YOU NEVER WALK ALONE KATANYA

YOU NEVER WALK ALONE KATANYA | Di sebalik kisah gambar di bawah ni adalah nak tunjuk muka bolat Sis tu, sewaktu sedang berjalan-jalan di Tanjung Piai semalam, ehhh ada pulak signboard dalam hutan bakau tu ayat 'You Never Walk Alone', macam seram aje bunyinya ek hahahaha.

So kalau korang jalan sorang-sorang dalam hutan bakau tu, jangan risau, ada yang menemani korang hahahaha. Siapa? Jeng jeng jeng...

Punya lama Sis tak datang Tanjung Piai ko, sekali sampai, waa masih sama juga, tetap pokok bakau, bukan pokok durian ya, kalau tiba-tiba ada pokok durian dalam tu, Sis ko rasa, baru putik je habis di kerjakan dek monyet aje hahahaha.

Cite Tanjung Piai ni nanti laa yaa Sis update, nengok gambar dalam gallery aje macam nak muntah hijo ko hahahaha. Macam-macam aksi ada. Maklumlah kalau dah jumpa geng kaki selpie dan welfie, jangan lepaskan peluang, guna sehabis baik hahahaha. Bukannya apa, jadikan kenangan untuk hari tua.


Apa-apa pun terima kasih pada Tourism Malaysia yang telah membawa kami ke Tanjung Piai bersempena Surfcasting Tour 2019 yang telah berlangsung di Tambak Pontian,Johor semalam. Meriah ko, penuh pantai dengan abang-abang pancing. Tambah meriah bila nak umumkan keputusan. Hadiah dia RM 70,000 cash! Kau ngase?

Psttt yang menang semalam tu dengarnya masih 'single' kakakakakah. dasar mata duitan korang ek, pantang dengar single ๐Ÿ˜œ!!

Apa-apa pun tahniah buat semua pemenang, ada rezeki kita jumpa di siri seterusnya...yehaaaaa! ..

Korang boleh lihat update terkininya di IG dan IGs @akusislin ya. Sana Sis dah update.

[Baca Juga] : Surfcasting Tour 2019 Siri Pertama 

So nanti kita sambung lagi, harini nak keluar bawa anak-anak semua keluar makan dan cuci mata, lama tak keluar dengan anak-anak lengkap semua ada, kecuali Ayahnya, masih lagi sibuk kerja di Melaka sana. Yaa, kali ni Kakak masih ada tengah cuti, Yana pulak tengah MC, anak bujang pun balik cuti sem, so semua anak-anak ada kesemuanya. Alhamdulilah.

Okay bye dulu. Selamat berhujung minggu korang! Dan selamat bekerja yaa warga Johor.


P/S: Syukur alhamdulilah atas rezekiMu seadanya ..terima kasih Suamiku ❤

12 comments:

  1. Replies
    1. Hahahahaa hamboiii baca bujang jer, penuh tanda soal tu ye Kak @Seri hahahaha

      Delete
  2. indah bersama insan2 yang sayangi kita kan...

    ReplyDelete
  3. Ada orang sebelah tu sampai demam2 balik dari sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Wak, demam teruk tu, Saya pun batuk-batuk, cuaca panas sangat ketika itu...

      Delete
  4. last ke tanjung piai tahun 2011..rasa banyak tak perubahan ek!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Sis @Rohaida, berzaman tak datang sini, banyak juga perubahan dari segi pokok bakau semakin banyak hahahaha

      Delete
  5. org Jabatan Hutan tu peminat setia Liverpool...sebab tu dia guna tagline YNWA. Hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ye juga ek hahahaa Ammi @Sheila hehehe

      Delete
  6. Eh...bujang ke....sis dapatkan no hp plisss...ahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huahuahuahua pantang dengo bujang ek @Suria hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.