Header Ads


ASYIK MAKAN NASI JE, SEMALAM AKU GORENG MEE HOON PULAK


ASYIK MAKAN NASI JE, SEMALAM AKU GORENG MEE HOON PULAK | Kannn gitu aje laa kejenya bila semua anak-anak ada di rumah. Bukan kata sebelum ni tak masak, cuma bila dah semua berkumpul, masak tu jadi meriah, menu pun special sikit, kadang siap dua tiga jenis masaknya, tapi alhamdulilah seronok bila masak, ada orang nak makan dan semua licin.

Biasa kalau Sis aje dirumah, masak ala kadar je, jadilah buat alas perut sendiri. Anak dan Suami yang bekerja pun kadang balik rumah dah malam dah penat, mandi terus tidur. Ada masa je Suami balik makan, tu pun kalau kebetulan Sis masak menu kesukaan dia. Tu yang kadang nak masak jadi malas, sebabnya makan sorang.

Bila dah kerajaan beri Perintah Kawalan Pergerakan #DudukRumah diam-diam ni, haaa apalagi, segala skill memasak Emaknya di keluarkan hahahaha. Anak kata nak makan apa je, semua siap sedia hidang, apalagi nak. Tapi kalau dah masak, banyak sangat songehnya, silap haribulan Emaknya mogok, ko masak sendiri yaa hahahaha.


Kalau bagi siapa yang ikuti facebook Sis, mesti korang tau dan nampak kan, dah berapa hari ni Sis post menu makan tengahari asyiklah menu makan nasi aje. Dah dua hari asyik kejenya makan nasi nasi dan nasi. Siap ada menu #StayAtHome bagai. Kalau sehari dua kali makan nasi, memang nanti habis aje Perintah Kawalan Pergerakan ni, mau berkilo naik berat hahahaha.

So semalam, Sis amik keputusan, menu semalam hanya Mee Hoon Goreng dan Bebola Ayam aje. Suka tak suka, makan aje, jangan banyak songeh hahahaha. Tapi alhamdulilah anak Sis tak banyak cerewet, diaorang makan aje apa yang terhidang. Cuma ada masa je agak kalau teringin nak makan apa, haa barulah anak tu minta.


Ramai yang PM di facebook tanya Bebola Ayam ni. Yaa jujurnya memang sedap dan elok je bebolanya. Tidak sesetengah tu, bila goreng jadi lembik dan takde langsung rasa ayam, tapi yang ini memang sedap. Sis nak tunjuk plastiknya pun dah terbuang plak gambarnya, malas plak nak amik gambar lagi hahahahaha.

Nama brandnya Nutriplus Bebola Ayam, cubalah korang google, kotlah ada kan. Sis beli di Econsave Permas sana, memang tempat Sis berbelanja, tempat lain Sis tak tau laa ada ke tidak. Cubalah korang nanti tengok. Sis kalau beli sampai dua paket simpan buat stok, senang nak buat lauk kot laaa emergency. Anak-anak pun sukakannya.


Petangnya pulak Sis order Tauhu Begedil Obesiti dari kawan Sis. Dia buat COD buat masa ni sebab tengah cuti bekerja di rumah. Memang sedap, padat isi tauhunya tau. Dan sambal kicapnya, kuss semangat, power bak hang! Awas! Pedas tapi sekali makan susah nak stop oii hahahaha.

Kalau siapa nak order boleh order di sini Tauhu Begedil Obesiti .

So harini nak masak apa tu korang?..Sis plan harini nak masak Kari Tetel with Carrot dan Sayur Chupchai. Jadilah, kalau si Yana kang nak goreng telur ke nak masak menu lain ke, biorkan, sebab dia tak makan tetel hahahahaha. Paling tak kang dia goreng ayam hehehehe.

Okaylah..korang jaga diri ya, jangan keluar rumah kecuali dalam pagar rumah aje. Tolonglah dan bantulah Malaysia dalam menangani virus Covid-19 ni. Dan jangan lupa banyakkan berdoa dan membaca Doa Qunut Nazilah. MOga kita semua dalam perlindunganNya. Aamiinn.

#JustStayAtHome okay korang!!


P/S: Puashati aku budak video kambing tu dah kena lokap! Badigol betul!!..

16 comments:

  1. betul sis, mak mak ni kalau masak apa je mesti sedap. simple macam mana pun sedap, itu yang kalau mak masak makan aje hehe.

    Nampak sedap bebola ayamnya tu. Thank you for suggestion sis, mana tau boleh try membeli dan cuba.

    ReplyDelete
  2. Aduduii sedapnya nampak semua makanan-makanan tuu hehee. Betul bila boring kita tukar2la makan mee ke apa pulak kan. Tapi tulah asyik rasa nk makan je pon masalah jugak skrg ni haha. Dulu elok boleh control skrg ni qeela manjang craving itu ini je haha seronok agaknya setiap hari complete isi rumah ni kan kalau tak makan sendiri boring je kan 😆

    ReplyDelete
  3. duduk rumah kerja lapar je memanjang..hehe

    ReplyDelete
  4. Idea untuk masak esok dah ada! Betul la. Duk ramai dengan anak-anak ni laparnya lain macam. Kena cuba esok

    ReplyDelete
  5. wahh menarik juga tu makan mee hoon goreng dgn bebola ayam..asyik makan nasi je kan :D

    ReplyDelete
  6. Banyaknya resepi mudah dan sedap bestnya hehehe Meehun tu kita pun suka buat tapi Tauhu begedil tu tak pernah cuba lagi sedapnya....

    ReplyDelete
  7. eee aku order tauhu bergedil tu dah tau...esok shieda hantar..hahahahhaha

    ReplyDelete
  8. Kakkkk ko dah kenapa kak. Kenapa semuanya enak kak. Astaghfirullahalazim. Hehehe. Saya pun asyik makan nasi. Pagi tadi mee goreng. Pastu nasi balik. Kahkahkah.

    ReplyDelete
  9. aduhaiii makan sedap2 ni nape semua rajin benorrr ni...hahahha za pun sama duk makan je lapar pulak ek time kena kurung ni...hahhah

    ReplyDelete
  10. Macam sedap je makan mee Hoon dengan bergedil. Kalau cicah sos cili mesti lagi sedap haha

    ReplyDelete
  11. the food look delicious. I love fried mee hoon as the whole family can eat it together. senang

    ReplyDelete
  12. the food look so delicious. enjoy stay at home time with family ya. Fried mee hoon is a good choice

    ReplyDelete
  13. Dari semalam teringin nak masak mee hoon, bahan dah ada..tapi macam malas pulak..hehehe. sis ni kdg2 bila rajin mcm2 sis masak..bila mood tak ada..tak tahu dah nak masak..hehehe.

    ReplyDelete
  14. samalah dengan saya. dah hari ke berapa ni , asyik2 masuk dapur makan je. mengunyah tak habis-habis. tak taulah lepas dah habis tempoh 2 minggu ni makin boroilah perut :(

    ReplyDelete
  15. This looks nice!
    When I was younger , my parents cook bihun after our swimming.
    Reminds me of childhood~

    ReplyDelete
  16. Nampak sedap betul walaupun masak mee hoon je. Bolehlah dijadikan menu utk lauk esok. Kuarantin2 nie kadang sampai x tahu nak masak apa lagi

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.