SELAMAT HARI JADI BUAT ANAK AKU YANG KE-24 TAHUN

SELAMAT HARI JADI BUAT ANAK AKU YANG KE-24 TAHUN | Harini 29/3 maka genaplah umur anak Sis yang nombor dua 24tahun yang Sis lahirkannya dalam Teksi jiran sebelah rumah hahaha. Uii satu pengalaman bersalin dalam kereta yang takkan Sis lupakan. Alhamdulilah, Allah berinya kesihatan yang baik buat masa ni walaupun semua memang tau dan pernah Sis kongsikan yang anak Sis,Yana ni ada Slip Disc.

Yang sorang ni memang agak lasak sikit, tapi lasak dia ringan tangan, suka membantu Sis di dapur dan juga apa aje laa kerja rumah, dan dia jugalah BFF Sis ketika Sis sedih, suka dan gembira. Memang dia pendengar yang baik sekali. Kadang-kadang dalam mendengar tu, Sis ko gak kena bebel dengan dia hahaha.

Beza dengan kakak dan adiknya, kakaknya suka buat hal sendiri, dan jarang nak bertanya dan amik peduli tanya kita depan-depan, tapi suka telefon direct terus, tak suka nak mesej ke wahtsapp ke apa ke, dia kalau ada apa, nak tanya khabar ke, terus call. Yang si bujangnya lagi beza, banyak bercakap, tapi dengan Sis aje dia bercakap dan bercerita, dengan Ayahnya langsung taknak, dengan kakak-kakaknya ikut mood.

Ermm gitulah perangai tiga-tiga anak Sis..


Happy Birthday Adik !

Dan harini hari lahirnya, Nurul Nazryyana.. dah besar dah anak Mak. Anak kesayangan Ayahnya, suka menempel kat Ayahnya aje. Yang Ayahnya plak suka melayan. Nasib yang kakak dan adiknya tak kowser nak jeles hahahaha.

Dan hari ini Mak nak ucapkan kepada anak Mak,...

Selamat Hari Lahir Adik (panggilan dalam keluarga), Mak doakan moga Adik sentiasa diberikan kesihatan yang baik, ceria selalu dan dimurahkan rezeki dalam apa jua yang adik ceburi. Tang jodoh tu, Mak serahkan pada Allah, ada jodoh, ye kahwin, takde jodoh, duduk je dengan Mak dan Ayah sampai tua ya..tapi insyaAllah, Mak dah bau-bau nasi minyak Adik ni hahahahaha...

Bagi yang menanya tentang sakit Slip Disc anak Sis tu, alhamdulilah, sejak buat rawatan slip disc kali ketiga tu, sampai sekarang, alhamdulilah anak bertambah sihat. Ada laa juga sesekali dia mengadu sakit belakang tapi tidaklah seserius seperti sebelum ni. Ermm kang asyik keje nak masuk wad je kan, nasib juga ada medical kad insurans, kalau tak....adeiii

Yaa anak pun masih bekerja dan masih menunggu temuduga jemaah para Doktor mengenai Claim Socso Slip Disc tu. Dah banyak kali buat follow-up, tapi katanya tunggu, so kita tunggu aje la. Nanti dah settle Sis update okay.

So harini, tak dapat nak sambut besdaynya..takpe Ayahnya dah janji, habis aje Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, kita pi holiday, sambut sekali besday adik dan si bujangnya tu sekali (16/4). So harini Ayah belanja KFC aje yer hehehehe.Nasiblah Mak dah beli hadiah awal-awal kan, suka tak? hehehe..

Apa-apa pun...Happy Besday Adik!! ..


P/S: Ayahnya manjakan sangat anak-anak, tiap tahun mesti nak sambut besday anak-anaknya, selagi tak tunaikan, Ayahnya tak senang hati..

16 comments:

  1. Happy birthday buat anak sis lin... semoga menjadi anak yang berbakti kepada kedua ibubapa amin serta berjaya di dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  2. Whoaaa.. happy birthday adikkk! Ehh. Yela.. saya tua lagik.. moga anak sis Lin dilindungiNya, bahagia Dan berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan.. Amin.. Pengalaman menarikk tu.. beranakk dalam teksii. Muahahahaa

    ReplyDelete
  3. HB buat yang menyambut birthday

    ReplyDelete
  4. Kan best kalau dapat sambut buzday sesama hahahhaa memang tak leh nak adjust dah ke mama?

    ReplyDelete
  5. selamat kelahiran untuk kamu si anak. moga yang baik-baik saja untuk kamu ya ;)

    ReplyDelete
  6. sama la bulan kita, cuma ehhh nak bahasakan diri akak ke onty ek. hahaha . kita awal bulan 3. 1 march 19..

    Selamat hari jadi. semoga diberikan kesihatan yang baik untuk beramal, di limpahi rezeki yang halal dan kejayaan di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  7. selamat hari lahir kepada beliau, Semoga beliau menjadi anak yang solehah kepada ibu bapa dan taat kepada ibu bapa. :)

    ReplyDelete
  8. eh eh rasa macam baru je lagi baca pasal Yana lahir dalam kereta, da naik lagi umurnya...happy birthday Yana!!!

    ReplyDelete
  9. Kejap je kan masa berlalu. Anak dah membesar. 24 tahun tu satu pencapaian buat ibu sebenarnya. Anak membesar dengan baik dan penuh kasih sayang. Happy Birthday kat Yana! Next bila nak bertunang dan kawen? Hahaha

    ReplyDelete
  10. Happy birthday adikk.. moga bahagia selalu. dah anak dara, tak lama dapat menantu la akak hehe

    ReplyDelete
  11. Happy Birthday Adik. Anak dah besar2 dah ya..sama lah cam anak sis, paling besar dah masuk 25 dah. Sama2 lah ya kita doa agar anak2 kita berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  12. Happy birthday Adik! Sama bulan dgn Kak Belle 26 March lepas. Mesti peranagai lebih kurang sama nih. Hehehe.

    ReplyDelete
  13. Happy Birthday! wow semua anak Sis Lin dah besar besar.

    ReplyDelete
  14. Happy birthday. Yer utk adik.. Semoga dipermudahkan segalaburusan dunia akhirat.. Semoga ikatan kekeluargaan sis semakin erat..

    ReplyDelete
  15. Selamat hari lahir. saya dengan anak sis hampir sebaya hehe. semoga dapat berbakti buat kedua ibubapa :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.