JOM MAKAN-MAKAN DI IKEA SEMPENA PROMOSI 'MADNESS MERDEKA'

JOM MAKAN-MAKAN DI IKEA SEMPENA PROMOSI 'MADNESS MERDEKA' | Siapa sini sukakan kepak ayam? meatball Ikea? dan juga udang krai (mini lobster)? Yaaa kalau korang sukakannya, jom datang ke Ikea sempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia untuk promosi menarik dan juga set menu 'Madness Merdeka'.!

Rasanya semua Ikea di Malaysia kot buat promosi ni, untuk Sis tentunya di Ikea Tebrau. Promosi Ikea Madness Merdeka ini berlangsung bermula 15 Ogos – 2 Sept 2019. Korang kena cepat sebelum ianya berakhir. Setahun sekali aje tau ada!

Baru-baru ini Sis berkesempatan untuk mencuba semua menu yang sedang di promosikan, dan ternyata kesemuanya memang sedap dan menepati citarasa anak tekak Sis. Dan Sis pasti korang pun sukakannya. Lebih-lebih lagi buat peminat tegar 'fans' makanan di Ikea ni hehehe *Sis lee tuu ..

Harga yang di jual pun tidak terlalu mahal, berbaloilah dengan menunya dan rasanya yang sedap. Puashati tau! Jom Sis tunjuk (gambar je ye) menu apa yang Sis makan dan set apa yang Ikea sediakan sempena promosi Madness Merdeka ni.

Harap jangan terliur hehehe.


Smoked BBQ Beef Rib with Soup dengan harga RM36.90 sahaja.

Yang ini korang kena cubalah, memang ternyata sangat sedap! Makan sorang pun puashati, isi daging dia sangat lembut dan juicy sangat, fresh! Di makan dengan Soup Cendawan dan juga ada di sediakan bersama kentang goreng dan juga sayur brocoli. Mesti cuba!

Sos dia aje agak sikit Ikea curah, kalau korang beli minta lebih kuah sikit ya.


Udang Krai Platter (Udang Krai bersama Salmon) RM21.90

Untuk set Udang Krai Platter (KRÄFTOR Frozen crayfish) ni, udangnya frozen, maksudnya, senang cakap, macam seafood on ice gitu, haaaa. Kalau korang order dan bila dapat, nampak macam udangnya macam plastik gitu, tapi serius bila makan, sedap! Di sediakan bersama Salmon fresh dan juga mini udang rebus di makan bersama salad dan juga sos.

Biasa udang gaya frozen macam ni akan rasa tawar sikit, so korang kena makan dengan sos dan juga berulamkan salmon, tapi tetap sedap!.


Udang Krai bersama Sos Tomato Pedas RM29.90

Untuk menu Udang Krai yang ni berbeza dengan yang sebelumnya. Yang ini udangnya di masak bersama dengan sos tomato pedas, tapi tidaklah terlalu pedas, masih boleh bawak bincang. Rasa sos tu membuatkan isi udang krai tu sangat sedap! Sis sukakannya.

Korang kena cuba menu ni, sebab ianya hanya ada setahun sekali aje okay sempena Merdeka!


Chicken Wing boleh dibeli dengan hanya RM2 sahaja!! 

Peminat kepak ayam Ikea tentu sukakan offer ini kan! Kini boleh di beli dengan hanya RM2 sahaja seketul. So korang boleh beli ikut berapa yang korang nak makan aje. Berbaloi-baloi kannn.. Ternyata memang kepak ayam Ikea ni jadi pilihan utama semua, entah kenapa..sedap giler kan!

Tapi hanya dijual pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9am - 9pm. Limited seorang boleh beli 12 ketul aje.



Set Turf and Surf Combo (Meatball & Kupang) hanya RM 29.90 sahaja untuk Ikea Family.
 (Non member harganya RM33.90) .

Yang ini lagi special, kesukaan Sis hehehe. Kalau ke Ikea mesti makan meatball dia, cuma yang bestnya untuk promosi ini, korang boleh beli meatball tu dengan kuantiti paling sikit iaitu 8 ketul sahaja, dan beserta set kupangnya dengan harga RM 29.90 jika korang ahli, kalau bukan ahli korang bayar dengan harga RM33.90.

Meatball tu jangan cakapla kesedapannya, tapi yang kupang tu, sangat segar dan sedap! Korang kena cuba set ni.


Durian Dessert Festival 

Ikea kalau korang tau sebelumnya ada promosi durian festival kan? Mesti korang dah cuba kek durian dia yang harga RM9.90 tu? Sedap kann? Tapi kali ini sempena Madness Merdeka, Ikea mengeluarkan satu lagi pencuci mulut iaitu Mochi Durian yang boleh dibeli di Ikea Sweedish Food Market dengan harga RM38.90 10 biji .

Nampak mahal harganya, tapi bila ko makan! rasa durian D24 dia sangat sedap, tak tau nak cakap macam mana. Korang kena cuba sendiri. Ko letak 10 biji depan Sis, 5 saat boleh licin kot hahahaha.





IKEA SWEDISH FOOD MARKET:

Korang pergi Ikea tu, pernah singgah tak Ikea Swedish Food Market ni? Ooo kalau yang tak pernah singgah, bolehlah singgah. Sini banyak sediakan dan jual makanan dari negara Sweden. So tak payah pergi jejauh, kat Ikea je ada hehehe.

Bagi korang yang nak beli frozen udang Krai (Crayfish) atau Salmon frozen atau aneka frozen dari menu Ikea, pun korang bole dapatkannya di Ikea Swedish Food Market ni. Sis nampak haritu hotdog dia pun ada jual, nanti nak belilah.

Juga ada menjual pelbagai makanan termasuk biskut, cokelat dan coffee. *paling ramai orang beli cokelat dan biskut dia hehehe.


Get Spotted!! .

Dapatkan sticker pelekat kereta dengan berbelanja sebanyak RM100 (bermula 29 Ogos sehingga 30 September 2019) dan berpeluang memenangi baucer RM50 dari Ikea . Setiap hari akan ada 1 pemenang.

Ianya macam ni, korang dah belanja lebih dari RM100, then dapat sticker, korang tampal di kereta korang. Kemudian kalau esok-esoknya korang datang ke Ikea dalam tempoh 29 Ogos sampai 30 September 2019 tu, pihak Ikea akan ronda-ronda di parking Ikea, then kalau ada rezeki korang, kete korang terkena 'Get Spotted', haaa koranglah menang baucer Ikea tu. Faham?

Cuma jangan harini korang datang bawa kereta, tampal kat kereta, esok ko datang bawak lori, so takde laa sticker tu oii.. Haa apalagi, jom le shopping di Ikea!! Shopping sambil makan hehehe..


Madness Merdeka - 15 Ogos – 2 Sept 2019

Food offer details can be found on website https://www.ikea.com/my/en/stores/restaurant/ 

STORE OPENING HOURS: 
- Sunday – Thursday: 10am – 10pm
- Friday and Saturday: 10am – 11pm
- Day prior to Public Holiday: 10am – 11pm

Restaurant Opening Hours : 
- Breakfast is available from 9.30 AM - 11 AM for IKEA Tebrau
- Lunch is available from 11 AM - 3 PM for IKEA Tebrau
- FIKA is available from 3 PM - 5 PM
- Dinner is available at 5 PM onwards

IKEA serves farmed responsibly ASC & MSC certified sustainable seafood in their restaurants & food stores.

A better home with IKEA FAMILY (Member benefits) 
More info https://family.ikea.com.my/en/about-us 

Redeem rewards. Earn 1 point for every RM1 spent at the IKEA stores, IKEA Restaurant, Bistro or Swedish Food Market
Special prices
Birthday special
Special deals
Book a kitchen specialist
Enjoy food offers
Get free coffee or tea
Partner promotions

Sign up online or register at IKEA FAMILY kiosk in IKEA TEBRAU. http://family.ikea.com.my/membership/Family-LogIn.aspx?lang=en

*Temporary card owner would need to spend RM200 within 1 year from application date to receive permanent card

Website: https://www.ikea.com/my/en/stores/tebrau/
 Follow: IG @ikeamalaysia or FB @IKEA ya! .



P/S: Haa apalagi, jom start enjin! kalau ada terkurang info, korang boleh tengok web dia ya. Jangan balas membaca.!

12 comments:

  1. Baru je lepas bersantap kat IKEA hihihi. Sedap2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkannnn @Syaza..yummy sangat Smoked Beef tu kannn...

      Delete
  2. jommmm chicken wing paarty! ahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajommm tapi Sis ko nak makan Smoked Beef tu haaa @Sunah, sedapnyaaa

      Delete
  3. Masa Iman balik tuari tak sempat ke Ikea, jadi rasa bersalah pulak nak pergi makan2 merdeka kat Ikea, hahahha. Dahlah hari tu dah pergi makan2 Ikea dia takde, hurmmm.. nantilah Ikea, kita shopping2 ajelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaiii siannyaaa Imann, kalau Amat tak kisah sangat makan-makan ni, kadang dia siap tunjuk makan sesedap lagi Kak @Seri hahaha...agak anak lelaki gan pompuan ni lain kannn..

      Delete
  4. Replies
    1. Hahahaha meh laaa ke sini @Mimin heheheh

      Delete
  5. Replies
    1. Hahahaha diet elak minum sugar je dulu @Wak..lain-lain bedal je hahahaha

      Delete
  6. amboi3... sedap nya nengok segala makanan tuh kak... kene jengah jgk ikea nih kalau mcmni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe...dah ada macam-macam Ikea ni kan? Bukan kata soping perabot je, soping makanan sekali @Norhidana hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.