Header Ads


SAHUT CABARAN AGODA UNTUK 'MELOMPAT' PADA TAHUN 2020


SAHUT CABARAN AGODA UNTUK 'MELOMPAT' PADA TAHUN 2020 | Jadikan impian korang kenyataan SEKARANG!. Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat santainya, lebih-lebih lagi dalam pilihan percutian.

Dalam dekad baharu yang penuh dengan serba kemungkinan, dan ketibaan tahun lompat yang hanya berlaku setiap empat tahun sekali, inilah masa yang terbaik untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Agoda, platform percutian digital mengajak korang “melompat” ke destinasi-destinasi percutian dalam negeri yang mempesonakan.

1. Melompat ke dalam lautan dan berenang bersama gergasi lautan.


Diinspirasikan oleh doku-drama di saluran National Geographic dan Discovery, serta laman Instagram para penyelam, berenang bersama jerung paus sudah pastinya menjadi salah satu aktiviti yang wajib dicuba dalam seumur hidup. Bayangkan keseronokan apabila korang menyaksikan makhluk yang besar ini berenang dengan megah di depan mata korang sendiri sambil dikelilingi hidupan laut yang beraneka.

Adakah korang berani terjun? Tempah percutian korang ke Semporna, sebuah destinasi yang indah di timur Sabah. Hostel Cube Bed Station yang terletak di pusat bandar ini membolehkan korang menikmati kemudahan awam yang disediakan dengan mudah. Ia adalah pangkalan yang amat sesuai jika korang ingin mengunjungi Pulau Sipadan, salah satu destinasi menyelam terbaik di dunia.

2. Melompat keluar dari cengkaman gajet


Saban hari kita terjebak dalam perlumbaan untuk mendapatkan kekayaan dan pangkat. Kita tidak terlepas daripada kesibukan yang timbul daripada media sosial, e-mel, jadual janji temu dan tarikh akhir untuk menyiapkan tugasan. Kadang kala, kita perlukan masa untuk bersendiri, jauh daripada hiruk-pikuk kehidupan kota. Umpama menekan butang “reset”, kita perlukan masa untuk memulihkan badan dan juga minda.

Segarkan kembali diri korang di Malihom Private Estate Hotel yang terletak jauh dari kesibukan kota di Pulau Pinang. Kawasan peranginan yang mempesonakan ini dikelilingi oleh alam semula jadi yang menghijau dan amat popular dalam kalangan pelancong. Suasana yang damai dan selesa di sini pasti membolehkan korang berehat dan bersantai dengan secukupnya.

3. Melompat kegembiraan dengan lamaran pernikahan


Gandingkan suasana romantik dengan keterujaan bagi mencipta memori yang sukar dilupakan seumur hidup. Jika korang sedang mencari lokasi yang sempurna untuk melamar gadis idaman korang, pertimbangkan Heli Lounge Bar, yang terletak di aras 34, Menara KH di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Lamarilah si dia di sini dengan berlatarbelakangkan pemandangan 360-darjah yang indah umpama di atas awan,

Setelah lamaran diterima, raikan detik gembira ini di Kuala Lumpur Journal Hotel, yang direka dengan sentuhan retro moden di Bukit Bintang, sebuah hab hiburan malam yang popular di Kuala Lumpur. Bersantailah di The Swimming Club, yang dilengkapi dengan kolam renang infiniti dan bar yang diinspirasikan oleh nilai-nilai estetik Wes Andersen.

4. Melompat dari satu negeri ke negeri yang lain


Kepada yang sedang merancang percutian tahun ini, apa kata jika korang jelajahi setiap negeri di negara kita yang indah ini? Alami kepelbagaian budaya dan nuansa yang terdapat di negara kita dalam perjalanan bersama teman-teman korang. Tidak tahu nak bermula dari mana? Apa kata mulakan perjalanan anda dari bandar bersejarah Melaka.

Pilihlah daripada ratusan tempat penginapan yang terdapat di sini. Rimba Hang Kasturi, yang terletak di Jonker Street, adalah sesuai untuk kedua-dua aktiviti yang menyeronokkan dan santai. Dari sini, korang boleh jelajahi tempat-tempat yang menarik di Melaka bersama teman-teman korang.

Jadi, tanpa mengira korang bercuti secara berseorangan atau berkumpulan, luaskan pandangan korang dengan membuat transformasi fizikal dan mental di negara kita sendiri, Malaysia. Apakah halangan korang?

Masanya telah TIBA! Ayuh kita sahut cabaran ini!


P/S: Rancang percutian korang tu baik-baik ya. Jaga diri, lagi-lagi time Covid-19 ni..

4 comments:

  1. Melompat dari satu negeri ke satu negeri tu best. Tapi sekarang mampu lompat di rumah je la.. virus berleluasa. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kannn, eloklah duduk dulu rumah, kalau nak pun dalam negeri aje laa..tu pun entah selamat ke idok..

      Delete
  2. memang melompat kat dalam rumah ja la dan luar rumah tepi beranda ja. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..tu je laa yang mampunyaa Umi...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.