AKU PANIK SUAMI MEMANCING BAWA BALIK IKAN KEMAIN BANYAK


AKU PANIK SUAMI MEMANCING BAWA BALIK IKAN KEMAIN BANYAK | Hahaha panik Sis ko kejap bila mana Suami pergi memancing tiba-tiba bawa balik ikan kemain banyak dan kus semangat, kemain besar oii. Ini betul-betul panik ni hahahaha.

Yaa hari yang Suami pergi memancing tu, hari yang kerajaan Malaysia istihar Perintah Kawalan Pergerakan tu haa, dan malam tu jugalah Suami pergi memancing dan ketika itu jugalah rakyat Malaysia ni panik, dan terus memenuhi semua soping mall dan pasaraya pergi berbelanja penuhkan stok rumah, aiyooo yoo ...

Tapi...Suami Sis ko panik juga!, dia pergi ke kolam memancing ikan hahahaha. Balik kerja je petang tu, mandi makan, then sambil makan berbual, ayat kemain berbunga-bunga, rupanya nak pergi memancing, hahahaha alaa Sis biasanya takde marah pun Suami nak memancing, pergilah, nak marah buat apanya, janji balik bawa ikan sudah. Jangan bawa balik ikan yang 'bertudung'.

Kita ni sebagai Isteri kadang kena faham minat dan hobi Suami, kerja penat, kemudian nak hilangkan stress, haaa layanlah perasaan depan kolam, so nak marah apanya, yang ramai Isteri marah-marah tu sebab kebanyakkannya Suami menipu, kata nak pi mancing, tapi kelain perginya, siap kantoi dengan isteri parking kereta rumah orang, dah kenapa? Hahahahaha..

Kalau Sis, Suami kata nak pergi mancing, yaaa pergi je laaa...dan see!! Punyalah banyak ikan yang di bawa balik, padahal ikan yang sebelumnya mancing pun masih ada lagi dalam freezer.




Korang tengok, mau Sis ko tak panik bila nengok ikan-ikan ni semua. Pening nak fikir nak potong ikan-ikannya adeii. Tapi nasib baiklah, kedai area Sis ni ada amik upah menyiang ikan. Kalau tak, tak tau le apa jadi ikan ni Sis kejekan hahahaha.

Ada sekor tu kemain besar, tu kalau Sis potong sendiri, mau jadi fishball agaknya kot. Alhamdulilah laaa ada yang tolong potongkan. Suami Sis? Bila masanya pulak dia nak motongkan? Tau mancing, dapat ikan bawa balik, then dia sumbat dalam freezer hahahaha.

Malam 'panik' tu Suami mancing dapat 4 ekor (gambar kedua dan ketiga di atas), dan yang lagi 3 ekor tu (gambar paling atas), tu ikan yang Suami dapat 4 hari sebelumnya. Tak sempat lagi nak masak semua, dah tambah ikan baru. Makanya kesemuanya dah jadi 7 ekor ikan ko! Hahaha, betul-betul stock sebulan ni.


Dan taraaa...ni laa hasilnya setelah siap di bawa potong di kedai belakang rumah Sis ni. Tapi semalam agak mahal dia amik upahnya. 7 ekor RM40 hengget..ermmm tapi takpelah, sebab saiz ikan pun besar-besar, sedekah aje laa. Janji siap potong dah senang kerja Sis nak memasak. Kalau tak, termenunglah Sis depan ikan-ikan tu hahahaha.

Ni dalam kepala setelah nampak ikan-ikan yang dah siap potong ni, ada macam-macam idea memasak dah berlegar-legar hahahah. Kena pulak anak-anak semua ada di rumah. Harini anak bujang balik dari Politeknik Mersing, esok anak sulung pulak balik dari Shah Alam, so meriahlah rumah dan Sis tentulah gembira, sebab dapat masak dan ada geng nak makannya.


Haaa tu diaaa hahahaha. Yang tulah hasil memancing Suami pada malam panik tu. Besar kan ikannya hahaha. Jenis ikan jangan tanya, Sis tau ikan siakap, ikan bawal emas dan ikan 'kambing' tu jer, yang besar tu ikan kambing kot, ke jenahak eh entah ek, lupa nak tanya Suami.

Ye mancing kolam berbayar, harga tak tau berapa, tapi kalau dah dapat hasilnya macam ni, berbaloi laaa oi, sebab Suami mancing tak overnight, Dia pergi jam 6pm lebih gitu, then jam hampir 12.30am baru balik. Kira dalam 6 ke 7 jam je laa mancingnya gitu.

So korang suka tak kalau Suami korang memancing dan dapat ikan banyak macam ni? Ke Suami korang tak minat memancing? Yee ada gak tau lelaki yang tak minat mancing, katanya tak kowser nak termenung depan kolam hahahaha.

Lain orang lain hobi, tu belum lagi kalau Suami Sis turun laut, sesilap tak ingat jalan darat kalau dah syok oii hahahaha...tapi takpe, Sis tumpang gembira melihat Suami juga tersenyum gembira dengan apa yang dia buat. Rasa puashati sangat sebab memahaminya! Alhamdulilah.

So menu kita harini...apalagi, Ikan Masak Asam Pedas laaa hahahaha...


P/S: Salam takziah buat keluarga mangsa #Covid19 yang meninggal semalam. 1 di Sarawak dan 1 lagi Johor. Allahuakbar..

8 comments:

  1. Replies
    1. Hahaha kannn, sebab tu lee aku hantar kedai potong hahahaa

      Delete
  2. Syokkknyaa tengok byk ikannn hoiiii... Rezekiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Nona, nak masak pun seronok aje hehehe

      Delete
  3. Besar-besar ikannya. Alhamdulillah rezeki

    ReplyDelete
  4. Wah cukup stok untuk tempoh masa kena duduk umah... Alhamdulillah rezeki ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Nasa, kebetulan rezeki dapat pulak ikan banyak gini..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.