Header Ads


KALAU MALAS NAK MASAK, ORDER AJE NASI AYAM PENYET VIRAL


KALAU MALAS NAK MASAK, ORDER AJE NASI AYAM PENYET VIRAL | Bila kata dah #DudukRumah manjang, otak pun tepu ko nak masak. Hari-hari celik mata fikir nak masak apa. Sampai kehabisan idea dah nak masak apa. Korang pun macamtu juga ke?

Sis kalau bukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, Sis memang jarang masak, kecuali Suami tak kerja atau anak Sis,Yana balik kerja awal atau tak kerja. Kalau tak memang tak masak, siapa aje nak makannya. Paling tak Sis masak untuk diri sendiri aje. Yang paling senang, Sis goreng nasi dan telur mata, janji kenyang sudah.

Makan sorang bukan susah sangat, lain le kalau macam keadaan sekarang ni, semua anak-anak dan Suami ada. Kecuali anak Sis yang sulung aje tak dapat balik, masih lagi di Shah Alam duk sana. Memang tak sempat nak balik sebelum PKP haritu, nak taknak #JustStayAtHome je la dia. Risau sangat hati ni, tapi takpelah, Allah jaga dia untuk Sis.



Nasi Ayam Penyet Viral 

Dan setelah hari yang ke entah berapa PKP, akhirnya inilah pertama kalinya Sis order makanan delivery ke rumah. Alhamdulilah, nasib baik juga Nasi Ayam Penyet Viral ni ada buat penghantaran terus ke rumah Sis jauh nun di Pasir Gudang.

Yaa kedainya di Sungai Segget sana (Sebelah pejabat Tourism Johor), Sis fikir jauh, mesti dia taknak hantar, tapi setelah tanya pada owner kedainya, alhamdulilah, hilang kempunan Sis nak makan Nasi Ayam Penyet Viral ni. Caj penghantarannya pun baru RM5 jer. Dan menunya pun masa sampai ke rumah, masih lagi panas-panas suam.



Tak boleh stop kalau makan sambalnya tu, memang sedap oii. Masa Sis order siap dah bagitau awal-awal, nak sambal lebih. So memang lebih sambalnya dia bagi hehehe. Juga yang specialnya Nasi Ayam Penyet Viral ni, mereka ada beri percuma kuah lemak cili api padang tu. Korang boleh makan dengan nasi. Lupa plak nak tanya semalam, mana pergi sup Sis hahahaha. Lupa agaknya nak masukkan hehehehe

Dan selain itu juga ada gak Sambal Terung Berlado. Yang ini memang peberet Sis. Menu apa je kalau dah namanya terung, memang Sis suka, tak kisahlah masak apa pun. So bila tokey kata ada Sambal Terung Berlado, apalagi, Sis pun minta le sekali 3 set.

Memang puashati makannya, portion pun banyak, kenyang korang makan sepinggan okay. Yang tak kuat makan, boleh share je. Memang banyak.

Nasi Ayam Penyet Viral tu sebungkus RM7. 
Sambal Terung Berlado RM2 satu set. 

Korang order aje, tak sampai satu jam dah sampai (mengikut kawasan masing-masing).

So bagi mereka yang di Johor, dah buntu nak masak apa, sesekali orderlah Nasi Ayam Penyet Viral ni. Wahtsapp aje ke nombor 0197795576 ni ya. Mereka juga ada servis dalam Food Panda. Korang boleh beli secara online juga.

Sambil kita bantu kawan-kawan kita yang meniaga kan.

Facebook: Nasi Ayam Penyet Viral


P/S: Eh, korang dah tau ke Siapa Makcik Kiah tu? Hahahahaha...

6 comments:

  1. sedapnya nmpak lagi2 dlm perintah berkurung ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, dalam PKP ni semuanya nampak sedap kan hahaha

      Delete
  2. Nampak sedap.
    Time2 duduk rumah ni memang lapo manjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Wak, time gini, apa depan mata semua sedap hahaha

      Delete
  3. alaa sedapnyaaaa uii...nanti la kalo teringin, aku ajak hosmetku order beramai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orderlah, kalau bebanyak order, boleh je dia hantar...jangan ko order sebungkus hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.