ASYIK SAKIT BAHU AJE RUPANYA SLIP DISC TENGKUK

ASYIK SAKIT BAHU AJE RUPANYA SLIP DISC TENGKUK | Allahuakbar SubhanaAllah, MasyaAllah...tak tau nak kata apa dah, Kun Fa Ya Kun, jika Allah berkehendak untuk menjadikan sesuatu, maka terjadilah ia tanpa kita bersangka buruk kepadanya. Anggaplah ini sebagai ujian dan dugaan dariNya.

Jika korang sebelum ni baca kisah anak Sis, Yana yang terkena Slip Disc dulu, dan kali ini terkena serangan kedua pula, dan lagi sekali masuk wad di KPJ Pasir Gudang dan di rawat oleh Doktor Datuk Zahir dan setelah di buat MRI dan juga pemeriksaan, anak Lin di sahkan terkena Slip Disc bahagian tengkuk pulak. Sebab itulah bahu dia sakit dan kedudukan tulang belakang tengkuk tu agak tidak normal jadinya.

[Baca Juga] : Ingatkan Sakit Pinggang Biasa Rupanya Slip Disc   

Sebagai Emak Sis pun tak tau nak marah ke nak bebel ke nak nangis ke, dah jadi pun so terima ajelah. Salahkan diri sendiri aje sebab tak tau nak menjaga diri sendiri, hinggakan Doktor pun tanya 'Apa yang awak buat agaknya', ermmm,..

Tapi nampaklah kesedihan di muka anak Sis tu, resah, takut dan sedih pun ada bila dapat khabar berita ni tapi terima aje lah, nak kata apa lagi.


[Baca Juga] : Anak Di Serang Slip Disc Lagi 

Apa Rawatan Seterusnya? 

Yer masuk sekali lagi dalam Operation Room hari ini dan akan buat rawatan Radiofrekuensi dan cucuk masuk ubat ke dalam tulang. Dan ada satu lagi rawatannya, Sis lupa namanya. Nanti Sis tanya Doktor apa nama rawatannya ya.

Jika tak buat rawatan ini, maka sakitnya akan berlarutan lagi, dan kesakitan tidak akan berkurang, makanya kena buat, ini untuk baik pulih jangka masa panjang. Sebab Doktor kata muda lagi, so buatlah. Kalau boleh elak dari sampai kena nak operation bagai tu.

So surat pun dah sign, harini menunggulah masa nak masuk bilik operation room untuk buat rawatannya, huwaaaa ...eh Sis pulak menaip sambil menangis ni ...

Sian anak Emak, Ayahnya pulak kerja jauh tak dapat nak balik, sampai anak Sis pun tanya Ayahnya semalam sewaktu Sis sampai Johor dari Melaka. Takpelah Dik, Emak ada, Emak akan teman Adik ya..Kakak dan Amat pun ada semua. Nanti kita sama-sama jaga Adik ya.

Be strong !! Adik kan kuat. Orang yang sakit ni, hanya insan yang terpilih aje yang di pilih oleh Allah. So redha.

Okaylah korang, sedih pulak rasa, nanti sambung lagi, banyak benda nak kena settlekan ni. Nanti Sis update lagi ya perkembangan anak. Bukan apa untuk jadikan tauladan buat korang semua. Jaga tulang memasing ya.

Doakan anak Sis moga selamat semuanya. Terima kasih.


P/S: Ya Allah.. Speechless sangat...kesian anak aku 😭

14 comments:

  1. tak sangka slip dishc boleh kena kat tengkuk.
    Mudah2an beransur sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Wak, slip disc ni dia serang semua dalam badan yang ada tulang, selagi ada tulang, jaga-jagalah hehehehe

      Delete
  2. Allah...kesiannya..muda lagi..apapun kuat semangat semua ye..insyaallah nanti boleh baik..KPJ ramai pakar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa @Suria, redha ajelah dengan nasib sendiri, ujian dari Allah ..

      Delete
  3. Semoga berkuranganlah sakitnya lepas buat procedure.
    Sakit tengkuk sebab silap bantal pun jenuh menahan..inikan pulak slip disc.

    Be strong girl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Ammi @Sheila, salah bantal pun dah seksa, lagikan slip disc pulak..huhuhu makaseh Ammi..

      Delete
  4. erk...seram pulak aku..sebab aku pun selalu je sakit bahu sejak bertahun2 dah..tapi tak pernah cek...kalo cek agaknya slip disc jugak ke ek...aiyokkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa engko tak reti-reti pi check ke @Sunah huhuhu nak kena bebel tak?

      Delete
  5. semoga OT berjalan dengan lancar. ya betul tul. yana masih muda, masih kuat! semangat pun harus kuat lah. mak nya pun jangan nangis depan yana ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah semuanya selamat @Nik..Kena kuat jaga orang sakit ni..

      Delete
  6. Allahu.. kesiannya kat Yana.. semoga semua urusan sis dan yana dipermudahkan.. dan semoga yana cepat sembuh seperti sediakala.. seram dengar bila kena slip disc lagi sekali tu sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah @Dilah, alha,dulilah semuanya dipermudahkan ..

      Delete
  7. Baru tahu boleh terkena kat tengkuk juga ye. Apapun semoga yana kembali sembuh. Aaminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa @Azhafizah, kena selalu hati-hati...makaseh mendoakan anak Sis ..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.