IKAN TONGKOL MASAK KICAP MENU SIMPLE TAPI SEDAP

IKAN TONGKOL MASAK KICAP MENU SIMPLE TAPI SEDAP | Kelmarin anak tanya, 'Emak nak masak apa harini", Sis jawab 'Ikan Tongkol masak kicap', terus anak-anak kata yes! hahaha. Bukannya apa, kalau kata masak kicap aje, memang menu ini menjadi kesukaan anak-anak.

Cuma yang bezanya masak kicap ikan dengan ayam versi Sis adalah, kalau Sis masak kicap ayam, Sis akan blender kesemua bahan dan Sis letak cili atau lada merah, memang masak pedas-pedas punya, tapi kalau masak ikan kicap, Sis akan buat yang simple aje, tumis-tumis dan curah kicap, simple tapi sedap.

Kebetulankan si anak Sis,Kakak ada dirumah cuti, so memang masak pun seawal pagi dan masak kuantiti lebih dari biasa. Sebab Kakak orangnya akan makan tengah hari dan makan malam punya orang, dia macam Ayahnya, makan ikut jadual hehehe.

[Baca Juga] : Resepi Ayam Masak Kicap Pedas 


Untuk hari ini Sis kongsikanlah masakan simple Sis ni ya, tak susah, senang aje. Rasanya korang lagi pro bab masak kicap ni dari Sis, Sis punya ni versi Sis yang simple tapi sedap hehehe.

Ikan Tongkol Masak Kicap Menu Simple Tapi Sedap. 

- Ikan Tongkol (Sis masak 6 ketul)
- Selabu bawang besar (hiris)
- 3 ulas bawang putih (hiris)
- Lada hijau 3 batang (hiris)
- Asam keping sekeping
- Kicap Manis Kipas Udang

Cara memasaknya : 

- Gorengkan ikan tongkol tu terlebih dahulu, Hanya lumur serbuk kunyit dan sedikit garam
- Tumiskan bawang besar, bawang putih, lada hijau sehingga wangi.
- Kemudian masukkan kicap secukupnya.
- Masukkan asam keping, dan juga sedikit air.
- Akhir sekali masukkan ikan yang dah siap do goreng tadi, serbuk perasa, ikut suka memasing, sebab kicap tu dah manis.
- Tunggu dalam 5 minit, gaul-gaul.
- Siap, hidang.

Senang je kan. Bahan dan cara senang aje, campak-campak ajo hehehehe. Sebab tu kata menu simple tapi sedap. Harini punya menu tengah fikir nak masak apa ni. Ingat nak buat Mee Bandung aje harini.

Okay, menu harini Mee Bandung laaa..Okay bye dulu, nak gi kedai cari bahan untuk Mee Bandung punya ramuan. Nanti sambung lagi ya.

Selamat memasak!


P/S: Teringat-ingat lagi sambal MekQueen Tuanku huhuhu adoii ...

20 comments:

  1. samalah sis. saya kalau masak ikan masak kicap macam ni je. suka kuah cair. kalau masak ayam masak kicap suka blender kuah pekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Mar, kalau masak kicap ayam kena pekat dan pedas sikit baru sedap..

      Delete
  2. Sedapnyaaaa...kan best kalau dapat masak macam ni ha...SA kat rumah sewa mmg payah nak masak..beli bahan untuk masak bekal je...nak masak macam ni kena masak time kat rumah Seremban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha takpe @Suria, nanti balik Seremban boleh masak puas-puas hehehe

      Delete
  3. saya pun jenis masak kicap macamni kak, cuma dana selalu tertukar ikan tongkol mana yang jenis lembik or keras, walaupun mak dah ajar banyak kali... tetap jugak lupa hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang lembut ikan tongkol hitam @Norhidana, sirip dia panjang, kompom lembut...

      Delete
  4. Ni PC panggil masak kicap campak-campak makan sampai sendat perut..satu lauk ni je cukup kalau PC.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @PC, masak menu plaing simple tapi sedap!

      Delete
  5. terasa nak makan ikan masak kicap pulak.. ada ikan senangin kat rumah petang nak tiru lah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan senangin pun sedap si buat masak kicap macam ni @Hernee, goreng garing-garing ..

      Delete
  6. Seleranya tengok masak kicap, lauk favourite pula tuh.

    ReplyDelete
  7. memang simple betul ni...kadang2 bbuat jugak menu camni kalo nak cepat dan kelaparan...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat telur masak gini pun sedap @Sunah..cubalah...

      Delete
  8. Yang lembut guna ikan tongkol hitam.
    Sirip kiri kanannya lebih panjang dan takde jalur kat badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @Wak, Saya beli memang pilih ikan tongkol hitam...barulah lembut..

      Delete
  9. kegemaran mama ammi ikan tongkol ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita Ammi @Sheila...peberet...masak kari pun sodap...

      Delete
  10. Sedapnya ikan tongkol masak kicap. terasa kat tekak dah ni. Lama tak makan masak kicap. asyik masak gulai je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn biasa ikan tongkollah sedap masak kicap, kalau gulai ada masa jadi keras isinya kan @Azhafizah kan...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.