8 MARCH - SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2020

8 MARCH - SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2020 | Yaa jika korang seorang wanita, makanya korang layak di berikan ucapan dan menyambutnya sempena Happy Women's Day harini 8/3/2020. Tapi jika korang sebaliknya yang macam ala-ala wanita tu, harap maklum sila duduk tepi jer, hehehe.

Siapa sangka ada juga Hari Wanita Sedunia kan, rasa di hargai sangat, walaupun takde hari untuk Surirumah atau hari Isteri, tapi dapat sambut hari Wanita ni pun dah cukup bagus, sebabnya wanita ni kira segalanya laa dalam istilah 'surirumah' ataupun 'isteri' tu. So all in la ni kan hehehe.


"Hari Wanita Sedunia" atau Hari Wanita Antarabangsa ini di sambut setiap 8 March setiap tahun kalau bagi siapa yang belum tahu lagi. Dah banyak kali juga Sis buat posting mengenainya di dalam blog Sis, tapi tetap juga nak juga buat lagi. Takpe la kan, lain tahun lain pengisiaannya.

حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَمَنْعًا وَهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ

Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian berbuat durhaka kepada ibu-ibu kalian, mencegah dan meminta serta mengubur anak perempuan hidup-hidup.” (HR. Bukhari: 5975, Muslim: 593)

Berbanggalah kerana dilahirkan sebagai wanita. Islam begitu memuliakan wanita dengan mengangkat darjatmu melalui kalam Allah dan lisan Rasul-Nya. Kerana dirimu begitu berharga.

Wanita, insan yang berjiwa kental, yang penuh kesabaran.
Hati yang penuh keikhlasan.
Wanita bisa menjadi anak, isteri dan ibu. Malah pendidik ummah.

Maka, hargailah dirimu dengan memelihara auratmu dan menghiasinya dengan akhlak yang baik. Benarlah tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia.

Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan dalam membuat keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya. Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.

Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syurga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.

Sebenarnya, besar pengorbanan seorang wanita, banyak pengorbanan yg mereka lalui dalam kehidupan harian. Oleh itu hargailah mereka yang bernama wanita.

Yaa akulah WANITA hebat!..

Selamat Hari Wanita | Happy Women's Day Korang!!


P/S: Apakah ada surprise hari ini? Jeng jeng jeng...kita tunggu dan lihat..

16 comments:

  1. Hi! Selamat Hari Wanita! Kepada semuaaa wanita hebat! Heheee

    ReplyDelete
  2. selamat hari wanita sis.. ^^

    dan selamat berhujung minggu..

    ReplyDelete
  3. Selamat hari wanita untuk semua wanita dalam hidup sis lin juga 😍

    ReplyDelete
  4. selamat hari wanita kepada kita....eh kita wanita kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha eh ko bukan wanita ke? Hahahaha nanti aku test ko hahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.