TOURISM MALAYSIA SURFCASTING TOUR 2020 (SIRI 1) KEMBALI LAGI!

TOURISM MALAYSIA SURFCASTING TOUR 2020 (SIRI 1) KEMBALI LAGI! | Yay dia datang lagi, kali ni mesti ramai para pemancing tertunggu-tunggu dan ternanti-nantikan acara tahunan dari Wak Jali Event management ni kan? Sebabnya berdasarkan acara sebelum-sebelum ni, hadiah yang di tawarkan sangat lumayan.

Pihak Tourism Malaysia akan bekerjasama dengan Wakjali Event Management, syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam menganjur dan mengendalikan pertandingan memancing di negara ini. Wakjali Event Management yang ditubuhkan pada 2004, telah menganjurkan lebih 600 kali pertandingan memancing di seluruh negara dan memegang rekod dalam Malaysia Book Of Records sebagai Penganjur Pertandingan Memancing Paling Ramai Peserta pada 2007 dengan penyertaan sebanyak 3,986 peserta.

Alhamdulilah Sis dah berapa kali berpeluang menyaksikan pertandingan ni, memang happening giler dan meriah! Siap pacak khemah ko derang. Datang jejauh, bawa anak bini lagi, berpanas berhujan, tapi bila di istiharkan Juara atau pemenang je, hilang segala penat, terpancor kegembiraan si pemancing termasuk anak bininya hehehe siap dah stanby bawak bag besor nak bawa balik hadiah hehehe.

Rezeki masing-masing, siapa tau untuk tahun ni rezeki korang pulak yang membawa hadiah wang tunai tu dan juga sebuah kereta. So tunggu apalagi, jangan lupa mendaftar untuk Siri 1 ini nanti ya.

[Baca Sini]: Tourism Malaysia Surfcasting Tour - A Journey to VMY2020


Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 Siri 1 ini akan bermula pada 15 Mac 2020 di Pantai Port Dickson. Tiga buah kereta untuk pemenang Juara, Naib Juara dan pemenang Grand Slam.

Yuran RM80.00, RM60.00 (60-65 tahun) dan RM40.00 (lebih 65 tahun dan OKU). 

Bagi penyertaan awal pula, peserta boleh membuat pendaftaran menerusi akaun Maybank yang akan dimaklumkan seminggu sebelum pertandingan. Penganjur menawarkan 1,200 kemeja T bagi peserta yang mendaftar awal. Setiap peserta dibenarkan mendaftar dua joran (maksimum) bagi setiap siri. Ini bagi mengelakkan manipulasi pertandingan bagi mengejar kejuaraan keseluruhan.

Di bawah ini di sertakan tarikh-tarikh dan lokasi bagi Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 Siri 1.
Nota: Yang berhuruf gelap tu dah confirm tarikh dan tempat, manakala yang berhuruf light tu, masih dipertimbangkan dari segi lokasi (tarikh adalah tetap).


Syarat Pendaftaran 

Bagi memastikan semua peserta mematuhi syarat dan peraturan pertandingan yang diguna pakai dalam pertandingan ini, penganjur akan menggunakan pendaftaran berkomputer bagi mengesan sebarang cubaan pendaftaran yang lebih daripada had ditetapkan. Berbanding dengan sistem pendaftaran yang selalu diguna pakai dalam mana- mana pertandingan sebelum ini, penganjur menetapkan semua maklumat peribadi seperti nama penuh, alamat, nombor telefon perlu dinyatakan dengan jelas di dalam borang pendaftaran.

Borang pendaftaran boleh didapati di laman web www.wakjalitour.my atau peserta boleh mendapatkannya di kaunter pendafataran. Pendaftaran menggunakan nama samaran adalah tidak dibenarkan.

Peserta juga perlu memastikan semua maklumat yang dicatat pada resit pendaftaran adalah tepat bagi mengelak sebarang masalah pada sistem penghakiman berkomputer atau ketika pengumpulan mata Grand Slam.

Bagi memudahkan peserta memahami syarat dan peraturan acara ini, pihak penganjur akan menyediakan satu set buku Syarat Dan Peraturan Pertandingan di kaunter pendaftaran. Peserta juga boleh mendapatkan set syarat berkenaan di laman web di atas.

Ini berikutan, beberapa spesis ikan tidak akan dipertandingakan dalam pertandingan ini, yang berbeza dengan pertandingan anjuran penganjur lain. Justeru bagi mengelak sebarang masalah, penganjur mengharapkan setiap peserta yang mengambil bahagian dapat membaca dan memahami syarat dan peraturan yang disediakan.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi urusetia di talian 019-6203040, 012-2141401, 013-3838655 dan 012-6823479.


P/S: Macam nak suruh je Suami Sis join, tapi ermmm bizi manjang, mana ada cutinya oii hahahaha..

17 comments:

  1. Bagi yang gemar memancing inilah masanya.Peluang dan mana tahu rezekikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee PC, memang mereka menanti-nantikan acara ni hehehe hadiahnya lumayann..

      Delete
  2. Siapa yang minat memancing tu memang bagus sangat cuba. mana tau ade rezeki :)

    ReplyDelete
  3. Pemancing semua jangan lepaskan peluang. Mana tau ada rezeki dapat ikan besar.

    ReplyDelete
  4. bestnya..hadiah hebat2 untuk kaki joran nih... boleh la share dgn kawan2 mancing suami lepas ni..thanks for sharing

    ReplyDelete
  5. Wah wah wah... ini memang menarik, tertarik ko memang the bomb gitchewwww... hadiah pun cun nampaknya... nak bagitau incik suamilah kalau gini... di samping pergi memancing, kita boleh pergi cuti-cuti Malaysia kannnn... hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Merata pergi memancing ye. Seronok berjalan merata.hadiah lumayan tu.

    ReplyDelete
  7. Bestnyaaa kalau mennaggg, kan!

    ReplyDelete
  8. Kaki pancing confirm suka dan teruja nak join pertandingan ni. Hadiah lumayan siapa yang tak nak join kan. Mana tahu rezeki emnang salah satu hadiah.

    ReplyDelete
  9. siapa kaki pancing confirm teruja la nk. hadiah dah la lumayan untung kan.

    ReplyDelete
  10. Nie kalau share dengan abg ipar nie, mesti dia gembira. Pastu kakak muncung sebab dia takleh ikut kena jaga anak2 buah. Hahaha. Tq share info nie

    ReplyDelete
  11. wow. @ pantai puteri disember nanti.
    kalau kaki pancing, sure grab la this thing kan.
    something yg best.
    asben aida tidak ke arah memancing ni. tapi sesekali join member la jugak :)

    ReplyDelete
  12. Bagusnya aktiviti ini.. selain daripada untuk manfaat kepada masyarakat ianya juga dapat memperkenalkan negara kepada dunia

    ReplyDelete
  13. Aktiviti macam ni memang seronok utk kaki mancing tapi dgn keadaan skrg kecoh Covid19 ni, diteruskan juga ke sis?

    ReplyDelete
  14. Fuyoo lumayan juga hadiah dia. Confirm ramai kaki pancing join. Cuma harapnya ada langkah keselamatan dalam fasa Covid-19 yang semakin merebak ni ya

    ReplyDelete
  15. Wah best ni. Kaki pancing mesti suka. Tapi, make sure amalkan langkah pencegahan ye utk elakkan covid 19. Sbb tmpt terbuka n orang ramai berkumpul

    ReplyDelete
  16. Thanks for the information, mest meriahkan sampai final tu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.