SAMBAL IKAN TONGKOL PEDAS TAPI SEDAP

SAMBAL IKAN TONGKOL PEDAS TAPI SEDAP | Yaa pedas ya amat lada kering yang Sis masak buat sambal ikan tongkol ni, tapi pedas-pedas pun, sekali makan sedap, bertambah nasi di pinggan hahaha. Siapa lagi kalau bukan anak bujang dan juga Kakaknya, kesukaan mereka kalau masak sambal pedas macam ni.

Menu ni Sis masak lawan dengan sayur lemak kobis, perghh memang kenalah kan makan dengan sambal, Sis buat sekali sambal bawang, mananya makan tak bertambah, dengan Sis ko sekali pun makan 2 pinggan huwaaaa...bila nak diet ni oii...

Tapi takpe, puashati, sendiri masak sendiri makan, sendiri puji sedap. Janji kau masak.


Kali ni Sis ko saje amik gambar zoom in gitu, hahahaha kasi lebih mengiurkan. Kalau tak sebelum ni gambar zoom out sikit. Sejenis Sis Lin, amik gambar tak suka zoom in, bagi Sis kalau zoom in, tak nampak lauk pauk tu di buatnya hahahaha. Tapi untuk yang ni, kita kasi test hehehe.

Ternyata, wooo kecur tak korang nengok? Kakakakah..


Untuk resepi Sambal Ikan Tongkol ni, takde yang specialnya, sama je masak sambal lain-lain juga. Hanya lada merah, bawang putih dan belacan di blender halus. Kemudian bawang besar di hiris dan ditumis, bila bawang layu harum, baru masukkan lada kisar tadi dan masak hingga pecah minyak.

Tumis-tumiskan dan tambah-tambahkan air dalam beberapa kali, lagi garing lada, lagi sedap!


Bila dah garing masukkan gula, dan serbuk perasa semua, nak kuah lebih, tambah air asam jawa sikit. Jangan banyak, kang masam pulak. Haaa ikan tonmgkol tu pulak, sesiap dah goreng dulu ya, nanti bila sambal dah get ready masak, masukkan ikan dan gaul-gaulkan dia bagi mesra, kemudian barulah tutup api.

Siap masak makan pepanas, uii sedapnya..menaip ni pun hampir meleleh air liur hahaha.

So harini korang masak apa? Sis harini anak Sis,Yana masak ayam masak merah, sayur kobis sawi lemak putih, goreng ikan asin dan buat sambal bawang. Masak is done katanya ...

Okay dah jom, nak bersiap-siap, kang malam ada event bersama JDT Blogger.

Nanti sambung lagi ya..OkBye..


P/S: Esok hari Sabtu!!! Yayy....

10 comments:

  1. Minggu ni nak cari la ikan tongkol..bukan main mahal sekarang kan seekor ikan tongkol...maybe sebab orang dh pandai makan kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Suria, harga ikan tongkol sekarang dah mahal, demand sekarang hahahaha

      Delete
  2. aduhai, makan gini je lawankan nasi panas pun dah layan ni kak... dana kalau ikan tongkol mesti edy suh buat gulai kesukaan nya, jarang beno masak sambal gini atau masak kicap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, panas-panas bertambah nasi makan @Norhidana...Sis pulak kalau tongkol masak kicap atau kari je, asam pedas pun tak reti hehehe

      Delete
  3. Makan dengan nasi panas ulam kacang botol sedap ni Sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww kelaparan sudah bacanya @PC hehehehe

      Delete
  4. yang pedas tu buat sedap lauk tu kak lin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, tak pedas bukan Johor namanya @Azhafizah hehehe

      Delete
  5. Suka ikan aye masak mcm ni..btmbah2 nasi jwbnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, kalau tak kicap, masak sambal aje @Ismimaizura ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.