Header Ads


KEMPEN #PAYWITHHANDWASH MENGAJAK ORANG RAMAI BETAPA PENTINGNYA MENCUCI TANGAN


KEMPEN #PAYWITHHANDWASH MENGAJAK ORANG RAMAI BETAPA PENTINGNYA MENCUCI TANGAN | Selamat pagi korang. Dah sarapan? Haaa dah cuci tangan ke belum tu? Hehehehe. Sebelum melakukan sesuatu, eloklah korang cuci tangan ya. Jangan main ngap je, berpusu-pusu kuman masuk dalam mulut oii..

Mencuci tangan menggunakan air dan sabun adalah salah satu benda yang paling mudah bertujuan untuk mencegah penyebaran kuman-kuman yang ada di tangan. Tapi berapa kerapnya korang mencuci tangan?.

Sejujurnyalah, Sis kalau dirumah memang mencuci tangan ni kerap, maklumlah kita ni surirumah, kerjanya memasak, mencuci, mengemas, dan makan tidur hahaha. So semua kerja yang kita buat tu, akan membuatkan Sis kerap mencuci tangan.

Banyak orang menganggap mencuci tangan merupakan benda remeh, ye lerr macam konfiden sangat diri dan tangan tu bersih, padahal tadi baru korek hidung hahaha, tapi tahukah korang, kalau jika tidak menjaga kebersihan seperti mencuci tangan tu adalah salah satu punca penyakit penyebabnya cirit birit. Ia adalah kuman yang berada di tangan kita. Azab oii kalau dah kena cirit birit, jangan memain.

Untuk menggalakkan lebih ramai orang membasuh tangan dengan cara yang lebih kerap, Syarikat pengeluar makanan beku tempatan, StarFish telah memperkenalkan kempen digital bernama "#PayWithHandWash".


Dalam kempen ini, orang ramai di minta untuk mengambil video mencuci tangan mereka, dan memuat naik ke laman media sosial mereka seperti Facebook atau Instagram. Setiap saat dalam video itu, korang akan dapat RM0.50sen. Makin lama masa korang mencuci tangan, makin banyaklah yang korang akan dibayar. Tapi hanya maksimum 60 saat saje ye, kira 60saat tu korang akan dapat RM30.

Yaa! Hanya cuci tangan, korang akan dapat duit!. Tak faham juga? okay baca caranya di bawah ini.

- Amik video korang cuci tangan (maximum 60saat)
- Upload di media sosial korang
- Dan guna hashtag #PayWithHandWash
- Pastikan IG/FB korang public ya.

Kempen ini bermula 27/3 sehingga 27/4/2020.
100 penyertaan pertama akan menerima E-Voucher dari Starfish dan bagi yang mendapat LIKE terbanyak akan menerima RM100 Touch'n'Go reward!

Sila lihat video Sis di bawah ini hehehehe..



Menurut kata Michelle  Liew, Marketing Manager of StarFish , “We would like our fans to alert on the importance of washing hands frequently even though at home. We should wash our hands not less than 40 seconds as recommended by World Health Organization. However, there are lots of people simply wash their hands in very short time. Therefore, we launch this campaign to have them to wash their hands as longer time as they can but limited to 60 seconds, to keep bacteria away. Their hand washing time will be converted to E-Cash voucher to be used to purchase our products online, and get delivered to their doorsteps.”

Bagi korang yang tidak mengetahui lagi apa itu Produk Starfish, StarFish adalah jenama makanan sejuk beku syarikat Khong Kee Food Industry Sdn Bhd. Ianya adalah syarikat perkilangan di Johor, StarFish diiktiraf di Johor dan telah mengeluarkan lebih daripada 80 produk makanan segar dan beku terdiri daripada ikan, makanan laut, ayam dan produk nilai tambah tempatan.

Ianya telah disahkan oleh HALAL oleh JAKIM Malaysia dan MESTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). StarFish berhasrat untuk menyediakan produk makanan berkualiti tinggi yang mana mengandungi nutrien yang tinggi. 

Sepanjang tahun, StarFish terus menghasilkan produk baru untuk terus kekal bagi memastikan semua pelanggannya menikmati produk StarFish dengan pelbagai pilihan. Pelbagai produk StarFish termasuk fish ball, fresh fish ball, dim sum series, fun bites, fish pop corn, tofu series dan banyak lagi.



Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan, StarFish menawarkan perkhidmatan penghantaran produk mereka kepada korang. Korang hanya memesan Produk StarFish menerusi Facebook mereka, atau guna aplikasi online dalam talian seperti Lapar dan Penghantaran Octopus, dan mereka akan menghantar terus ke pintu rumah korang.

So Apalagi, jomlah korang join kempen ini dan menang hadiah yang di tawarkan. Sis pun dah join!

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, korang boleh ke official Facebook Starfish di:

Official website www.khongkee.com.my
Official Facebook www.facebook.com/starfishkk
Official hashtags: #starfishkk #ilovestarfish


P/S: Mudahnya menjemput rezeki kan? Rugi kalau korang tak join!.

15 comments:

  1. Bagus sangat kempen macam ni 😍

    ReplyDelete
  2. wa nice. sambil berkempen than we earn something. thank u share! :)

    ReplyDelete
  3. Haa tudia kempen basuh tangan. Sangat menarik dan unik kempen ni.

    ReplyDelete
  4. Wahh bagus ni kempen ni. Boleh cuba nanti. Alang-alang takde kerja cuti-cuti ni boleh support kempen ni sambil menjaga kebersihan dan dapat duit free2 tu

    ReplyDelete
  5. wah. sungguh pemurah dan bagus kempen ni.
    nampak mcm remeh / mudah, tapi ia bakal beri impak besar, kan.
    cuci tgn.
    ramai di antara kita yg x betul caranya.
    moga dgn ni, dipamerkan cara cuci tgn yg betul, semua dpt ilmu :)

    ReplyDelete
  6. bagusnya ada kempen macam ni. kempen macam ni dapat bagi kesedaran pada semua cara basuh tangan yang betul.

    ReplyDelete
  7. Wah!!!!!! Good way to make money. Thank you for sharing. Hehehe.

    ReplyDelete
  8. Menarik juga kempen ni. Bagus utk kesedaran menangani CoVID. Btw, belum pernah dgr Octaplus. Nanti nak cuba install lah.

    ReplyDelete
  9. Uitt bagusnya kempen ni. Tak pernah lagi ddengar pasal starfish ni, nanti leh survey. By the way nak join lah kempen cuci tangan tu..:D

    ReplyDelete
  10. Tak tahu pun ada kempen ni ok nak buat video basuh tangan sekarang juga hehehe boleh dapat baucer heheehhehe tapi nak dapat like banyak tu susah sikit lah wakakakka... menarik ni...

    ReplyDelete
  11. Menarik kan banyak kempen kesedaran dianjurkan oleh pelbagai pihak. Sebab dari kita mungkin faham bagaimana tahap kebersihan. Tapi nak ajar dan ajak ibu bapa dan anak kecil tu yang payah. Kadang lepas makan basuh ngan sabun tp hujung jari aje. Hahaha

    ReplyDelete
  12. aku da join..tapi belum hantar lagi la screenshot post ke IG or FB StarFish..detail tu diorang tak sebut dalam press release, tapi ada kat post IG and FB diorang je..

    ReplyDelete
  13. Yup.. Kempen ni sgt bagus.. Stp org kena ambil peduli kebersihan diri especially tangan tu. Sebelum makan atau apa2 basuh lah tangan dengan bersih dan cuci dgn sabun.

    ReplyDelete
  14. menarik ni..esok nak buat lah..sama2 support...mana tahu ada rezeki dapat rm30 tu hehehehe

    ReplyDelete
  15. satu perkara yang kita kena perbaiki kan. aspek kebersihan. alhamdulillah ada perkara yang kita perlu syukuri

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.