Header Ads


BANNER DAN WATERMARK AKU DARI SUNAH SAKURA


BANNER DAN WATERMARK AKU DARI SUNAH SAKURA | Rasanya dah hampir dekat 10 orang yang duk tanya dan puji kemain lawa banner blog dan watermark Sis sejak-sejak ni. Maklumlah sebelum ni mana ada Sis guna watermark kat gambar Sis hehehe. Tak rajin ko nak edit hahaha.

Yup, sejujurnya Sis ko ni memang tak berapa pandai nak buat benda-benda edit ni, walaupun dah install Photoshop pun, tetap juga tak reti gunanya. Yang selalu Sis guna tetap Photoscape hahaha. Dari zaman mula blog dan kenal Photoscape, dan sampai ke hari ini, tu je la yang Sis reti buat kalau nak edit hahahaha. Sian kaan..

Bab gambar pun sama, biasa Sis tangkap, edit je guna phone then terus upload. Takde nak bukak photoshop ke apa ke nak edit, memang tak rajin oii hahahaha.

Tapi bab coding html blog, Sis boleh di katakan agak teror gak ler, boleh duduk berejam-rejam untuk adjust coding, sebab Sis boleh edit dan tukar-tukar template blog sendiri. Dan juga kadang amik upah gak buatkan dan tukarkan template orang, tapi basic je la, nak lelebih haaaa kena cari Sunah Sakura hahahaha.

Ini image asal, Sis cari kat google. Mohon halalkan jika ada siapa yang punya. 

Yup, Sunah memang pandai bab mengedit blog bagai ni. Tengok je la blog dia, asyik keje tukar template dan banner aje hahahaha. Segala benda dia edit. Dari template asal, esok-esok taunya semua benda dia tukar. Memang tabik le kat dia, nasib mata tu tak juling ek duk tengok coding html tu.

Dalam kalangan ahli JDT Blogger pun, ramai dia yang editkan. Kalau nak tanya dia bab coding dan apa je laa, pun Sunah boleh ajar dan editkan sekali kalau nak. Dah macam teamwork jugalah kami, janji blog memasing cantik, ringan dan tersusun.

Kalau Sis, kawan nak minta tolong edit coding html sikit-sikit tu bolehlah, nak lelebih memang tak reti. Lagi kalau nak buat banner tu, fail terus hahahaha. Memang bukan datang orang seni.

Dan baru-baru ni Sis minta Sunah edit dan buatkan Sis banner baru blog Sis. Sis dah dapat image tulisan melingkau tu dari google, then minta Sunah edit masukkan image dan font semua, maka terjadilah macamtu. Nampak simple, tapi kalau dah 10 kali Sunah buat banner Sis, yang ini Sis paling  Sis suka sangat sangat!!

Masa Sunah cari image katun dalam banner tu, dia siap cakap, nak cari yang macam gaya Sis, duk heran juga Sis ko dengo, ada ke katun yang macam gaya Sis ek. Sekali bila dia tunjuk hahahahaha gelak kejap nengok, laaaa iyelah dah macam Sis ko plak, sendiri nampak macam diri sendiri di situ hahahaha.

Bila Sis dah setuju dan siap semuanya, Sunah tolong edit masukkan ke dalam blog, dan dengan itu, terjadilah banner blog Sis untuk tahun 2020 ini hehehehe.

Dan yang ini setelah Sunah edit masukkan image dan link blog. Mohon halal juga untuk image katun tu ya. 

Cantik tak? Cute kan, walaupun simple tapi Sis suka sangat!! Dan Sis dah siap buat watermark untuk blog Sis. Pun guna Photoscape hahaha...tapi okaylah senang gak guna. Kalau tak memang sampai bila-bila le takde watermark blog Sis hahahaha.

Tu yang asyik kena rembat je gambar Sis, aishhh...sabo je laa kan. Kot ye nak guna ke, minta izin, jangan main amik je. Letak kredit tapi kalau tak linkkan, baik tak payah! At least ko kredit dan linkkan, ada gak le engagement kita dapat kalau orang klik..ni suka hati ko je ek nak rembat gambar orang!

Lepas ni kalau dah ada watermark, orang curi gak, tak tau nak kata apa, terus nanti Sis ko serang pi depan orang tu, Sis ko cop dahinya dengan watermark Sis hahahahaha...ada berani?!..

So bagi korang yang nak tukar template blog ke, tukar banner ke, atau editkan blog ke, bolehlah cuba khidmat Sunah Sakura ni ya. Harga berbaloi!.. Boleh email ke sunahsakura@gmail.com atau layari blog Sunah Sakura di https://www.sunahsukasakura.com .

Happy blogging korang!..


P/S: 2020 ni, masuk tahun yang ke 12tahun Sis berblogging...phewww lama gile ek...

20 comments:

  1. cantik sangat sis.. comel jer.. pandai sunnah buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn simple dan cute aje, sesuai dengan tuan punya blog hahahaha

      Delete
  2. aww...so sweettt may sistaaa..hahaha!

    yee, sape nak tukar template or banner, cari saya ok! tapi kena bersabar ikut masa saya...ahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...kita berkongsi rezeki gitu...insyaAllah ada rezeki awak tu ya...
      Yhanks you Sunah...

      Delete
  3. comel sangat ! nampak simple and clean je ^^


    https://www.nurulsyahirah.com/2020/03/tiada-simpanan-walaupun-rm1000-ikuti-panduan-ini.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa ini antara banner paling suka suka sangat Nurul...

      Delete
  4. cantik sis punya. suka tengok tulisan berangkai tu.

    tp kak sun punya reben yg hari tu dia dah tukar pula haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lee cantikkan cute..
      Kak Sunah ko kan Sis dah kata, asyik keje tukar aje hahahaha

      Delete
    2. hahahah tak suka la Huda..dia dalam henset cun, tapi bila kat browser, dia terlalu besar untuk seimbang dengan iklan

      Delete
    3. Hahaha haritu nak cakap gak, bukak kat laptop jadi besor sangat...

      Delete
    4. tulah, buka laptop besar sangat tapi nice. hehe.
      kak sun rajin design. takpe kak yang sekarang pun cute header kak sun.

      Delete
    5. Farah pun sama gak, rajin gak edit banner...

      Delete
  5. saya pun terfikir nak tanya, lawa watermark pic kat blog..hehe.Kalau tak sempat nak edit pic time publish post, time kita masukkan gambo kat draft tu, tekan pic, dia akan keluar saiz pic medium ke small ke kan, ada satu menu properties.klik situ, boleh masukkan apa2 tajuk atau tag untuk elak pic kita di gunakan org lain.Cubalah..InshaAllah, baik jugak untuk seo blog:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo ye ke? Baru ku tahu...makaseh Cik untuk tipsnya...

      Delete
  6. Terrorlah SS
    Cantik hasil kreativitinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan Wak, apalagi, suruhlah SS buat kan hahahaha

      Delete
  7. Memang sangat lawaaaaaaaa 😍

    ReplyDelete
  8. padan la lawa ni... Simple, comel. senang hati bila tengok. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kannnn, suka Sis nengok heheheh

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.