BILA MAKCIK BAWANG MULA SIBUK MEMBAWANG

BILA MAKCIK BAWANG MULA SIBUK MEMBAWANG | Ikutkan Sis tak suka nak menulis bab benda isu macam ni, negatif sangat! tapi sebab geram punya hal dan nak bagi penjelasan lebih jelas, haaa makanya Sis menulis juga di blog sendiri ni.

Dua hari lepas ada sesaorang teman wahtsapp bertanyakan sesuatu untuk menyakinkan dia, sebab katanya dia takut nak bagi jawaban dek disebabkan dia pun tak yakin akan jawabannya. So Sis pun tanya kenapa dan nak tanya apa.

Perbualan dalam wahtsapp bermula begini..

Kawan : Lin, aku nak tanya kau, kau jangan marah, sebab aku pun orang tanya aku.
Sis : Tanya apa? Sila..
Kawan : Haritu aku jumpa si ****, berbual dengan dia, pastu dia tanya aku 'Eh Lin tu ada Laki ke takde? Sebab selalu nampak pergi mana-mana sorang aje',

Haa lebih kurang gitulah pertanyaan kawan tu, Sis ringkaskan supaya mudah korang faham.

Sis : Oii dah kenapa nak tanya macamtu? Kenapa dia tak tanya aku?
Kawan : Tak tau, dia kata nampak ko update semua sorang aje.
Sis : ......dalam hati berkata *okay fine, memang nak kena unfren! Hahahaha..


Okaylah beginilah ya. Alhamdulilah, Sis ko ni masih ada Suami lagi, dah hampir masuk 26tahun berkahwin dah ni. Jarang update gambar bersama Suami sebab Suami sekarang tengah kerja di luar kawasan Johor. Memang sedang sangat sibuk. Yang ikuti perkembangan update blog Sis, mesti tau di mana Suami Sis di tukarkan kerja.

Kalau event pun, dari dulu memang Sis pergi sorang pun, jarang nak bawa Suami. Dah nama pun platform media blogger, so Suami Sis bukan ada kena mengena pun dalam 'kerja' Sis, memang Sis akan pergi seorang ajelah, janji dia beri keizinan alhamdulilah Sis pergi.

Bab jalan sorang, makan sorang tu, kenapa? Salah ke? Ada minta duit ko ke Makcik Onion? Oo jadi yang kita nampak makan sorang, jalan sorang tu semua, semua takde Laki laa ek? Apa-apa je la ko kan!!

Better jaga diri, jaga rumahtangga sendiri dan jangan jaga tepi kain orang. Memang bagus amik peduli, tapi kalau nak tanya, tanya sini, jangan tanya dan cakap belakang. Tak takut ke nanti apa yang di cakap tu balik ke diri sendiri?

Tapi sebenarnya, yang mengenali Sis dari dulu hingga sekarang, masa Suami bekerja di Johor pun, jarang juga Sis nak upload bersama Suami, kecuali kalau bergambar bersama anak-anak, Suami kurang suka nak bergambar-gambar bagai ni, so Sis hormat kehendak dia. Kang 24jam tayang muka Suami, ada pulak yang meluat!. Meluat tak pe, jangan ada pulak yang stanby nak kebas!! ..

So berjaga-jaga semua.

Terima kasihlah Makcik Onion...sebab mengambil berat tentang Sis ya. Lepas ni maaf sudah takde lagi awak nampak status Saya di facebook, sebab Sis ko dah unfren! Hohoho..

Mohon maaf segala silap dan kata, jika ada apa-apa nak di kata, silalah wahtsapp aje, mesti awak ada simpan no Saya kan..

Pelik-pelikkan kawan Sis ko kan..ermmm..
Sekian bebelan dan luahan untuk harini..
OkBai..


P/S: Tak sabar nak berhi-tea hari ini!! ๐Ÿ’“

12 comments:

  1. Moga penjelasan ini sangat jelas bagi yang mahu tahu..tapi sebenarnya kalau betul-betul mengikuti kisah Sis..boleh tahu status Sis pun..macam mana gigihnya Sis ke Paka nak jumpa suami..drive sendiri..PC yang baru ikuti blog Sis pun sentiasa doakan Sis sekeluarga sentiasa dipermudahkan setiap urusan.

    Rasa nak tahu itu tebal tapi pastikan apa yang kita nak tahu itu betul-betul perlu.PC percaya..bila kita mula ambil tahu perihal orang..nanti perihal kita pun orang lain suka ambil tahu..nak ambil tahu kena pilih-pilih peihalnya apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, terima kasih @PC yang sangat memahami dan sudi membaca penceritaan Lin selalu. Sebenarnya kita bukan suka nak bercerita hal kita di public tapi itulah kisah kita. Jadikan sebagai satu diari perkongsian, cuma ramai aje tak senang dengan kehidupan kita..

      Harap yang di luar sana faham dan jika ada apa-apa pertanyaan, boleh terus bertanya.

      Delete
  2. Biasalah manusia memang suka bersangka2, bagus dia ambik berat tu, nak buat ko menantu kot, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kak @Seri, yang tak sukanya suka bercakap belakang, tak tau tanya aje pada Lin, bukan Lin makan orang pun kan...

      Delete
  3. Aduhai, hal macam ni pun org nak membawang. Banyaknya masa makcik2 onion ni kan .. Eh, kita pun jalan sorang2 juga ada masanya, dah asben pun kerja kan, biasalah wife jalan sorg2 nak urus itu ini. Baguslah unfren org2 yg bagi negative vibes ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Pip, memang masa dengar mulanya, ehhhhh kenapa taknak tanya kita, ni tak sampai nak cakap belakang status kita...Sis dah unfren dah ...

      Delete
  4. Sabar ye sis, iha pun tak faham kenapa ada orang yang suka tanya tentang kita melalui orang lain. Garang sangat ke kita ni.. ๐Ÿ˜… kalau malu nak bertanya sekalipun kita boleh scroll balik semua post dan entri (macam iha tengah buat sekarang ni, hehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa itu yang tak faham, kalau dah tanya belakang, siap membawang pulak hal kita, mana Sis ko tak geram @Iha ..

      Delete
  5. eh eh...bukannya elok pun selalu share sangat gambar dengan pasangan kat socmed ni..orang kata, bahagia jangan ditunjuk2 sangat, nanti ada yang dengki...bila tak tunjuk, ada jugak ek yang dengki...ape yang makcik onion ni nak sebenarnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Sunah, nak tunjuk sesekali ke bolehlah, ni takkan semata ke hulu ke hilir nak di tayangnya muka Suami, aje gile ke haper...bila sorang ehhh sibuk plak kata kita ni takde Suami ke...nak je maki, tapi SABAR ....

      Delete
  6. makcik onion selalunya kurang kerja kak sebab tu cari kerja ambil tahu hal orang. abaikan je kak orang yang tak penting ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul lee tu, sangat takde kerja @Azhafizah ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.