ALHAMDULILAH, NASIB BAIK JUGA ADA INSURANS SAKIT (MEDICAL CARD)

ALHAMDULILAH, NASIB BAIK JUGA ADA INSURANS SAKIT (MEDICAL CARD) | Syukur, semuanya telah pun selamat dan selesai. Anak Sis pun dah selamat pulang ke rumah semalam malam. Semuanya dipermudahkan, dari mula masuk hospital, ketika buat rawatan, ketika jalani pisio dan juga discharged. 4 hari 3 malam di KPJ Pasir Gudang.

Bersyukur juga sebab ada insurans sakit medical kad ni, rasa bersyukur sebab semuanya di tanggung sepenuhnya. Cuma bayar deposit aja sewaktu daftar di admission sebanyak RM 400 untuk single room. Tu pun ikut berapa biayai insurans korang cover. Bukan nak meriak, tapi inilah kelebihan dan kemudahan yang ada bagi meringankan beban dan juga keselesaaan sendiri jika sakit dan admit masuk wad hospital pakar.

[Baca Juga] : Apa Itu Hibah? Dan Apa Kelebihannya Membuat Hibah 

Bukan kata hospital kerajaan tak bagus, tapi jika berkemampuan, apa salahnya reward untuk diri sendiri atau keluarga bagi keselesaan sendiri atau mereka. Ada bermacam polisi boleh buat dan ikut kemampuan nak bayar bulan-bulan, dan bukan kata kalau ada insurans ni orang kaya tapi sekarang, dah macam satu keperluan jika rasa diri tu berkemampuan nak bayar bulan-bulan.

Untuk family Sis, alhamdulilah bertahun sudah Suami amik insuran bersama PrudentialPRU. Setakat ni masuk hospital semua di tanggung sepenuhnya. Terima kasih buat Suami.

Bagi korang yang belum ada insurans tu, survey-surveylah, kot mana tau ada promosi dan bulanan pun mampu bayar, amiklah untuk diri sendiri dan keluarga untuk jangka masa panjang. #SisPesanAje.


Dan semalam sebelum Doktor benarkan balik, kawan-kawan anak Sis datang melawat dari Kulis Auto, meriah sekejap dalam wad tu, riuh. Bagus mereka ni, sekali datang melawat, berjemaah terus, sampai Sis ko tanya, tak kerja ke haaa..hahahaha..

Tu katanya baru separuh aje tu, ada lagi separuh tinggal kat opis, wuuu ramai ek..'ada kerja kosong tak?' hahaha. Sejak anak Sis kerja situ, memang happy go lucky anak Sis ni, rupanya lihat ajelah karenah kawan-kawannya tu, mana laaa tak gelak aje, manjang ada je yang lawaknya, lagi-lagi si montel Farah tu (tudung hijau) hahahaha.

Nanti Yana dah sihat mai datang rumah ya, aunty masakkan untuk korang semua lunch ek..


Pagi tu Ayahnya call, dengar suara macam sakit, sekali rupanya betul, demamnya melarat jadinya. Masa Sis ke Melaka tu dah nampak dah Suami tak sihat, ingatkan nanti okay, sebab katanya dah makan ubat dah, tapi rupanya melarat sampai ke semalam hingga tak pergi kerja.

Sis call lagi sekali petang tu, katanya baru balik dari Klinik. Doktor bagi ubat aje, tak periksa pun tekanan darah ke apa ke kata Suami, ermm pelik juga. Tapi takpelah, dah pesan Suami suruh makan ubat dan rehat. Terlalu banyak sangat kerja tu, tu yang letih sampai sakit.

Manalah hati tak risau, sini anak sakit, sana Suami sakit, aishhh kalaulah boleh bagi dua badan ni, dah terbang ke Melaka dah. Tapi Sis tau, Suami Sis kuat macam anak dia juga ni. Baru keluar hospital dah sibuk fikir pasal kerja, nak je Emaknya hempuk dengan handphone tu..

Okaylah, penat jari membebel, harini tinggalkan anak Sis kejap dengan kakaknya dan si bujang tu di rumah, Sis ada event Surfcasting di Pontian. Suami izinkan, makanya tu Sis pergi. Pepagi tadi dah gerak, sampai ke petang le ni di Pontian.

Ramai tanya lagi, apa itu Surfcasting. Pertandingan memancing ler.... Nanti Sis kongsikannya ya.

[Baca Juga] : Surfcasting Di Kelantan 

OkBai..


P/S: Terima kasih buats emua yang mendoakan kesihatan anak Sis.

10 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Mudah2an cepat sembuhnya

    ReplyDelete
  2. betullah ada insuran ni sekurang2nya boleh buat segalanya dengan pantas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Ammi @Sheila, ada rezeki, amik dan bayar aje insurannya..

      Delete
  3. Alhamdulillah, semoga Yana cepat sembuh, tempat kerja best dan rakan sekerja best memang buat kan kita seronok hari- hari nak pi kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Suria, dia pun dah jadi seronok bekerja di situ dan kawanpkawannya pun sporting.

      Delete
  4. yana amik insurans apa lin? skg ni macam macam agent!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami anak beranak di bawah insurans Prudential PRU Takaful @Nik ..

      Delete
  5. Alhamdulillah..syukur ada insurans. sangat membantu bila waktu macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Azhafizah..kalau takde insurans takpe, Hospital Kerajaan pun boleh buat...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.