Header Ads


PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN


PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-8 TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN | Tak terlambat rasanya untuk Sis sebagai admin blog Aku Sis Lin, ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Sis ni kalau bab politik memang tak pandai nak bercakap dan menulis. Mampu baca dan hanya ikut aje apa kata majoriti. Time undi kita undi, pun ikut suara majorti, tapi biasa Sis undi ikut kata hati yang memang sejak dari dulu membesar dengan 'alat penimbang' tu. Yaaa jujur, belum pernah undi lain lagi.

Tapi bila dah banyak sangat 'logo' parti ni, Sis pun jadi blur gak, mana yang betul dan tak betulnya, tapi kan dah cakap atas tu, kita ikutlah kata majoriti. Nak jelaskan pepanjang pun tak reti macam mana.

Apa-apa pun keputusan dah di putuskan, korang jangan banyak sangat bangkang dan update memacam dan kecam, kang ada kena tangkap duk lokap. Bila korang buat begitu seolah korang tak hormat akan keputusan Agong tu, so better kita tunggu dan lihat aja. Bagi mereka-mereka tu masa untuk redakan keadaan Malaysia ni.

Esok tiba masa mengundi, haa ko pangkah le mana ko nak ya! Jangan yang banyak cakap tu tapi pergi mengundi pun tak, podah!!.


Biodata Tan Sri Muhyiddin Yassin - Perdana Menteri Ke 8

Nama: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Isteri: Puan Sri Noorainee Abdul Rahman
Anak: 4 orang
Tempat lahir: Muar, Johor
Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978

4 Mei 1995 – 14 Disember 1999 – Menteri Belia dan Sukan
15 Disember 1999 – 26 Mac 2004 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
27 Mac 2004 – 18 Mac 2008 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
19 Mac 2008 – 9 April 2009 – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
10 April 2009 – 11 Ogos 2013 – Menteri Pelajaran
26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
26 Mac 2009 – 26 Februari 2016 – Timbalan Presiden UMNO

1970 – Memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Johor Darul Ta’zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa)
1971 – Dilantik Bendahari UMNO Muar-Pagoh
1974 – Ketua Pemuda UMNO Pagoh/ Setiausaha pemuda UMNO Johor
1978 – Ahli Parlimen Pagoh.
1982 -Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh
1986 – Menteri Besar Johor ke-13
1985 – Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1993 – Menang Naib Presiden UMNO
1996 – Gagal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO

2000 – Menang semula pemilihan Naib Presiden UMNO, undian ketiga tertinggi.
2009 – Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional
2016 – Digantung jawatan Timbalan Presiden UMNO berikutan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jun 2016 – Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO.
September 2016 – Antara pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dilantik sebagai Presiden.
13 Julai 2017 – dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam struktur baharu Majlis Presiden Pakatan Harapan.
22 Ogos 2017 – Dilantik Pengerusi Pakatan Harapan Johor

29 Februari 2020 – Diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan

Selamat menjalan tugas Tan Sri..


P/S: Semuanya dah terjawab, now kita bagi tumpuan pada kes Covid-19 yang semakin membimbangkan..Korang tak takut ke aa?.

8 comments:

  1. dana pun tak tau sangat nk cita bab politik, kadang bila baca psl kawan-kawan up pasal politik kita lak yg pening... apa pun doa moga negara kita sentiasa aman makmur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Dana, nak cite panjang-panjang tak reti, at least ada la kenangannya di blog sendiri ni haaa...

      Delete
  2. I pun dah blur dengan logo parti ni, hahaha

    ReplyDelete
  3. Pening la tengok parti banyak sangat, moga Tan Sri menjalani tugas dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Aien...takpelah, kita terima aje segalanya dengan baik...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.