Header Ads


STRESS AKU FIKIR ORANG YANG TAK RETI IKUT ARAHAN #DUDUKRUMAH NI!


STRESS AKU FIKIR ORANG YANG TAK RETI IKUT ARAHAN #DUDUKRUMAH NI! | Korang kann apa entah yang susah sangat nak suruh #DudukRumah ni. Masa pemilihan kerajaan kemain lagi komen 'Bubar! Bubar! Biar rakyat buat pilihan', konon engko laa ek yang betulnya nak buat pilihan tu.

Tapi sekarang tengok! Kerajaan dah bagi ko pilihan, siap merayu pada korang suruh #JustStayAtHome, but kenapa ko tak reti buat pilihan? Lagi degil ketegaq keluar rumah sana sini?!.

Dan dan time ni la nak jogging, makan kambing laa, nak bawak anak pi taman laa, apa selama harini korang cari duit tak ingat dunia ek, sampai takde masa semua tu? Nanti pandai plak jawab 'Hari lain kami siang malam kerja cari duit untuk anak bini'.

Then sekarang awat degil sangat!!! Tak sayang anak bini ke??! Dah bagi perintah arahan #DudukRumah diam-diam, inilah masanya melayan anak bini di rumah, kata kuasa pilihan di tangan korang, pilihan yang senang ni pun ko tak boleh buat! Lagi nak salahkan kerajaan?

So haaa inilah masanya otak ko tu BIJAK buat pilihan!. Ada laa juga jasa ko pada negara. Bukan masanya ko nak buat video makan kambing ngok! [contoh] 😤

Sis pun risau stress fikir sebab masih ada Suami bekerja di luar. Dan ada anak jauh di Shah Alam sana. Tak putus berdoa moga Allah pelihara dan lindungi mereka.

Tolonglah dengar arahan!!

Nanti kalau dah reda keadaan, jangan kata video ko makan kambing, bapak gajah pun ko nak makan, ko makanlah!!! [Terkini] Pelaku perakam video tu dah di tangkap, rasakan kuarantin le ko dalam lokap tu. Elok-elok duduk rumah boleh makan super ring, haaa duduk le situ makan nasi putih dan ikan goreng huhuhu..


Ini sampaikan kerajaan panggil dan minta bantuan Pihak tentera bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memantau keadaan bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Sebabnya ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Buat masa ni mereka dah bagi nasihat dan tindakan berhemah jer. Tpi kalau akhirnya sampai tahap tidak boleh kompromi, atau korang degil sangat, maka tindakan undang-undang akan digunakan.

Haa tak tau nak berterima kasih lagi ke? Sampaikan macamtu sekali kerajaan amik berat kepada rakyat Malaysia. Tak tau nak cakap apalagi dah. Nak lantakkan pun tak boleh, sebab melibatkan ramai pihak. So memasing ada otak, ada keluarga, fikir-fikirkanlah.

Tiba-tiba ketika ini sewaktu status ini di muat naik di facebook Sis, Sis termenung menangis dan berfikir ketakutan..

Jika kita ni di sahkan positif, kita terus kena kuarantin, di asingkan, kemudian terus automatik, anak Suami keluarga kawan-kawan semua, kita tak dapat jumpa. Cuma tak pasti, masih boleh atau tidak guna handphone.

Tapi semuanya tak sama!!! Sebab mereka bukan depan mata kita. Tu pun entah berapa lama kita akan dikuarantinkan. Mungkin sebulan, dua bulan.

Kemudian, jika ditakdirkan memang dah ajal kita, kita kritikal dimasukkan ke ICU, terus tak sedar, masa tu, apa akan jadi pada keluarga kita. Mereka tak dapat jumpa kita.

Dan jika Allah sayangkan kita, kita meninggal dunia, dan ketika itu, semua kesayangan kita terus tak dapat melawat kita untuk kali terakhir. Pengurusan jenazah kita pun hanya pihak tertentu sahaja boleh uruskan. Terus hilang 'harta dunia' ko dalam sekelip mata. Allahuakbar!!..

Terus mengalir airmata ni mengenangkannya jika ianya benar-benar berlaku..

Korang!! Please, jaga diri, #StayAtHome dan amik serius!! Bukan masanya nak gelak ketawa memain di luar sana.

Ingatlah orang yang tersayang 😭.

Moga Allah lingungi kita semua dari virus Covid-19 ni..dan semuanya akan berkahir dengan cepat! Aamiinn..


P/S: Kemurungan betul harini memikirkannya .... :((

21 comments:

  1. seram je dengar kalau² da orang terdekat positif ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Aien, itu yang paling di takuti...nak keluar nampak orang pun jadi takut..

      Delete
  2. ya sis....sedih kalau fikirkan begitu...moga Allah pelihara dan lindungi kita semua dari wabak Covid-19 ni..ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Sunah, tak tau nak kata apa, stress fikirlah...selagi ada orang rumah keluar masuk ni, duduk rumah pun belum tentu selamat..

      Delete
  3. Macam-macam hal. Ramai ingat COVID-19 ni takkan kena mereka or ahli keluarga mereka. Usaha kerajaan mencari golongan B dalam tempoh 14 minggu ni bersebab. Sebab mereka ni tak tau pun di jangkiti. Self Quarantine siap-siap dan apabila ada gejala. Baru kita tahu. Mungkin diri kita. Nauzubillahminzalik kakkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Ruby, tempoh 14 hari macam 14 tahun agaknya, masa ni laaa ALlah nak uji kesabaran sesaorang tu..dan berjemaah duduk melayan anak bini..ini tak, langsung tak amik peduli dan lagi tersadai tepi jalan sana..takut sangatt daa ni..

      Delete
  4. Tu la masih ramai yang degil siap namoak bawa anak lagi. Tak kena kat batang hidung boleh la buat tak tahu tapi tau kah korang yang bila keluar korang boleh dijangkit dan sterusnya jadi tukang merebak.

    ReplyDelete
  5. Yea.. sedih part yang mana dijangkiti virus tu dan menemui ajal terpaksa dikebumikan dengan cara yang buat family sedih, tak dapat berjumpa kali terakhir.. tak dapat nak sentuh apatah lagi.. sayu sangat terkenangkan keluarga yang menghadapi situasi ni.. yang orang sihat-sihat ni, selagi tak kena selagi tu macam degil sombong.. masih nak merewang kesana kemari walaupun dah beri perintah duduk diam2 dalam rumah.. penat dengan orang macam ni

    ReplyDelete
  6. ntah la sis lin, letihkan kita duk nasihat bg khidmat pesanan masyarakat ni tapi ya allah perangai MASYARAKATTTTTTT nih.. dorg ni slmt dapat PM muhiydin.. kalau dpt mcm North Korea tu, ko ingat ko ada masa nak pergi pasar , lepak2 kumpul mnum semua? SHOOT TO KILL je oi.. NAK SGT KE ?! tak faham betul laaa...

    ReplyDelete
  7. Betul tu, tak taulaa kenapa susah sgt nak duduk je rumah demi kesihatan sendiri dan keluarga..sekarang ni if keluar even sekejap pon kita tgh tak tau kat luar tu or org2 yg kita jumpa tu carrier virus ni ke tak, so betterlah duduk kat rumah je. Nak keluar beli brg keperluan tu sorg jelah yg keluar, tu pon cepat2 beli brg & balik rumah terus.

    ReplyDelete
  8. ayu asyik terfikir perkara ni...rasa sedih dan sentap sangat perkara ni. lagi2 bila tgk org perlekehkan usaha kerajaan..korang tak kesian ke dengan pekerja2 di hospitan..exhausted sgt..

    ReplyDelete
  9. Nombor dah makin menaik. Risau la. Semoga covid19 cepat terhapus. Aamiin

    ReplyDelete
  10. Yes stay and home and be safe. Pls beri kerjasama. Kalo x beri kerjasama macam mana la covid-19 NIe nak reda. Kalo x reda selagi tu la kena lockdown.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah memang Qiss satu family duduk rumah je. Tak perlu nak stress. Janji keluarga ada depan mata. Harap orang lain pun paham keadaan ni dan semua orang akan duduk kat rumah

    ReplyDelete
  12. Betul tue..ramai lagi x endahkan..PM dan YDA siap merayu-rayu lagi..nanti klu dah kena menyesal dah x berguna

    ReplyDelete
  13. Iena stay jauh dari family..duduk bujang di KL..risau tinggalkan mak abah da tua kat kampung..Tak dpt nk balik kampung ..Moga Allah lindungi kita semua dari wabak Covid-19.

    ReplyDelete
  14. Kang kita kata bangang, depa marah. Tapi maybe nyawa dia ada jual kat 7E macam abe mat tu cakap. Moga kita berjaya mengatasi Covid 19 dengan jayanya. Bagi yang engkar arahan tu, sumbat reramai kat depo tahanan. Biar dia rasa

    ReplyDelete
  15. semoga cepat kita semua dapat kalahkan covid19 ni. we can do it malaysian!

    ReplyDelete
  16. Geram rasa kan. Macam takleh pikir pulak dorang ni. Siapp memperlekehkan lagi. Iya sis, nur pun pernah nangis juga sbb takut. Nak bersalin tak lama lagi...

    ReplyDelete
  17. kan.. arahan simple pun susah ikut. lepas tu still angkut anak branak kanak2 kecil semua tataulaaaa apa dalam kepala depa. kita yg dewasa ni pun takot.

    ReplyDelete
  18. Kan..syukuri masa yang ada nii..bukan berdegil ikut kepala..ye dak...moga jauh jauh dari Covid 19 nii.. Amin

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.