MENU #STAYATHOME SEMALAM DAH MACAM FOOD REVIEW KATA ANAK

MENU #STAYATHOME SEMALAM DAH MACAM FOOD REVIEW KATA ANAK | Hahaha tergelak bila anak kata macamtu semalam. Yaa laaa maklum aje laa, Emaknya dah terbiasa pergi food review dan tangkap gambar makanan, so bila dah masak meriah kat rumah, automatik ianya terus jadi habit hahahaha. Nasib le anak-anak dan Suami faham.

Bukanlah kata sebelum ni tak rajin memasak, sampai kena tunggu kerjaan bagi arahan Duduk Rumah Diam-Diam, barulah ko nak masak bagai, tidakkk...tapi sebabnya semalam anak bujang Sis balik dari Politeknik Mersing, makanyalah Sis memasak meriah macam ni, sesekali anak balik kan, kita masak sedap-sedap.

Kebetulan lauk basah semua penuh dalam esbox, takkan nak bior je beku, so masaklah!. Penuh esbox Sis tu dengan Ikan Pancingan Suami, dengan segala jenis binatang Seafood ada, tu semua Sis dah beli sebelum kerajaan keluarkan arahan Perintah Kawalah Pergerakan lagi, Sis pergi ke Pasar Pagi Orang Asli sana. So benda dah ada, kita masak je laa kan..



Antara menu yang Sis masak semalam dan menjadi pilihan anak-anak semalam adalah Udang Goreng Oat Milk ni haa. Udang yang Suami beli tu memang saiz besar, sebesar tapak tangan. Harga pun murah, sekilo baru RM38. Tu pun dua kali masak boleh, semalam Sis masak 15 ekor aje, ada lagi 12 ekor Sis simpan hehehe siap kira ko! Hahahaha.

Bila Sis up gambar menu ni di FB, ramai yang tanyakan respinya. Ermmm sebenarnya sama je dengan resepi Udang Goreng Nestum tu, cumanya, Sis kat rumah semalam takde nestum, tu yang Sis gantikan dengan oat. Rembat Oat Suami punya. Dan susu pulak, ikutkan kena guna susu cair, tapi takde juga kat rumah ni, so Sis guna susu pekat sesudu dan Sis cairkan dengan air panas.

Nak resepi juga? Okaylah ni Sis salinkan resepinya, simple aje tau. Ikut suka korang laa ye nak editkannya..

Udang Goreng Oat Milk 

Bahan-bahan:
-15 ekor Udang
- Setengah Biji Bawang Besar (dicincang)
- 3 Ulas Bawang Putih (Dicincang)
- 5 Ketul Cili Padi dan Sebiji Lada Merah (Dicincang)
- 3 tangkai Daun Kari
- 3 Sudu Mentega (Untuk menumis)
- Oat 3 Sudu (ada nestum guna nestum)
- Susu Pekat 1 Sudu, di cairkan dengan air panas, jangan cair sangat (Ada susu cair guna je susu cair)
- Serbuk Perasa dan Garam

Cara Memasaknya:
- Panaskan mentega hingga cair.
- Tumiskan Daun Kari dahulu hingga wangi, kemudian masukkan bahan yang di cincang.
- Gaul sehingga semua layu, dan kemudian masukkan susu.
- Masukkan udang dan gaul sebati, tambah serbuk perasa dan garam.
- Tutup api dan terus masukkan oat.
- Gaul sampai kering.
- Sedia di hidang.

Senangkan, silalah buat ya hahaha.


Dan menu lainnya, Sis masak Asam Pedas Ikan Jenahak, Sayur Buncis Cendawan, ada Petai dan Juga Ulam Timun. Jadilah menu semalam #StayAtHome hari pertama katanya hahaha. Siap aje masak, anak bujang pun sampai. Sis suruh dia mandi bersihkan diri semua dulu, barulan turun makan sesama.

Licin masak Udang tu semalam, dapat juga Suami merasa. Balik kerja semalam katanya lapar. So sampai rumah, pun sama Sis kerah suruh mandi bersihkan diri dulu, baru turun makan. Bukannnya apa, bila dah terdedah di luar bekerja tu, risau jugakan, so baiklah bertindak segera untuk mencegah.

Alhamdulilah.. Harini mungkin anak Sis di Shah Alam balik pulak, kebetulan memang dia dah cuti lama, cuma tunggu nak hantar report, sekali tak tau kena arahan Perintah Kawalan Pergerakan ni kan, so tawakkal je laa katanya balik harini. Mudah-mudahan dipermudahkan. Nasib juga anak bawa kereta sendiri. Kalau berpusu di stesen bas ke memana ke, risau juga. Memang Sis tak bagi balik.

Sos harini nak masak apa? Jeng jeng jeng.. nantikan kemunculannya esok! hahahaha..


P/S: Tolonglah korang!! Please #StayAtHome and #DudukRumahDiamDiam !!! Tolonglah!!!!..

18 comments:

  1. Uwahhhh menggodanya menu akak

    ReplyDelete
  2. eh eh bijaknyaaa sis lin guna oat ganti nestum dan susu pekat + air ganti susu cair tu...good tips!

    poyo kan komen aku

    ReplyDelete
  3. Amboi,, menu.. Sedapnya.. stay safe sis Lin. ^^

    ReplyDelete
  4. sedap tgk udang tu...dugaan org tgh puasa ni

    ReplyDelete
  5. Wahh sedapnye. Macam-macam lauk sis masak. Marina goreng telur dadar je. Haha

    ReplyDelete
  6. bila perintah kawalan pergerakan ni, duduk rumah memang kerja makan je lah kan.. Lepas makan, makan lagi hahaha.. Sedapnyaaa asam pedas tu, favourite tu..

    ReplyDelete
  7. Wahh menarik betul menu #stayathome dia :)

    ReplyDelete
  8. ishhhh akak ni punya menu, buat kecur air liur je ni. nasib x blh keluar rumah

    ReplyDelete
  9. Wah.macam2.dia masak. Tapi mmg nampak sedap dan menarik. Nanti bolehlah cuba

    ReplyDelete
  10. kalau makan camni masak hari2 ..mau naik badan balik saya sis lin...sedap2 camni mana boleh tolak...hihihi thanks for the recipe...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah kan banyak masa kita untuk memasak. boleh cuba macam2 resepi

    ReplyDelete
  12. sedap. alhamdulillah boleh cuba macam2 jenis masakan during 14 hari perintah kawalan pergerakan ni

    ReplyDelete
  13. Ya Allah !!! Udang goreng oat meal tu nampak sedap betul. Tambah pulak ada petai. Perghhh rasa nak datang rumah sis lin je skrg nie utk tumpang kuarantin 🤣

    ReplyDelete
  14. bestnya menu.. best juga bila satu fsmily makan bersama. kite ni duk rumah sensorang je. nak balik kpg, mak xde kat umah. so duk je la KL sensorang

    ReplyDelete
  15. Menarik le menu ni..sure enjoy makan sama keluarga. Sis terlioq tgok udang tu. Nanti nak cuba le

    ReplyDelete
  16. Wah banyak yer menu masakan dia. Untung yer suami dan anak2. Resepi udang tu cam best jer dan mudah jer nk buat. Nk try lah nnt

    ReplyDelete
  17. fuhh tergoda tengok udang oatmilk kak lin! No wonder lah anak akak kata macam food review haha. Kenyang perut senang hati satu family lepas makan

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.