JOM MAKAN BUFFET MASAKAN JOHOR DI 'MEH MAKAN JOHOR' PULAI SPRINGS RESORT

JOM MAKAN BUFFET MASAKAN JOHOR DI 'MEH MAKAN JOHOR' PULAI SPRINGS RESORT | Negeri Johor bukan sahaja terkenal dengan keunikan budaya masyarakatnya, malah ia menjadi destinasi pelancong tempatan dan pelancong asing. Makanan yang terdapat di negeri Johor ini kebanyakkan dipengaruhi dari negara Arab serta kepulauan Melayu.

Sesetengah makanan di Johor begitu unik serta sukar didapati di negeri lain. Terdapat juga makanan yang hanya dihidangkan semasa perayaan atau sambutan majlis-majlis tertentu sahaja. Bagi masyarakat tempatan sendiri, tidak semuanya mengetahui tentang makanan tradisi yang terdapat di sekitar mereka.

Bercakap mengenai masakan Melayu Johor ini, sudah tentu kita terbayangkan Nasi Ambeng, Laksa Johor, Mee Rebus, dan banyak lagi. Tapi untuk dapatkan kesemua masakan Melayu Johor ini dalam satu masa agak sukar, biasa kalau makan pun di gerai hanya sarapan pagi, betul tak?

Oleh itu, sekali lagi Pulai Springs Resort mengadakan Food Buffet di Cinta Terrace Restaurant untuk bulan November ini bertemakan 'Meh Makan Johor' yang menghimpunkan kesemua masakan Melayu Johor dalam satu masa ketika makan tengah hari ataupun makan malam.



Buffet 'Meh Makan Johor' ni hanya berlangsung pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Samaada untuk makan tengah hari ataupun makan malam sepanjang bulan November. Lebih dari 80 jenis menu yang di sediakan, dan kesemuanya adalah bercirikan masakan Melayu Johor.

Kalau di tanya pada Sis, menu apa yang menjadi pilihan, sudah tentunyalah Laksa Johor dan juga Asam Pedas Johor. Memang pembuka selera bila memakannya terlebih dahulu. Dah memang tekak Melayu kan, tak boleh lari dari menu Asam Pedasnya hehehe.





Sepanjang promosi buffet ini berlangsung, selaku ketua dapur Chef Ronny Koh telah dipertanggungjawabkan bagi memastikan kesemua masakan Johor ini dalam keadaan yang memenuhi citarasa pengunjung semua.

Antara menu yang bakal menjadi pilihan, antaranya Kulai Sop Power Berempah, Gulai Kari Kambing 3 Hari, Asam Pedas Johor (Pelbagai pilihan jenis ikan), Chinese Carrot Cake, Mee Rebus, Mee Bandung, Laksa Johor, Satay Ayam dan Daging, juga Goreng Pisang wth Sambal Kicap.





Juga pilihan menu makanan utama yang pasti menyelerakan, antaranya Nasi Ambang, Chinese Chicken Rice and Duck, Sambal Goreng Jawa, Mee Goreng, Sayur Kacang Panjang, Serunding Kelapa, Ikan Asin (salted fish), Telur Asin (salted egg) dan banyak lagi.

Sis sampai blur termenung kejap depan menu-menu ni semua, sebabnya blur tak tau nak makan yang manalah dulu ek hahaha, semua nampak sedap, makanya semuanya Sis ko amik dan cuba hahaha.





Untuk menu Ulam-ulaman dan juga pembuka selera, Meh Makan Johor menyajikan pelbagai aneka jenis Salad seperti, Kerabu Som Tham ala Thai, Kerabu Kacang Botol, Krabu Taugeh, Kerabu Maggie, Acar Pulang Sari dan Acar Mentah. Juga pelbagai pilihan sambal belacan yang pasti akan menambah selera dalam menu korang, antaranya Sambal Belacan, Sambal Ketuk, Sambal Kicap, Sambal Godok Jawa dan juga Sambal Ikan Bilis. 

Kesemua menu ini korang boleh cuba dan merasainya dalam satu masa. Sis boleh jamin, korang tentu terpinga-pinga dalam membuat pilihan, sebabnya, kesemua menu masakan Melayu Johor ini boleh di katakan kesemuanya menjadi pilihan utama hehehe. Memang penuh satu pinggan le korang ceduk.





Tidak dilupakan juga menu pencuci mulut yang memang tersedia dengan aneka jenis dan pilihan. Cuma agak kecewa sedikit, sebab kuih kesukaan Sis takde pulak kali ni, iaitu Kole Kacang, tapi tak taulah kalau akan datang mereka akan adakan kuih Kole Kacang tu. Pilihan lain pemanis mulut yang korang boleh cuba antaranya, Bubur Pulut Hitam, Pengat Pisang, aneka Kuih-Muih Melayu, dan Jellies, Bandung Selasih, Hot Coffe Tarik dan juga Teh Tarik. 

Korang jangan lupa mencuba Pengat Pisangnya, sangat sedap! Macam biasa Teh Tarik Pulai Springs Resort memang terbaek, rasa dia power kaww kaww punya!!


Buffet ini menawarkan harga serendah RM38 untuk dewasa dan RM19 untuk kanak-kanak.
Promosi Beli 5 percuma 1 masih lagi berlangsung.

Untuk tempahan meja, boleh hubungi +607-521 2121 atau wahtsapp +6016 733 2918 atau email kepada enquiry@pulaisprings.com dan korang boleh semak tarikh-tarikh seperti di bawah ini ya.

Bermula 8 November hingga 1 Disember 2019.
Setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad SAHAJA. Makan tengah hari atau makan malam. 
Dari jam 12pm - 2.30pm (Makan Tengah Hari)
Dari jam 6.30pm - 9.30pm (Makan Malam) 



'Meh Makan' Johor Food Promotion Presents by Cinta Terrace Restaurant 

8 November 2019 (Jumaat) - Makan Malam
9 November 2019 (Sabtu) - Makan Tengah Hari & Makan Malam
10 November 2019 (Ahad) - Makan Tengah Hari

15 November 2019 (Jumaat) - Makan Malam
16 November 2019 (Sabtu) - Makan Tengah Hari & Makan Malam
17 November 2019 (Ahad) - Makan Tengah Hari

22 November 2019 (Jumaat) - Makan Malam
23 November 2019 (Sabtu) - Makan Tengah Hari & Makan Malam
24 November 2019 (Ahad) - Makan Tengah Hari

29 November 2019 (Jumaat) - Makan Malam
30 November 2019 (Sabtu) - Makan Tengah Hari & Makan Malam
1 Disember 2019 (Ahad) - Makan Tengah Hari

Parking adalah PERCUMA !

Harga dah murah, makanan pun banyak, korang nak apalagi?
Jangan tunggu lagi, cepat buat tempahan segera!!


P/S: Teringat-ingat kesedapannya Laksa Johor dan Satay!

8 comments:

  1. kalau dekat memang kita dah datang kak oi, semuanya sedap2... lagi lah masakan johor, sentiasa di hati ku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn menu masakan Johor memang menjadi pilihan semua kaum dan bangsa @Norhidana..

      Delete
  2. sedap sedap semua ini..

    tumpang tengok dan telan air liur pun alhamdulillah..

    nikmat apa lagi yang kita dustakan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, selagi ada nikmat makan, kita makan dengan nikmatnya kann Tuan @Hanafi ..

      Delete
  3. satay dia sedap gilerrr...amazing dedua ayam dan daging sedap dan juicy...biasanya kalo tempat lain, satay daging sedap, satay ayam keringggg...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Sis ko makan hampir 6 batang rasanya @Sunah, yang mesti, bawang kena lebih hehehehe

      Delete
  4. Laksa Johor, pecal sedap tu lama tak makan kak lin uiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn pecal Jawa namanya tu @Azhafizah..memang sedap...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.