be/WkFlaJUs1E0

Bila dewan menyebut nama anak Sis 'Nurul Nastasea Sabar', meremang bulu roma, rasa nak jerit aje nama Kakak hahaha nasib baik control lagi hehehehe...Kalau tak, ada viral muka depan surat khabar hahahaha. Haperr ko ingat pom pom girl ke Sis oii hahahaha

Masa majlis konvo tu pun, anak Sis dah pun mendaftar sambung Master di MSU juga. 15/8 ni akan mulalah Kakak sambung belajar. Rumah sewa dan segalanya dah pun Ayahnya uruskan. Alhamdulilah juga semuanya dipermudahkan..

Sis dan Suami pun sentiasa menyokong aje apa yang anak minat. Selagi minat nak belajar, Mak dengan Ayahnya akan sentiasa membantu, tak kisahlah walaupun bergolok bergadai sekalipun, janji Kakak nak dan minat nak belajar, Mak dan Ayahnya akan sentiasa support kakak dari belakang. Untuk masa depan Kakak juga.

Sis dan Suami tak menaruh harapan tinggi pada anak-anak sebab takut bila anak tak boleh buat, mereka akan rasa kecewa pada diri mereka sebab tak boleh buat yang terbaik, jadi Sis dan Suami hanya mampu berdoa dan serahkan semuanya pada diri Kakak sendiri. Dia yang belajar dia yang tau dan rasa macam mana peritnya nak capai kejayaan.

Bila dah berjaya, untuk siapa? Untuk dirinya jugakan..so kita sebagai ibu bapa mampu mendoakan kejayaan anak-anak aje, jangan push dan jangan menaruh harapan, lagi pulak anak Sis tu perempuan, takut kalau pepatah orang tua tu jadi kenyataan, 'belajar tinggi-tinggi, akhirnya ke dapur juga'.. makanya berserah aje la..

Untuk kakak, Mak dan Ayahnya doakan moga Kakak terus berjaya dan berjaya sampai ke menara gading sehingga Kakak berbangga kepada diri kakak sendiri.

Meh Sis kongsikan sedikit gambar sekitar majlis konvokosyen anak Sis di MSU baru-baru ini.

Kali ni Kakak kata nak bunga matahari, haa sekali besar Ayahnya belikan untuknya hehehehe RM120 ko!
BFF merangkap group study Kakak, Kenneth paul, yang menerima anugerah Presiden Graduan Sarjana Muda sains Bioperubatan (kepujian). Pointer dia sampai 4.0. Tahniah Kenneth!
Tahniah buat Kakak. Ada nampak nama anak Sis? Hehehe
Bersama Emaknya Mimi, BFF Kakak yang minta amik gambar sebagai kenangan.
Kesayangan hamba..Time ni Adik-adiknya semua tak dapat nak pergi. Hanya Sis dan Suami aja. 

Sis kongsikan semuanya di sini (blog) sebagai jadi kenang-kenangan satu masa nanti. Yang nak fikir negetif tu, silalah keluar dari sini. Dan yang rasa ada nak merampas kebahagiaan orang lain, cermin-cerminlah diri anda...

Tahniah buat Kakak !!
Now tengah sibuk nak siapkan barang-barang rumah sewanya dan nak mengangkut balik ke Shah Alam sana, phewww barangnya kuss semangat...kena tunggu Ayahnya balik nanti baru boleh settle. Ayahnya pula dah nak sibuk shutdown ni, adeiii...Emaknya lee yang kena hadap kang...

Sis doakan moga anak-anak kalian semua juga berjaya dunia akhirat! Jangan lupa support anak-anak selagi mampu. Usaha, ikhtiar dan banyakkan berdoa. InsyaAllah Allah permudahkan..

[Baca juga] : https://www.sislin76.com/2019/08/alhamdulilah-tahniah-kakak.html



P/S: Kalau yang perasan p/s post sebelum ni, baju tu le seboleh Suami suruh Sis ko pakai. Mungkin nampak lebih cantik di matanya 💘

16 comments:

  1. tahniah! :)

    http://sayesyadiya.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. tahniah buat si kakak, moga terus maju jaya...

    cantik betul emaknya berbaju hijau tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, terima kasih @Norhidana ...
      Hehehehe baju pilihan Ayahnya ...

      Delete
  3. tahniah buat anak sis lin. moga terus maju jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, terima kasih @Mar ...aamiinn

      Delete
  4. assalamualaikum lin...tahniah2 utk kakak...semoga terus berjaya lagi yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..
      Makaseh Mama...aamiinn

      Delete
  5. Tahniah buat kakak dan mak bapaknye

    ReplyDelete
  6. Seronoknya tengok kakak, uiii.. Ingat senang nak dpt 3.5 pun dah giler baek tau, hahahha. Apa yg kakak kecapo hari ini berkat doa restu emak dan ayah, jgn lupa lakukan yg terbaik utk master nanti kakak, good luck kakak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Kak, berkat usahanyanya..
      InsyaAllah, terima kasih Kak @seri mendoakan untuk Kakak, moga Iman juga akan kecapi kejayaan nanti ...

      Delete
  7. tahniah and good luck kakak for your future undertaking.. auntie nak sambung master dah tergendala sejak beranak pinak ni.. tunggu bebudak besor lah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makaseh Ummi @Hernee...takpe, kejar ilmu tu sampai hari tua pun takpe, janji ada keinginannya...good luck Her !

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.