WISHLIST : TERINGIN NAK BERCUTI ATAS KAPAL CRUISE

WISHLIST : TERINGIN NAK BERCUTI ATAS KAPAL CRUISE | Yaaa ini adalah wishlist Sis ko satu-satunya yang Sis inginkan dan belum dapat ditunaikan! Dah tanam niat dalam kepala, kalau boleh tahun depan nak tunaikan impian keinginan sendiri untuk bercuti diatas kapal cruise gini.

Yaa...Tak dapat bayangkan macam manalah bestnya kan.

Bagitau dengan Suami, dia pun excited juga dengar, katanya bercuti dalam kapal, tidur aje la ek hahahaha. Sis nak cakap lelebih pun tak tau, sebab tak pernah merasainya, jadi masih survey-survey lagi cruise yang mana best! dan destinasi kemana yang best.

Korang yang pernah bercuti atas cruise ni kalau ada link update kat blog atau info, boleh share kat Sis di ruangan komen ya. Kot mana tau boleh Sis jadikan panduan dan info pembelian.

Harap-harap tertunailah hasrat di hati.

Contoh Cruise : Sumber Google
Sebelum ni memang rajin Sis baca kalau ada kawan-kawan bercuti atas cruise ni. Tengok gambar mereka seronok betul. Lagi pulak teruja bila kata, bercuti atas kapal ni, memang tak rasa macam atas kapal, ibarat macam hotel aje.

Yelaaa siap ada shopping mall bagai, cafe, dan semuanya laaa yang ada di darat. Apa aje yang takde katanya. Bestkan! Sangat teruja..

Kalau tanya mabuk? goyang-goyang tak kapal? Ada yang kata goyang tu biasa je sikit-sikit, tapi takde sampai mabuk. Yerr le tang goyang tu terus terbayang cite Titanic ko hahahaha dan juga cite Jaws ๐Ÿ˜†

Takpelah, kita berangan dulu, angan-angan tu kan percuma je. Mana tau dari angan-angan laaa jadi kenyataan, ye dakkk..so jom kita sama-sama berangan hehehehe...

Sambil berangan kita survey..heheheh destinasi cruise yang Phuket - Krabi tu best ek...
Takpe memana pun okay, janji naik cruise.. InsyaAllah, one day ...


P/S: Atas cruise boleh mancing tak? Tanya Suami.... ermmm...

10 comments:

  1. Replies
    1. Yerr Kak @Seri, 2 tahun simpan hasrat ni, tapi belum dapat di tunaikan lagi...

      Delete
  2. Replies
    1. Aaamiinn, mudah-mudahan berkat doa @Wak ...

      Delete
  3. Dah pergi 2x under tourism.. okaylah .. gemini and libra .. tapi aku suka lagi kapal lama libra tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lerr, nengok ko update bestnyaa...wishlist aku ni @Tatie..insyaAllah one day ..

      Delete
  4. sama kita pun teringin.. mcm nak plan gi dengan kengkawan nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Farah, jom kita plan yokkk hehehehe

      Delete
  5. antara wish list yang masih kekal sebagai wishlist. didoaakan semoga murah rezzeki nak datang sini,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan satu hari nanti kita sama-sama dapat tunaikan impiam kita @Hayati ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.