SAYUR REBUNG MASAK LEMAK IKAN ASIN PALING SENANG DAN SEDAP

SAYUR REBUNG MASAK LEMAK IKAN ASIN PALING SENANG DAN SEDAP | Yaaa tajuk panjang tapi resepinya Sis ko bagi yang paling senang dan semestinya sedap. Sendiri masak tentunyalah sendiri puji sedap hahaha.

Harini macam sendu aje mood, jangankan kata nak masak, nak menaip blog ni pun adeii macam jari kena gout rasanya, entah kenapa tah, takkan laaa Monday Blues pulak, setahu Sis, tak pernahnya Sis rasa apa itu Monday Blues. Hari-hari juga bagus buat Sis, cuma entah harini sendu giler.

Nak taknak, sendu ke Monday Blues ke, masak tetap kena masak, makanya Sis ko masak apa yang ada dalam peti ais, dek sebab malasnya nak ke kedai cari sayur hahahaha. Sayur rebung ni pun kawan anak Sis,Yana bagi. Mula nak simpan juga untuk tunggu Ayahnya balik baru nak masak, tapi kecur pulak nengok, lagi pulak baki ikan asin dari Paka tu masih ada, so apalagi, Sis lemakkan dia dalam satu periuk, maka terjadilah Sayur Rebung Masak Lemak Ikan Asin Paling Senang Dan Sedap.


Untuk resepinya sangat mudah, Sis pun takde letak cili api, sebab anak taknak pedas, just nice untuk dapatkan rasa kuah asin ikan tu jer. Rebungnya pulak Sis potong nipis-nipis supaya senang nak makan, kang kalau potong menebal, anak pulak taknak makan.

Meh Sis kongsikan Resepinya ya.

Sayur Rebung Masak Lemak Ikan Asin Paling Senang Dan Sedap. 

Bahan-bahannya : 

500 gram sayur rebung
Ikan asin kurau (atau ikut suka memasing nak guna ikan asin apa)
1 kotak santan pekat
Secubit ikan bilis (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1 inci kunyit hidup (dikisar)
garam secukup rasa

Cara memasaknya : 

1. Rebuskan rebung dengan garam sehingga lembut. (toskan airnya)
2. Masukkakn bahan yg dikisar, dan ikan asin, didihkan perlahan.
3. Apabila mendidih, masukkan rebung juga santan dan garam.
4. Kacau dan pastikan santan tidak pecah.
5. Masak hingga rebung dan ikan asin masak.
6. Tutup api dan siap dihidangkan.


Haa senang je kan, bahan semua pun sedia ada je kat dapur tu, tak payah susah-susah nak ke kedai. Kalau suka, hiris bawang besar dan campak dalam periuk ketika mendidih. Untuk Sis yang pengemar memakan bawang besar, tentunyalah apa-apa masakan, mesti nak ada bawang besar hehehe.

Siap dah masak, siap pun kongsikan di sini, makan pun sudah, so kejap lagi nak melayan Netflix pulak. Lama tinggal drama Cemburu Seorang Perempuan tu, so nak layan kat Youtube.

Ni pun kepala tengah serabut bila gambar-gambar di Tanjung Piai haritu semua tak masuk dalam gallery, adoii semalam rasa dah backup dah icloud tu, awatlah pagi ni bukak semua takde! Last yang masuk gambar masa anak warded kat KPJ tu jee..adoiiii serabut kepala!! Banyak benda dan 'kerja' tak siap lagi ni...huwaaaaa 😭

Okaylah nanti sambung...Okbai ..


P/S: Kalau tukar handphone gini le jadinya..adoii jadi serabut otak!

16 comments:

  1. alahai sedap nya kak... layan betul makan nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn makan pulak dengan sambal belacan, menjadi-jadi tambah nasinya @Norhidana...

      Delete
  2. Aduh, kecur nengok masak lemak sis ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe biasa-biasa aje Puan @Hazel..tapi sedap..

      Delete
  3. Rajinnya la sis ni. Jeles tau kita tak de masa ke dapor masak. Hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin tak rajinlah sebab anak-anak semua ada di rumah ni haaa @Bella ..

      Delete
  4. Sedap..mak SA suka la ni sis...SA suka..tapi x leh makan makanya telan air liur je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, Sis pun makan berdua aje dengan anak Sis,Yana tu @Suria, yang lain tak pandai makan..

      Delete
  5. Replies
    1. Yaaaa sedap, makan nasi pun bertambah-tanmbah heheheh Kak @Aana..

      Delete
  6. Saya baru belajar makan rebung dalam 2, 3 tahun ni. Tapi kena rebung fresh, kalau jenis jeruk memang tak boleh masuk.. hehe. Sedap rupanya rebung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo sama juga macam Sis dulu @Orchid, dulu tak pandai juga makan, lama-lama cuba baru reti makan.

      Delete
  7. Alahai sedapnya. Lama rasanya tak makan rebung. Mana nak cari entah ler.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn, sesekali makan sedap @Azhafizah..Sis rasa kat pasar ada jual...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.