RESEPI KOPI DALGONA VIRAL MAMA DD


RESEPI KOPI DALGONA VIRAL MAMA DD | Sebut aje nama Kopi Dalgona tu, mesti ramai dah mencubanya kan, kecuali Sis belum lagi mencuba tapi harini Sis nak masukkan Resepi Kopi Dalgona Mama DD ni juga. Siapa Mama DD? Mama DD tu adik Sis laaa hahahaha. Dia sekarang dah kemaruk dengan kopi ni. Hari-hari masuk dalam group wahtsapp family, duk tunjuk buat Kopi Dalgona ni jer.

Sungguhpun Sis tak pernah buat sendiri yang viral ni, tapi Kopi Dalgona ni Sis pernah minum sewaktu Sis ke Bangkok baru-baru ni, tak taulah sama ke idok, tapi memang ramai kata dia memang femes di Thailand sana, cuma baru-baru ni viral di TikTok orang Korea tu haa...jujurnya memang kopi dia piaw gile, kalau nak lagi sedap, ko buat kemudian ko masuk sekejap dalam peti aias beku kasi betul-betul sejuk...tapi awas! Jangan pulak ko lupa, kang jadi Kopi Dalgona Beku plak hahahaha.

Buat masa ni Sis belum lagi nak mencuba. Tunggu le nanti esok-esok baru nak mencuba, sebab kat rumah ni kebetulan takde susunya dan juga baru je restock susu Farm Fresh tu, so kasi perabis dulu satu-satu, kang semua benda nak di makan dan minumnya, ada pulak penyakit lain timbul.

Tapi sebab ianya dah viral, makanya kita bagi posting masuk blog sesiap, simpan sini dulu, nanti nak buat boleh rujuk ke blog sendiri aje, tak gitu...


Ko tengok kemain lagi adik aku amik gambo kan hahahaha. Menjejes air liur nengok, sabo je laaa.. Tapi beza sikit ye resepi Kopi Dalgona Mama DD ni, sebab dia guna 3in1 Old Town Classic. Kata adik memang betul-betul sedap dan pahit bagi pengemar kopi! Siap cakap, 'Kalau Along ni mesti suka, sebab rasa pahit kopi sebenar', hahahaha..

Dia tau Kakaknya suka dan gila minum kopi kekekeke. Ookay untuk korang yang belum cuba dan nak mencubanya, boleh laa cuba Resepi Kopi Dalgona Mama DD ni. Pasti sedap oii, guna Old Town Classic. Bawah ni Sis letak resepinya ya.

Resepi Kopi Dalgona Mama DD

Bahan-Bahannya:
- Satu Paket 3in1 Old Town Coffe Classic (Tapi guna setengah paket aje)
- 2 Sudu Brown Sugar
- 2 Sudu Air Panas
- Susu Dutch Lady High Calsium (Yang ni kurang manis sikit kata adik)
- Ais Batu Secukupnya

Cara Membuatnya: 
- Masukkan setengah paket Old Town, brown sugar dan air panas kedalam satu bekas atau cawan.
- Pukul bahan tersebut menggunakan whisk/mixer atau garfu sehingga kembang sampai jadi maringue, macam gambo bawah ni.


- Setelah itu sediakan cawan, dan masukkan ais batu ke dalam cawan, dan tuangkan susu separuh kedalam cawan.
- Kemudian masukkan bahan kopi yang telah di pukul tadi ke dalam cawan susu.
- Jangan lupa tangkap gambo dulu, kemudian baru minum hahahahaha.


Tengok! Si budak Mia ni pun kemaruk gak minum kata Mama DD..eeee sabo je lee..Ooo Mama DD, silalah buatkan Ayyom yaa...hahahaha.

Tak boleh jadi ni, nak kena buat juga nampak gayanya...arghhh malas nak gi kedai beli susu daaaa...


P/S: Kata adik, memang sedap gile guna Old Town tu dari nescafe atau milo, korang cubalah! 

26 comments:

  1. Oh ni rupanya Dalgona. Saya tengok orang lain buat tak secantik akak buat. Hahahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa ikutkan gitu lee rupanya..tapi ini Adik Sis yang buatnya Ruby..Sis ko belum cuba, up resepinya dulu...heheheh

      Delete
    2. Akak kena cuba. Ramai kata terbeliak bijik mata sampai pagi takleh tido. Hahaha

      Delete
    3. Hahahaha nanti le cuba yaaa...

      Delete
  2. Hehe memang viral teroksss sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Min...dah kena buat rasanya ni, tak menahan nengok kecur hahahaha

      Delete
  3. kopi yang tengah viral ni, terliur tengok dok lalu lalang kt wall fb .. kena try lahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn viral gile, sana sini orang share...memang kena try! Jom kita try!

      Delete
  4. bukak IGS semua pakat buat kopi ni..
    tapi sbb x minat kuppi jadi tak truja sngt nak buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha iyerr tengah viral ni lee semua pakat buat, kena cuba Siti, Sis belum cuba, tapi tadi dah beli susu hehehehe

      Delete
  5. Nampak sedap..nanti boleh la cuba

    ReplyDelete
  6. Dah cuba buat. Sangat sedap buat style camni.

    ReplyDelete
  7. I am so going to try this!
    Banyak orang dah try nihhh ... Nak try juga!

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap tapi tu lah...tak suka sangat susu putih ni dan juga kopi....mungkin saya kena olah balik tukar kopi tu jadi lain...

    ReplyDelete
  9. Hihi I just made the Dalgona coffee too. like the taste a lot. wow your kids also drink coffee ya?

    ReplyDelete
  10. viral betul coffee dalgona time musim quarantine ni lepas ni boleh try guna milo pula hehe

    ReplyDelete
  11. nampak jugak ramai yg buat tapi saya tak berapa minat pulak hehe. mungkin sebab saya tak minat kopi & juga benda manis sangat :)

    ReplyDelete
  12. Kita dah cuba buat juga sekali jer minum terus pening kepala hehehehe tapi pada yang pecinta kopi tu memang sesuai lah boleh cuba buat tak susah bahan pun sikit jer hehehehe sedap...

    ReplyDelete
  13. tu la. few days PKP ni kopi ni yg berlegar-legar di timeline fb.
    menarik nampak nyer. dah le aida ni peminum nescafe tegarrrrrr...
    tapi tak buat lgi la kat rumah ni, sis.
    takde nescafe. nak beli, takot plak nak kluar rumah :)

    ReplyDelete
  14. Sedapp sis.. hahah za dah buat tapi tak pakai la 3 in 1 .. za pakai kopi essenso je ... sedapp pahit2..

    ReplyDelete
  15. aku ada try guna Nescafe Caramel Latte 3 in 1 tu, tak jadi ko...agaknya sukatan aku tak betul...takpe lah, nescafe biasa pun da sedap..bulan depan baru buat lagi..hahahha

    ReplyDelete
  16. Tengok best. Sedap je. Tapi kita tak minum coffee coffee sangat. Karang mula la segar bugar 24jam. Haha

    Nak try buat guna milo pun tak terbuat-buat. Tengok orang buat aje la..

    ReplyDelete
  17. zul nak try buat lagi lah nanti, jeles tengok akak punya menjadi, cantik pula tu foam dia. zul buat haritu berat semacam je

    ReplyDelete
  18. Selagi ada kopi kat rumah tu, selagi tu mmg rasa nak buat je dalgona coffee nie. Susu hri tu beli sampai 10 kotak buat stok 🤣🤣

    ReplyDelete
  19. haa jadi juga saya buat. memang sedap tapi takleh la buat selalu

    ReplyDelete
  20. Oh yumsss... nak try juga kopi ni tapi takut terjebak nanti hari hari pun nak.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.