BELI CASING PHONE MURAH DI SHOPEE

BELI CASING PHONE MURAH DI SHOPEE | Yaaa kalau Sis ko memang apa benda yang Sis pakai, semua murah jer, beli di Shopee aje, baik barang rumah, baju, seluar dalam, juga ni haa casing handphone. Tapi casing phone ni baru pestime Sis beli, sebelum-sebelum ni, Sis beli di Holiday Plaza jer, tapi sejak pakai iPhone baru ni, bila pergi Holiday Plaza tak banyak sangat jual casing phonenya yang cecantik.

Jenis Sis ko ni memang dari dulu 'hantu' pengumpul casing. Korang kalau nengok koleksi casing Sis, kompom terkejut hehehe. Ada 2 kotak kasut ya. Sampai dah tak muat, siap bagi kat orang lagi tau hehehe. Dari pakai Samsung Note3 dulu, sampailaaa dah ke iPhone 11 ni.

Entahlah memang suka beli dan simpan, ada tu sampai tak terpakai, masih lagi dalam plastik dan kotak. Nantilah ada free Sis tunjuk semua koleksi casing phone Sis.

Bila masa Sis pakai?

Ooo Sis tukar-tukar pakainya tiap kalai rasa jemu. Tapi kebiasaannya Sis tukar bila ada nak keluar rumah, tiap kali nak keluar rumah, tiap kali tu Sis tukar casing, dah macam salin baju juga gamaknya hahaha.

Korang ada perangai macam Sis tak? hehehehe.



[Baca juga] : Hadiah Harijadi iPhone 11 

Dan yang di atas ini, adalah koleksi terbaru yang Sis beli di Shopee sempena sale 11.11 baru-baru ni. Geram punya pasal nengok design dia cantik-cantik, tu pun dah control gak nafsu, kalau tak, mau semua nak di beli, ajee kang Suami bebel hahaha.

Suami Sis memang tau sangat perangai Sis, suka beli casing phone ni. So dia pun layankan aje kalau Sis ajak ke Holiday Plaza tu, dan dia menunggu Sis pilih dan beli. Janji beli guna duit sendiri kakakakah.

Berapa ringgit beli di Shopee?

Ooo banyak harga, ada tu harga rm 10, ada harga rm 6, ikut design mana korang amik. Pstt nak tau, paling mahal casing phone Sis beli harganya rm 55 okay! Siap ada batu-batu ala berlian Dato Vida tu haaa, masa tu Sis pakai iPhone 6s hehehe. Casing tu dah Sis bagi free je masa jual iPhone tu dengan kawan, bayangkan beli iPhone 6s Sis, dapat free casing sampai 8 Sis bagi hehehe.

Bagi korang yang suka membeli dan buat koleksi, jenguk-jenguklah kat Shopee, banyak design dia, harga murah giler. Ada macam-macam model phone yang di jual. Pepandailah korang membelek, tapi hati-hati, jangan sampai terkena scam, kang ada barang sampai, bendanya sebesar keychain aje hahahah haru biru kang!!

Okaylah..sekian aje dulu, nak packing baju-baju, mood bercuti dah di seru. Nanti kita sambung lagi jika di panjangkan umur ya.

OkBai..


P/S: Siapa pakai iPhone 8+ yang nak casing, haaa sila bagitau, Sis bagi free je hehehe.

12 comments:

  1. akk ni jenis yang susah nak tukar casing, jenis yang susah nak jatuh hati barangkali, susah nak cari yang kerkenan di mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo sama jenis dengan Suami Lin laaa Kak @Seri, katanya sapa je nak tengok casing, janji hp boleh guna hahahaha

      Delete
  2. comei, dana teringin nk cari casing comel yang ada gambar comei macam ada telinga bagai tapi susah betul, ya nnti kita jenguk shopee ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa beli je kat shopee @Norhidana, banyak design tapi hati-hati...

      Delete
  3. Ada juga yg buat koleksi ye casing handphone ni. Sy ni selagi elok, selagi tu pakai sis. asal berbaju je phone tu hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Sis banyak koleksi casing ni Puan @Hazel hehehe..

      Delete
  4. kenapa aku baca kat perenggan kedua jadi "cacing"...hahahaha! nampak nau da kena tido ni...wakakkakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tu banyak cacing le tu @Sunah hahahahaha

      Delete
  5. casing bibir merahhh tuhh auchhh mengancamm.hahhahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kannn gah gituuu muahhhh @Farahain hahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.