TARIKAN TERBARU DI JOHOR : VRINITY - PUSAT VIRTUAL REALITY (REALITI ALAM MAYA)

TARIKAN TERBARU DI JOHOR : VRINITY - PUSAT VIRTUAL REALITY (REALITI ALAM MAYA) | Cuti sekolah bakal tiba, bagi mereka yang tak tau nak kemana dan tak tau nak mengisi masa lapang mereka, haaa mari ke Vrinity. Lebih-lebih lagi bagi adik-adik yang dewasa tu, yang bersekolah menengah, jangan duk asyik lepak soping mall aje hisap vape opss, meh laa isi masa lapang tu, sambil menguji IQ dan ketahanan mental, kita main game kat sini.

Bagi ibubapa yang masih tak tau nak bawa anak-anak bermain sempena cuti sekolah ni, haaa bolehlah bawa mereka ke sini. Dengan sekali masuk, korang boleh main sepuasnya sepanjang hari. Memang hebat,

Jom kita lihat apa yang menariknya ya.

VRINITY - Pusat Virtual Reality 



VRinity telah di buka untuk orang ramai yang terletak di Mall of Medini, Iskandar Puteri, Johor Bahru. Vrinity ini merupakan pusat Virtual Reality (Realiti Alam Maya) yang menampilkan lapan jenis permainan dengan beratus pilihan mode permainan. Vrinity yang dimiliki oleh Virtua Realm Sdn Bhd ini merupakan projek kerjasama antara Iskandar Inovations Sdn Bhd bersama KT Corporation daripada Korea.

Baru-baru ni Sis berpeluang juga merasai pengalaman bermain di VRinity ni bersama kawan-kawan sewaktu mengikuti FAMmediatrip Travel Mart. Ternyata sungguhpun Sis ko kurang gemar bermain game ni, ternyata kesemua game tu sangat mengujakan bagi seorang Sis Lin. Lebih-lebih lagi yang roller coaster dan juga Tobot VR tu. Perghh bagai nak luruh jantung di buatnya hahaha.

Yang suka menjerit macam Sis ko ni, silalah jaga kekuatan jeritan itu, hahahaha takut orang sebelah telinganya terus berdengung kang dengan jeritan ko. Tapi seriuslah sangat-sangat best!, macam real ko! Walaupun orang tengok, orang amik gambar atau video kita, kita duduk atau berdiri aje kat situ, hakikatnya, kita macam nak jatuh gaung dalam visual VR tu hahahahaha..


Terdapat 8 permainan kesemuanya dimana dua antaranya ialah permainan Signature dan enam ialah permainan lain. Permainan Signature tersebut ialah Special Force VR: Ace dan Black Badge: Signal. Manakala permainan lain ialah Tobot VR, Dynamic Theatre, Taekwon V reality, World War Toons, VR Sports dan VR Room.

Game apa yang menariknya? Jom kita lihat!!

Permainan Signature

Special Force VR: ACE

Pemain: 1 - 4 orang
Umur: Hanya untuk 12 tahun ke atas
Masa bermain: 5-10 minit (setiap pusingan)
Cara bermain: Ko tembak aje la apa yang ada depan ko, game berpasukan lawan pasukan lain, macam counter strike tapi version Virtual Reality lengkap dengan gear baju dan senapang. Bila kena tembak, korang akan rasa macam kena karen gitu kat badan, katanya..


Black Badge: Signal

Pemain: 2 - 4 orang
Umur: Untuk 12 tahun ke atas
Masa bermain: 9 minit (setiap pusingan)
Cara bermain: Main berpasukan ikut arahan. Kena dengar arahan dan signal-signal yang diberi. Kena tembak alien dan menyelamat seorang doktor daripada 8 doktor.


Permainan Lain

Tobot VR

Pemain: 1 orang duduk
Umur: Bagi 8 tahun ke atas
Masa bermain: 9 minit (setiap pusingan)
Cara bermain: Main lumba-lumba kereta, berlumba sambil tembak-tembak. Kumpul point dekat racing track. Tapi hati-hati jangan sampai terbabas, game over hahaha


Dynamic Theatre

Pemain: 1 - 2 orang
Umur: Untuk 8 tahun ke atas
Masa bermain: 3 - 5 minit
Cara bermain: Roller coaster. Boleh pilih version yang mana, samaada No Limit, Before Sunset, The Great Wall atau Jeju WindCoaster. Siap ada visual angin-angin keluar lagi bila roller coaster tu laju. Ya Allah macam nak tercabut jantung Sis ko naik benda alah ni hahahaha..


Taekwon V reality

Pemain: 1 orang
Umur: Hanya untuk 8 tahun ke atas
Masa bermain: 3 - 5 minit
Cara bermain: Yang ni agak nampak relax sikit, dah macam kerusi urut pun ya, game dia macam kembali ke zaman perang raksasa dan juga gunung berapi gitu.


World War Toons

Pemain: 1 orang (Boleh juga nak main 2 orang)
Umur: Untuk 12 tahun ke atas
Masa bermain: 15 - 20 minit (setiap pusingan)
Cara bermain: Main tembak-tembak. Tapi animasi, so kalau untuk dewasa memang tak mencabar langsung hahaha. Untuk budak perempuan, memang laa sesuai hehehe.


VR Sports

Pemain: 1 orang (boleh lawan dengan 2 orang)
Umur: Untuk 8 tahun ke atas
Masa bermain: 5 - 9 minit (Setiap pusingan)
Cara bermain: Yang ni macam ko bersukan. Ada enam jenis sukan boleh dipilih iaitu tenis, badminton, table tennis, memanah, squash dan baseball. Semua sukan jenis gelanggang.


Harga Untuk All-You Can play (unlimited play)

Warganegara:
RM 69 kanak kanak 6-8 tahun
RM 83 untuk 9 tahun ke atas

Bukan warganegara:
RM 83 kanak kanak 6-8 tahun
RM 98 untuk 9 tahun ke atas

Harga Untuk Setiap Satu Permainan (bayar 1 main 1 game)

Permainan signature - RM 30
Permainan lain - RM 15

Harga promosi ini hanya sehingga akhir November iaitu 30hb November 2019 sahaja.


VRINITY
Lot G27-G29, Ground Floor, Mall of Medini.

Dibuka setiap hari
Isnin hinggalah Ahad
Dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

VRINITY (Virtua Realm Sdn. Bhd.)
Laman Web: https://vrinity.com
Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/vrinitymalaysia/
Instagram Rasmi: https://www.instagram.com/vrinitymalaysia/

Terima kasih Tourism Malaysia dan juga VRinity.
#VisitMalaysia2020 #VM2020 #FAMmediatrip #TourismMalaysia


P/S: So korang kalau nak mencubanya, haaa silalah..Sis ko dah mencubanya hehehe.

4 comments:

  1. eh eh dah siap vrinity ni ek...

    entri, bukan vrinity yang baru siap...hahahahha

    rasa tak puas main hari tu..rushing gilerrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha sengal ko @Sunah..jom lee sesekali kita pergi dan main sepuasnya hahahaa

      Delete
  2. menarik tarikan terbaru ni. confirm best main

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn memang best! Sis dah mencubanya @Azhafizah ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.