Header Ads


BANTUAN PRIHATIN NASIONAL: CARA SEMAK DAN MOHON BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)


BANTUAN PRIHATIN NASIONAL: CARA SEMAK DAN MOHON BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) | Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi baru-baru ini. Bantuan secara one-off ini akan dibayar bermula akhir bulan April dan Mei 2020.

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.


Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH). Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

JUMLAH BANTUAN PRIHATIN NASIONAL

Terdapat empat kategori penerima iaitu:

  • Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
  • Isi rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40)
  • Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
  • Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas

Berikut Dikongsikan Kategori Penerima Yang Layak Bagi Setiap Kategori.

Isi Rumah B40

  • Kahwin; atau 
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020; dan 
  • Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah

Bujang B40

  • Bujang atau 
  • Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan anak pada permohonan BSH 2020; dan
  • Pendapatan bujang RM2,000 dan ke bawah

Isi Rumah M40

  • Kahwin; atau 
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian; dan
  • Pendapatan aggregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

Bujang M40

  • Individu berstatus bujang dalam data percukaian; dan
  • Had umur 21 tahun ke atas; dan
  • Pendapatan bulanan RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan BNCP


Kaedah pembayaran bagi B40 adalah seperti berikut:

  • Ada maklumat akaun — bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  • Jika status gagal kredit — bayaran adalah secara tunai di BSN
  • Tiada akaun — bayaran adalah secara tunai di BSN

Kaedah pembayaran M40 pula seperti berikut:

  • Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun ketua isi rumah
  • Jika taksiran bersama telah dipilih, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir

CARA MOHON BPN 2020

Kementerian Kewangan melalui posting rasmi di Facebook mereka memaklumkan permohonan baru boleh dibuat bermula 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDN.

Berdasarkan satu temu bual ekslusif bersama Menteri Kewangan, beliau memaklumkan Kerajaan mempunyai database B40 dan M40 yang layak.


Semakan Status Boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia: http://www.hasil.gov.my
Bantuan Sara Hidup (BSH): https://bsh.hasil.gov.my
Kementerian Kewangan Malaysia: https://www.treasury.gov.my

Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:

Sekiranya permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.

Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40.

Penjawat awam dan pesara kerajaan turut diberikan bantuan RM500 pada April nanti.
Tarikh pembayaran setiap bantuan ini akan diumumkan nanti.


Ini contoh yang diberikan oleh PM kita mengenai apa yang Makcik Kiah akan dapat. Siapa Makcik Kiah? Hohohoho..

Pastinya, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat yang lalu membuatkan anda tersenyum gembira kan?

Pastikan korang menyemak dahulu kelayakan korang seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

Korang boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini (https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank korang adalah terkini dan aktif. Dan pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.

Kaedah pembayaran juga akan dilaksanakan melalui pembukaan kaunter di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang akan diselaraskan oleh Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Lokasi dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon tertera ini: 03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000.


P/S: Alhamdulilah..sekurangnya dalam tempoh PKP ni, ada juga rezeki bagi meringankan beban mereka yang amat memerlukan..syukur. 

8 comments:

  1. Dana golongan m40, nanti bolehla suruh edy cek ada tak dalam akaun dia... boleh mintak share aikit heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa esok semak dan register ya Dana, moga dipermudahkan...

      Delete
  2. alhamdulillah, banyak yang kerajaan bagi..esok nak ingatkan ady untuk check status BPN tu..nak ingatkan budak2 rumah sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Sunah, apalagi yang kita nak? Bersyukurlah...

      Delete
  3. Replies
    1. Apo ko nombor tu haaa...sila jangan dedahkan no IC anda di sini..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.