SAMBUT BIRTHDAY ANAK DI PINK CAFE LEMOS

SAMBUT BIRTHDAY ANAK DI PINK CAFE LEMOS | Alhamdulilah, berkesempatan juga dapat menyambut hari kelahiran anak Sis walaupun dalam keadaan tak cukup orangnya dalam family Sis. Ayahnya tak dapat balik, anak bujang pulak tengah exam, so Sis bertiga aja yang sambut birthdaynya si Kakak.

Beberapa hari sebelum tu, ikutkan memang takde plan pun nak sambut birthdaynya dengan makan Hi-Tea ni sebabnya Sis dah ada temujanji 3 event pada tarikh 2/11 tu, satu di kedai bunga, satu di restoran makan, satu lagi di Hard Rock Cafe Desaru, tapi di sebabkan atas 'family first', last minit anak kata nak balik Johor dan makan Hi-Tea, dan dia tanya boleh ke tidak?.

Tak sampai hati nak mengecewakannya, makanya Sis kata boleh aja, dan terus si Kakak booking Pink Cafe, Lemos ni di Permas Jaya. Dan Sis cancel semua temujanji Sis pada 2/11 tu. Takpelah tak rugi apa-apa pun, family kita dulukan, simpan memori untuk kenangan, dan tu laa harinya dapat mengembirakan si Kakak menyambut birthdaynya.

[Baca juga] : Happy Birthday Buat Anak Aku Yang Sulung 


Lemos Cafe ni terletak dekat jugalah dengan area Sis, area Permas Jaya. Korang tau kan The Alley Permas Jaya? Haaa kedainya bersebelahan dengan The Alley tu. Mudah nak cari. Konsep kedai dia ni serba serbi pink! Gegirl sangat ko, kalau yang suka akan warna pink, haaa mesti tersengeh-sengeh sebaik melangkah masuk sini.

Kalau Sis, hahahaa senyum aje la. Entah kenapa si kakak ni pilih cafe pink entah hahaha. Kedai pink, kursi pink, deko pink, pinggan cawan mangkuk pun pink hahahaha, adeii pinky sangat okay!



Sis pun mulanya tak tau apa yang anak Sis booking, yang taunya minum petang je ler. Kalau dah namanya minum petang memang makanannya pun takde laa berat, cuma muffin, roti, atau kek aje. So okaylah, tapi perut time tu kemain lapar hahaha. Konon buat IF Fasting, dari pagi tak makan gitu, sekali pergi Hi-Tea aje, tak ke lapar.

Anak Lin dari Shah Alam, habis aje exam Masternya di MSU, dia terus gerak ke Johor. Dah pesan awal-awal, nanti Emak dan Adik sesiap aje, sebab Kakak dah sesiap dari sana. Dekat jam 4pm baru dia sampai Johor. Sis dan adiknya dah siap dah, then terus gerak.




Set yang Kakak booking tu High-Tea Set harga RM 69.90. Ianya termasuklah :

1. Macaron 3 pcs
2. Cakes 2pcs
3. Toast boxes 2pcs
4. Fruit jello 2pcs
5. Chicken Salad 2pcs
6. 1 Tea pot or 2 cups coffee

Kesemuanya tu ler yang korang dapat. Puas juga makan, lagipun bukan nak makan sangat pun, biasalah kalau dah petang, minum teh secawan dah kembung hahaha. Lagi pulak kalau anak dara dua orang ni, kerjanya asyiklah berOOTD, habis satu kedai dia posing bagai. Apalagi Emaknya bedal makan dendiam di meja hahahaha.

Dan yang Chicken Chop Sos strawberi dan Coffee Latte  tu, tu Sis order ala-carte, Chef Recomended katanya, so Sis try, memang sedap!!..


Korang kalau nak cuba pergilah, yang dekat-dekat area Permas boleh cuba. Duduk lepak sambil chat-chat dan berOOTD. Menu dia ada banyak pilihan ala-carte, harga pun standard kedai dan cafe lain juga. Bagi Sis okaylah.

Puashati dapat mengembirakan si Kakak, adiknya,Yana pun tumpang sekaki hehehe. Lepas makan kami merambu lagi ke Jusco, mencari baju di Brands Oulet. Alhamdulilah dapat lagi Emaknya baju anak belanja. Bertambah koleksi baju baru Emak hehehe. Makaseh adik!.

Dan sebelum balik, memasing dah lapar, singgah pulak Kome Thai di Setia Tropika tu makan malam. Alhamdulilah sekali lagi, Yana belanja hehehe. Moga murah rezeki anak-anakku semua. Masa makan tu ler Ayahnya video call, dah tak berapa nampak, sebab gelap kedai makan tu hahaha.

KAFE Lemos樂摩絲
39G, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya
81750 Masai, Johor, Malaysia

Contact : 010-226 0605
Buka dari jam 12pm hingga 11pm.

Facebook : Lemos樂摩絲
Instagram : Lemos樂摩絲


P/S: Tunggu Ayahnya balik pulak janji nak sambut sekali lagi 💖

20 comments:

  1. comei sangat semuanya, cupcakes mermaid tu pun comei sangat, pink dan perempuan tak boleh di pisahkan kak...
    Happy Belated birthday buat anak akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn serba serbi pink kedainyaa @Norhidana..Sis ko layankan aje pinky dia hahaha
      Makaseh Dana..

      Delete
  2. Sissss soooo cantik lee Sis n anak2nya. suwit je anak branak deting petang2 Hi Tea =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha Emaknya dah 43tahun ni, anak-anak boleh lee cantik lagi..hahahaha..

      Delete
  3. aku ada kawan yang gilerkan warna pink, kalua dia masuk sini mampus tak nak keluar agaknya. tapi warna pink memang sweet nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha mau sekali masuk kompom berejam berOOTD dalam ni Kak @Seri oii..hahahaha

      Delete
  4. Ni pra dulu..nanti dah cukup semua sambut lagi ye Sis..tapi sweet je..meraikan dalm suasana pink..soft je..SANAH HELWAH UNTUK ANAK SIS ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lerr, tunggu plak Ayahnya dan si bujang balik, sambut sekali lagi @PC ..
      Makaseh PC ..

      Delete
  5. alhamdulillah..semoga murah rezeki anak2 selalu belanja emaknya...memang pinki pinki kedai tu...cupcake tu cantik gilerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn...makaseh @Sunah..
      Iyerr nanti kita pergi ea...

      Delete
  6. wahh cafe pink lah. Sesuai dengan kakak.OOTD tu of courselah kan.BTW, Happy birthday kakak. Semoga dipanjangkan usia, dilimpahkan rezeki yang berpanjangan, diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah SWT. Aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa semua pink @Azhafizah..
      Makaseh Fiza, aamiinn..

      Delete
  7. sos pon pink ye. tak perasan kedai ni. perasan the alley je aritu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr sos starwberi @Mar..sedap pulak tu..hehehe
      Nanti pergi laa bawa si anak dara Mar tu..

      Delete
  8. wow...bestnya pink... dapat beli semua pink tu bestnya...happy belated birthday kakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr cafe dia semua pink @Rohaida, nanti ko pergilah bawa Naura...

      Delete
  9. Happy belated birthday kakak, sweet sangat memori yang dicipta kan...semua pink..manis semanis orangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe makaseh @Suria..Emaknya blur nengok pink hahahaha

      Delete
  10. happy birthday!
    dah besar besar anak lin. tak lama lagi dapat menantu dah. dulu kenal kecik kecik lg. sekarang semua dah tinggi dari kita. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank You @Nik..iyee kejap je kan dah besar, dulu kenal Ann semua masih sekolah rendah aje hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.