Header Ads


BACA BUKU DI BOOK-XCESS, KORANG BOLEH LEPAK MEMBACA SAMBIL MINUM KOPI


BACA BUKU DI BOOK-XCESS, KORANG BOLEH LEPAK MEMBACA SAMBIL MINUM KOPI | Bestkan! Ada yang dah tengok posting post bergambar Sis di Facebook Page @akusislin tu? Yaa banyak gambar dah Sis kongsikan di sana, korang kalau tengok mesti teruja. Bukan kata nak membaca buku je, boleh minum kopi dan juga berOOTD.

Mana taknya pertama kali juga Sis melihat satu kedai buku yang nenampilkan lebih sejuta buah buku berkonsepkan ‘The Box of Knowledge’ yang jika di lihat seperti kotak dalam kotak yang sangat unik!. Dari jauh nampak seperti bongkah emas gitu. Sangat menarik perhatian.

Pencinta buku atau ulat buku di selatan tanah air, Johor,  kini boleh membeli buku dengan potongan harga antara 50% hingga 80% berbanding harga runcit yang disyorkan di BookXcess Sunway Big Box yang telah dibuka secara rasmi di FF-01, Sunway Big Box, Sunway Iskandar.

Kalau takde diskaun pun, kesemua buku yang di jual pun harganya memang murah sangat ko! Yang selalu pergi Big Bad Wolf mesti tau. Tapi...opsss di sini takde jual buku bahasa melayu ya, harap maklum hehehe.




Para pengunjung yang sampai depan pintu BookXcess Sunway Big Box pasti terpegun melihat kedai buku berkeluasan 32,000 kaki persegi yang turut menampilkan rak buku yang setinggi 7.5 meter. Kedai buku yang serba unik ini dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam.

Rak buku tersebut turut menempatkan Children’s Cave di sebelah bawah iaitu sebuah sudut khas untuk kanak-kanak. Selain buku kanak-kanak, korang juga boleh mendapatkan buku-buku daripada pelbagai genre bila korang naik ke atas seperti sains fiksyen, seram, kesusasteraan, novel remaja, buku-buku perniagaan, resipi masakan, seni dan reka bentuk, buku kanak-kanak serta banyak lagi buku-buku terlaris di kedai buku terbesar di Johor ini.

Juga di bahagian ruang bawah, pun ada pelbagai sudut bacaan buku yang menarik.




Di sini turut menampilkan sudut membaca yang selesa bagi memudahkan untuk korang membaca buku-buku yang disediakan. Selain itu, kalau korang datang dengan kawan-kawan, dan nak lepak-lepak sambil minum kopi, haa korang juga boleh menikmati secawan kopi dan pelbagai jenis jenis pencucui mulut di kafe milik BookXcess, Café Wolf, di dalam kedai buku berkenaan.

Yup korang boleh lepas sambil minum kopi dan makan roti atau kek yang di jual di situ. Terdapat juga meja yang mesra pengguna di mana mejanya di sediakan tempat cas telefon atau laptop di atasnya. So kalau korang nak lepak sana bawa laptop pun boleh.




Di Children’s Cave, ibu bapa yang membawa anak mereka pasti teruja kerana dapat bersama anak mereka membaca buku dengan beraneka pilihan judul menarik dan menyeronokkan untuk kanak-kanak. Eksklusif bagi BookXcess sahaja, ibu bapa yang mempunyai anak kecil juga boleh mendapatkan siri Buku Ajaib yang menggunakan teknologi Augmented Reality (AR) di kedai buku ini.

Buku Ajaib ini membolehkan kanak-kanak membaca, bermain serta belajar kerana ia menggunakan teknologi AR tercanggih bagi merevolusikan kaedah pembacaan untuk generasi akan datang dan menciptakan satu pengalaman membaca yang serba interaktif lagi mengasyikkan. Yang pasti korang sebagai ibubapa mesti ada apps nya untuk menggunakan AR tu ya.



Selain itu juga, anak-anak boleh menyaksikan watak-watak dalm pelbagai jenis buku bersiri kegemaran mereka seperti Disney Winnie The Pooh: Fun with First Words, ABC Fun with Mickey, Counting Fun with Mickey, Disney Frozen: A Sleepover Party dan banyak lagi.

Promosi pembelian istimewa ini diadakan mulai 27 Februari hingga 31 Mac 2020 untuk siri Buku Ajaib. Di mana korang boleh membeli 2 buah Buku Ajaib dan mendapatkan 1 buah Buku Ajaib secara percuma atau membeli 3 Buku Ajaib bagi mendapatkan 2 Buku Ajaib secara percuma. Woww sangat berbaloi hokay!



Red Readerhood, satu rak buku yang diletak di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) BookXcess ini, percaya bahawa semua orang tanpa mengira status berhak mendapatkan akses kepada ilmu menerusi bacaan. Melalui inisiatif Red Readerhood, buku-buku Bahasa Inggeris yang baharu dikumpul dan didermakan kepada mereka yang kurang bernasib baik menerusi badan-badan kebajikan masyarakat tempatan yang turut sama menyokong usaha ini.

Bagi memulakan usaha ini, BookXcess Sunway Big Box komited untuk menyumbangkan bilangan buku yang sama dengan jumlah bilangan buku yang dijual pada hari pembukaan kedai berkenaan. Para pelanggan boleh memilih buku pilihan mereka di sudut Red Readerhood untuk didermakan.




Sempena promosi pembukaan, korang turut layak untuk menyertai promosi seperti keahlian BookXcess percuma, pembelian judul terpilih pada harga RM1, serta mendapatkan baucar tunai BookXcess bernilai RM20 untuk setiap pembelian berjumlah RM150.

Atau korang kunjungi laman sosial BookXcess untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan pertandingan yang diadakan, sila kunjungi:

Facebook: https://www.facebook.com/BookXcess/
Instagram: @bookxcess
Website: https://www.bookxcess.com/


P/S: Sis dapat juga beli satu buah buku yang sangat Sis suka, tajuknya 'LAUGH' ... :)

43 comments:

  1. Lawanya port ni. Bawa diri menghilang ke sini pun best jugak ni.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Aien..sekali agak stress, larikan diri ke sini hehehe

      Delete
  2. Suka dengan susunaturnya la Sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee PC, susun atur dia jadikan mata sedap memandang dan senang nak cari bukunya..

      Delete
  3. Nice nyaaa...nanti nak singgah lahh minum kopi....even x selalu baca English book pun..hahahaha...

    Selamat membaca sis...baca sampai habiss okkayhh...Saya baca tajuk buku tu pun Saya dah nak laugh lahh sis ..muahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Nona, banyak genre kalau ko nak baca, bacalah yang simple dan mudah faham, then sambil minum, atau bawa laptop update blog ko hehehe

      Delete
  4. adoi, syok giler ni, kena tunggu geng balik nanti kita meronggeng ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kan Kak, jangan lupa meronggeng sambil minum kopi hehehe

      Delete
  5. umi tertarik dengan buku-buku kanak-kanak tu.ada masa nak pi terjah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat banyakkkk...mata boleh jadi juling nengok buku kanak-kanak..

      Delete
  6. oic.
    xde buku BM ye.
    baru nak cari 1 novel.
    anak aida beli di bbw last time.
    beli 2. rupanya ia adalah novel bersambung. kena beli buku ke3.
    x jual di kedai :(
    hanya di bbw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde, semua buku Bahasa Inglish sahaja Aida..

      Delete
  7. cantik giler rak buku tu..ni kalau ambil gambar ootd mesti cantik..kalau ambil gambar wedding pun lagi cantik kut hihi..besar luas semua kemudahan ada..kanak2 lagilah seronok baca buku kat sini..sambil beli/baca buku boleh juga ye minum/makan best environment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr kalau OOTD memang lawa gile ni EL...luas sangat, macam boleh baring-baring sambil naba buku gitu...

      Delete
  8. Alhamdulillah..k mid yg duduk KL pun dah smpai bookxcess nie...konsep sikit2 sama macam starfield Library Seoul..cumadi sini bookstore tapi di Seoul Library:))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woww ye ke Kak Mid? Bestkann...Yup konsep macam tu laa juga..tak silap kat Shah Alam pun ada macam ni, cuma dia bulat, yang ni kotak..

      Delete
  9. Serius boleh duduk dan baca buku dekat situ? Tak tahu pulak saya. Ingatkan beli je boleh. Menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa boleh lepak minum kopi lagikkk hehehe nak main piano pun boleh...

      Delete
  10. Cantiknya lahai design rak buku dia. Memang menarik minat pengunjung betul. Siap boleh lepak kopi2 lagi kat situ. Marilah ke Book Xcess!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah pergi ke Nur? Pergilah bawa anak, boleh lepak santai-santai aje sambil membaca...

      Delete
  11. Design dia macam sebuah library kat luar negara. Lupa negara mana, tapi lagi tinggi rak buku dia. Teringin nak pegi sebab menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Korea Bella ada satu, tapi tu tinggi besar gile, yang ni pun boleh tahan besar tinggi hehehe..

      Delete
  12. Ya ampun syurga buku..tapi book xcess buku yg ditawarkan sgt murah dan berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..buku dia sangat murah, standard harga BBW punya..

      Delete
  13. bestnya. kalau nak dtg buat kerja pun best ni. kat johor ya? harap kat area gombak ada la 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, kalau bawa laptop pun boleh, sambil baca buat kerja...

      Delete
  14. Mohon la buka seindah begini di Selangor @ KL nie. Memang Rawlins akan datang dan membaca (sambil bergambar bagai) kat situ. Cantik betul tempatnya. Banyak pula bukunya. Sejenis kebahagiaan bila buku banyak gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan, kena buat konsep macam ni untuk tarik daya minat membaca golongan muda ni kan..tengok tempat je dah macam syurga buku...

      Delete
  15. Uiks bestnya kak..kte dah la sejenis yg suka sgt membaca ni jadi memang puas ati lepak sini sambil minum kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom le ke Johor, nanti kita lepak sini aje hehehe

      Delete
  16. Saya nak sangat pergi BookXcess ni sis. Tapi jauh sangat.. hahaha... terpaksa pula naik kapal terbang dulu. Harap oneday ada cawangan kat Sabah... Seronok!! - Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
    Replies
    1. One day nanti insyaAllah akan ada di Sabah ke kan..buat macam ni bagus, tarikan membaca golongan belia dan kanak-kanak..tengok je dah suka kann

      Delete
  17. Akak kalau ke sini. roger saya okeh. Hahahaha. Boleh la kita ngeteh sesama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik! Ajom laaa kita nanti..jangan bawa mangkuk tepen je sudah hahaha

      Delete
  18. Menariklah book-xcess ni. Jom la lepak kat sini.. kita ngopi sambil baca buku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan Zarin, jom laa, kalau datang Johor bagitau..kita lepak sini aje hehehe

      Delete
  19. wah kalau dapat ke book-xcess ni mesti rasa relaks je lepak sini.. suasana membaca yang ulat buku suka ni.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, tenang aje bila berada di sini TB..walau ada kanak-kanak pun, tapi mereka khusyuk membaca buku..

      Delete
  20. pergh boleh la klau nak hilangkan diri kat sini nanti. buat macam dekat ja nak pi, haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah kann, nak hilangkan diri mai sini, datang sini aje yaaa

      Delete
  21. Bestnya! Macam besar je kawasan book xcess ni. Kalau tak silap dalam amcorp mall ada satu kedai book xcess, tapi tak sebesar yang ni la.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.