JOM NIKMATI MAKAN MALAM SECARA BUFFET BERTEMAKAN BBQ DI CAPRI BY FRASER JOHOR BAHRU

JOM NIKMATI MAKAN MALAM SECARA BUFFET BERTEMAKAN BBQ DI CAPRI BY FRASER JOHOR BAHRU | Korang suka makan BBQ? Nak makan BBQ di hotel tapi dengan harga yang murah dan berbaloi? Yerr Sis nak rekemen korang makan malam secara BBQ di Capri by Fraser Johor Bahru yang terletak di tengah-tengah bandar Johor.

Kalau korang makan malam di sini, korang akan nampaklah Singapura di sebelahnya. Dan juga CIQ yang sentiasa sibuk keluar masuk. Yang bestnya, kalau dah malam, suasana jadi cantik bila bergambar, sebab cermin kaca tu nampak romantik sangat dengan cahaya lampu di luar dan juga akan terlihat bulan di atasnya.

Untuk buffet BBQ kali ini, Capri menawarkan permulaan harga bagi seorang hanya RM 98nett. Dan jika korang menginap di sini, korang akan dapat diskaun sebanyak 20%.

Lebih dari 50 menu yang di hidangkan oleh Chef Suhaime bersama team dapurnya dan yang menarik perhatian adalah di bahagian bakar dan panggang. Semestinya kambing golek dan juga kambing bakar jadi pilihan ramai.

Sis berkesempatan untuk merasainya dan sudah tentulah, amat menyukainya! Maklumlah peminat kambing embekkkk...Bukan kata jenis BBQ aje, main course dia pun semua sedap!
RM 98 makan sampai kenyang! .

Jom kita lihat apa yang menariknya. Yang Sis tunjuk ni antaranya aje tau, kang masuk semua, jenuh korang nak scroll. Kat page facebook Sis ada semua gambarnya. Silalah terjah yer.
*Biar gambar berbicara ..





BBQ Section :

Untuk BBQ section ni, memang sebelum masuk je ke dalam Caprilicious, dah nampak tergolek dok si kambing tu tengah bakar. Dan ada juga kambing perap, ayam madu, satay, scallop, ikan kembong sambal, otak-otak, kupang, dan banyak lagi. Tak tersebut Sis semuanya..

Korang boleh pilih dan amik yang mana suka, dan mereka akan bakar untuk korang. Ingat! Amik berpada-pada, jangan membazir ya,




Untuk menu main course atau menu makan malamnya tu, Capri ada menyediakan nasi goreng bersama sotong kurita. Memang sedap, Sis ko terkorek-korek sotong tu juga hahaha. Tapi kalau korang taknak makan nasi, boleh juga makan roti, ada banyak pilihan roti.

Lauk pauknya jangan cakap, semua sedap, sebab apa, semuanya Sis amik dan rasa, bagi tekak Sis semua menetapi citarasa. Lebih-lebih lagi udang goreng tu dan juga ikan dori lemon tu, uii sedapnya. Korang pun mesti sukakannya. Juga ada masakan ayam dan juga sup.




Untuk bahagian salad ini, ada bermacam jenis yang korang boleh makan. Antara yang menarik perhatian adalah salad-salad beserta dengan ham dan juga itik yang di hidangkan bersama salad dan juga salmon yang memang sedap di makan bersama sosnya. Itik dia sangat juicy!

Juga ada kerabu mangga, somtam, dan mereka yang sukakan cheese pun ada juga di sediakan. Yang mesti cuba menu sotong tu ha, Sis ko dah lupa namanya, nanti Sis update balik bila dah ingat ye.



Dah makan memacam tu, jangan lupa sayur-sayuran ya, hahahaha. Weii jagung krim tu sedap gile. Lama nak buat sendiri tapi tak buat-buat, last-last rezeki dapat makan kat hotel hehehe, sampai 3 ketul Sis ko makan jagungnya hehehe.

Meh jom ke pencuci mulut pulak ya.




Untuk bahagian dessert atau pencuci mulut, korang kena cuba itu puding roti kukus, sedap, mula makan satu suap, sekali kesedapan, terus bersuap-supa Sis ko makan hahaha. Bahagian kuih muih dia pun banyak jenis. Buah-buahan juga fresh!

Dan tak lupa ada ais kacang dan minuman panas dan sejuk. Semua tu korang buat sendiri ya. Jangan tak caya Sis ko minum Latte tanpa gula adeiii..seksaa menahan nafsu..




Capri by Fraser, Johor Bahru / Malaysia Caprilicious’s BBQ Night .

Saturday . 
6:30pm to 10:00pm
RM 98 per-person

For bookings, call +60 7 288 0888 or email sales.johorbahru@capribyfraser.com .
Facebook : https://www.facebook.com/capribyfraserjb/
Instagram: https://www.instagram.com/capribyfraserjb/

Booking table korang sekarang!



P/S: Terus teringat-ingat itu kambing golek hehehehe. 

4 comments:

  1. Agak susah nak menolak bila sebut BBQ Sis. Ramai yang suka cuma harga tu yang kadang buat orang fikir banyak kali. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @PC, harga kalau BBQ memang mahal tapi di Capri ni berbaloi makan dengan harganya, puas!!

      Delete
  2. Allahu, tengok gambaq pun dah tergoda ni. nasib baik jauh. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe yerr @Umi, gambar tu sesedap rasanya...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.