Header Ads


5 PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN TERBAIK DI SELANGOR


5 PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN TERBAIK DI SELANGOR | Walaupun Sis ni duduk dan tinggal di Johor, tapi memandangkan anak Sis yang sulung belajar dan menetap di Shah Alam, Selangor sana, dan kebetulan dia pun dalam bidang perubatan juga, makanya sedikit sebanyak Sis kena amik tau juga mana-mana hospital yang terbaik jika anak tak sihat nak admit dan buat rawatan.

Makanya kenalah amik tau juga mana yang terbaik untuk anak di sana. Dan ada juga antara 5 hospital ni, anak Sis ada pergi buat praktikal dan research untuk pengajian dia, so memang nama-nama hospital ni Sis tau le juga dari mulut si anak. Lebih-lebih lagi KPJ tu haaa, di Johor pun Sis satu family memang dapatkan rawatan di Hospital Pakar KPJ juga. Memang servisnya terbaek! Ngetop!

Tapi sebenarnya mana-mana sama je hospitalnya, cuma servis dan perkhidmatan juga kosnya aje berbeza. Kalau dah nama pakar, mestilah mahal, melainkan ko ada insurans. Tapi jika tiada, hospital yang disediakann oleh kerajaan pun dah bagus. Janji kalau sakit tu, pergilah dapatkan rawatan awal.

So harini Sis kongsikan juga dengan korang antara 5 Pusat Penjagaan Kesihatan Terbaik Di Selangor ni ya. Silap-silap orang Selangor pun tak tau hehehe..

Jom kita tengok..

1. KPJ Damansara Specialist Hospital


Hospital Pakar KPJ Damansara terletak di lokasi elit di Kuala Lumpur yang sering menjadi pusat ekspatriat dan pemuda eksekutif. Hospital Pakar KPJ Damansara adalah sebahagian daripada KPJ Healthcare Group, salah satu daripada penyedia penjagaan kesihatan swasta terkemuka di rantau ini yang mempunyai pengalaman lebih daripada 29 tahun dalam industri penjagaan kesihatan.

Pesakit pesakit tempatan dan antarabangsa gemar ke hospital ini kerana perkhidmatannya yang anggap berkualiti setaraf dunia dalam bidang Kardiologi, Pembedahan Bariatric, Onkologi, Pemupukan In Vitro (IVF), Ortopedik, Pediatrik & Neonatologi, dan Pemeriksaan Kesihatan.

2. Sunway Specialist Centers Damansara 


Pusat Pakar Sunway Damansara (SSCD) memberi tumpuan kepada penyampaian konsultasi pakar pesakit luar dan perkhidmatan pembedahan hari. SSCD adalah anak syarikat Pusat Perubatan Sunway (SunMed), salah satu penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia.

Setiap Pusat Perubatan dibawah naungan Sunway dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan moden, disokong oleh satu pasukan profesional penjagaan kesihatan yang berpengalaman termasuk perunding perubatan, kakitangan kesihatan bersekutu dan jururawat berdedikasi.

3. The Tun Hussein Onn National Eye Hospital


Tun Hussein Onn National Eye Hospital (THONEH) telah ditubuhkan pada tahun 1986 oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga yang juga Pengerusi Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) (1975 - 1990).

Selama lebih dari 30 tahun, Tun Hussein Onn National Eye Hospital telah membina reputasi sebagai pusat kecemerlangan yang menyediakan penjagaan kesihatan mata khusus yang berkualiti dalam pelbagai kepakaran dan menmpunyai sub kepakaran yang komprehensif dengan menggunakan teknologi terkini bagi menawarkan rawatan perubatan yang termaju dalam bidangnya.

4. Avisena Specialist Hospital


Avisena Specialist Hospital terletak hanya 15 minit dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, di pusat bandar Selangor dengan jarak memandu 35 minit ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Hospital ini dilancarkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan disambut oleh Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah YAB Tuan Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor. Avisena Specialist Hospital adalah sebuah kumpulan penjagaan kesihatan yang berkembang pesat di Shah Alam yang menawarkan spektrum penjagaan primer, perkhidmatan pakar dan program kesihatan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat, pelanggan tempatan dan antarabangsa.

5. Columbia Asia Hospital Bukit Rimau


Hospital Columbia Asia Bukit Rimau adalah sebuah hospital pelbagai bidang pengkhusus yang terletak di Shah Alam yang juga berhampiran dengan komuniti-komuniti di Subang Jaya, Klang dan kawasan sekitarnya. Hospital Columbia Asia mempunyai kakitangan dan jururawat yang berkemahiran tinggi dan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang terkini.

Hospital ini juga meliputi pelbagai bidang perubatan seperti Kardiologi, Ortopedik, Rheumatologi, Perubatan Kecederaan Sukan, Pediatrik, Pembedahan Am, Radiologi dan Urologi. Setiap hospital memerlukan doktor panel yang cukup pakar dan arif dalam pelbagai bidang perubatan kesihatan. Justeru, penting bagi setiap hospital untuk merawat setiap orang pesakit dengan penuh amanah dan dedikasi.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.


P/S: So...buat pilihan yang bijak!..Cegah sebelum parah..

4 comments:

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.