PIALA MALAYSIA 2019 - TAHNIAH JDT

PIALA MALAYSIA 2019 - TAHNIAH JDT | Rakyat negeri Johor akan menikmati cuti khas pada Ahad ini (3 November) sempena meraikan kemenangan skuad Johor Darul Takzim (JDT) menewaskan Kedah di peringkat akhir Piala Malaysia 2019.

"Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Ahad, 3 November 2019, sebagai hari Cuti Khas Peristiwa.

"Pemberian Cuti Khas Peristiwa ini dibuat sebagai tanda meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua penyokong pasukan JDT yang telah memberikan sepenuh komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan JDT dalam mengharumkan nama negeri Johor," ujar kenyataan rasmi daripada Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani.

Keputusan pengisytiharan Cuti Khas Peristiwa itu adalah selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu malam, JDT melakar kemenangan dengan menundukkan Kedah dengan gol 3-0.

Kemenangan itu menyaksikan sejarah yang berulang, sewaktu kali pertama JDT menjulang Piala Malaysia pada 2017, dengan menewaskan Kedah 2-0.

Sumber : Astro Awani 



P/S: Luaskan Kuasamu !!! ...

12 comments:

  1. Tahniah JDT
    Huntungla PA dapat cuti

    ReplyDelete
  2. Tahniahhhhh!
    Tahniahhhhh! Hehee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yay!! Luaskan Kuasamu JOHOR kan @Nona !! Tahniah JDT ..

      Delete
  3. Yeah tahniah JDT. Seronok orang Johor yg kerja & sekolah, boleh sambung tidur hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yay!! Kann @Nur, rezeki hari Ahad namanya..

      Delete
  4. Tahniahhh JDt, happy rakyat Johor dpt cuti khas.

    ReplyDelete
  5. malam tu kan aku tido awal balik dari KL...bangun pagi tengok2 cuti..ohhh, jdt menang la ni..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sabar je laa aku membaca ayat ko ni @Sunah, dalam orang menjerit, ko sedap membuta ek hahahaha

      Delete
  6. Replies
    1. Yasss! Wowww IC sama kita laa 01 @Azhafizah hehehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.