MAKAN DI POLPERRO STEAK HOUSE PUASHATI. SEDAP DAN MURAH!

MAKAN DI POLPERRO STEAK HOUSE PUASHATI. SEDAP DAN MURAH! | Ada yang pernah makan di Polperro Steak House ni? Kalau orang Shah Alam mestilah tau dan dah ada yang pergi makankan? Sebab dia ada banyak cawangan. Bagi Sis ni yang datang dari Johor memanglah agak teruja nak tau, sedap ke tak sedap hehehe.

Tempat makan ni pun anak saudara Suami dan anak Sis yang rekemen malam tu dan terus bawa Sis, Suami dan anak pergi makan malam di sana, kebetulan masa tu kami semua menginap di rumahnya di Klang sewaktu anak Sis konvo di MSU baru-baru ni.

Seboleh-boleh anak saudara abang dan anak Sis nak bawa kami makan di sana, katanya situ best, sedap dan portion dia besar dan banyak, maka ke sanalah kami pada malam tu.

Ternyata memang femes tempat ni kot, masa kami datang, penuh satu kedai, nasib ada juga tempat kosong bahagian dalam tu. Polperro Steak House ni kata anak Sis, ada banyak cawangan, yang kami pergi malam tu di Syeksyen 7 kot rasanya. Sis pun dah lupa.


Masuk dalam duduk aje sekejap, dah ada yang datang nak amik order dan hantar otak-otak, kira servis dia bagus walaupun ramai pelanggan masa tu. Blur juga kejap nak order apa, sebab nengok menu semua sedap. Sori tak amik gambar menu sebab blur masa tu nak order sebab datang duduk aje terus order, tak sempat nak membelek hahaha.

Sis memang tekak rasa nak makan steak daging, so Sis memang order steak daging. Anak saudara Suami rekemen suruh order yang set jumbo. Kalau set jumbo dia set dengan udang galah sekali. Ooo okay kita order dan test.

Suami order Steak Kambing, anak Sis order Salmon Steak, dan anak saudara Suami dua-dua makan sup cendawan dan juga Grill Fish Jumbo.


Taraaa...yang ini Sis punya, Beef Steak Jumbo. Kemain mewah dan banyak gile ko set dia, terkejut nengok sampai terbeliak mata Suami nengok Sis masa tu hahahaha. Boleh ke habis ni. Daging dia tak silap Sis ada sampai 5 keping. Banyakkan.

Rasa dia sedap oii, memang terasa lada hitam di dagingnya, kuah lada hitamnya pun sedap. Rezeki Sis kata anak saudara, dapat udang galah kemain besar, tiba yang set lain semua dapat udang galah kecik hehehehe.

Frust tengok gambar camtu sebab lighting dalam kedai dia agak kelam dan lampu kuning. So gitulah jadinya gambar hehehe. Malas nak edit bagai ..


Yang ini Salmon Steak anak Sis punya. Pun ssma portion dia banyak dan mewah sekali. Rasa pun sedap kata anak Sis. Sis rasa pun sedap juga. Memang set jumbo macam ni puashati makan kalau korang betul-betul lapar. Tak lapar pun boleh makan kongsi kalau nak.

Menu lain-lain tak nyempat nak amik gambar, sebabnya, menu Sis sampai dulu, so Sis dah bizi makan dulu, tu yang leka makan sampai menu orang lain sampai pun tak sempat nak snap hehehehe.



Ni nak cakap satu, air minuman dia Sis suka sini sebab semua kurang manis. Sis tengah diet sugar dalam minuman, so Sis order air barli ais tanpa sugar, then bila rasa memang ternyata takde gula. Bukan apa biasanya kalau order air barli tanpa gula, nanti kalau minum pun masih ada rasa gula, tapi kat sini terus takde. Anak saudara Suami pun kata yang sama.

Keseluruhannya makan di sini memang sedap dan puashati. Kalau datang jauh-jauh makan sini, berbaloi laaaa..Tapi ni cawangan di sini, tempat lain Sis tak taulah.

Terima kasih buat Kak Idah dan juga Lan belanja makan malam kami. Moga bertambah rezekinya. Next time datang Klang nak ajak makan sini lagilah hehehehe.
Esoknya Kak Idah bawa pulak kami window shopping di Sentral i-City. Perghh best gile sopingmall dia. Nantilah cite ek.

Yang nak cuba, silalah, pasti puashati. Tapi tu review tekak Sis, tekak korang, kena cuba sendiri ya.

Cawangan Polperro Seksyen 7 Shah Alam
No.2 Jalan Kristal J7/ 7,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor.

No.Tel:03-55236679

Facebook : Polperro Steak House 



P/S: Ada siapa yang tau macam mana nak buat sos lada hitam steak yang sedap? Kalau ada sila komen ya.

20 comments:

  1. Enaknya makan2 tu eh, Lin. Sampai tak sempat amek gambar pinggan orang lain, hahaha.

    Kalau nak buat sos lada hitam sedap utk steak tu, benda penting kena beli, Demi Glace. Yg tu mmg ada jual kat pasaraya dan ada byk brand jugak. Tmbh bawang besar & bwg putih, air dan lada hitam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha iyerr melayan daging steak dia sedap gile Kak @Seri, tak toleh sana sini dah hehehe..

      Ooo tu rahsianya ek, nanti nak cari laa...Makaseh kak..

      Delete
  2. aduh menggoda nya. nasib baik perut ni dah kenyang masa tengok gambar ni. hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee...selamat juga tu kenyang, kalau tak kena laa terjah ye @Umi ..

      Delete
  3. assalamualaikum lin...wow mmg nampak sedap jer tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..memang sedap, murah pulak tu Maa..

      Delete
  4. Sedapnya Lin.. Kak Sue rajin juga ke Shah Alam tu kalau ada urusan kat stadium. Nanti ingat nak cuba juga lah.. tq for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr kak @Sue memang sedap, puashati makan kat sini, nanti cubalah singgah dan makan ya...

      Delete
  5. nampak macam sedap je... tapi jauh lah... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Mia, jauh sana, kalau kot ada ke sana , boleh singgah yaa..

      Delete
  6. Ya allah...sabar SA...sabar..pantang dulu 3 bulan.....sabar la hati..tapi memang sedap nampak semua tu ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe sabar @Suria, nanti lepas pantang pun kena jaga juga, jamah sikit-sikit masih okay ...

      Delete
  7. mengancam perasaan betul...hehehe

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Silalah mencubanya di Shah Alam @Rafzan hehehe

      Delete
  9. banyak kali pergi shah alam tak pernah lagi try yang ni, sebab takde orang minat makan steak kat sana..hahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha lepas ni try laaa, bukan steak aje ado, macam-macam pasta pun ada @Sunah..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.