ANAK DI SERANG SLIP DISC LAGI

ANAK DI SERANG SLIP DISC LAGI | Ermm tak tau nak risau ke nak marah ke nak sedih ke. Sebab kenapa? Entahlah anak Sis yang pernah Sis cerita dulu yang kena slip disc tu, kali ni kena lagi sakitnya macam dulu, tapi sebab kedegilannya sendiri, yee degil!!

Memang betullah, anak no 2 ni degil ek? Degil sebab taknak dengar nasihat orang, banyak kali dah Sis pesan, sejak lepas terkena slip disc dulu dan dah buat Laser Spine tu, dan lepas tu sambung buat pisio semua, Sis pesan banyak kali juga, pakai bengkung tu, bawak berehat, pakai kasut yang elok sikit, jangan terlalu tinggi, tapi MasyaAllah degilnya macam batu atas kepala!

Sekarang haaa nengok, menahan sakit semalam sampai muntah-muntah di opis, malam tak boleh tidur, mencari bengkungnya serata bilik entah mana, siapa tak geram! Last-last semalam Kakaknya carikan, jumpa dalam laci, adeii urut dada Emaknya sekejap..

Ayahnya telefon semalam pun membebel, tapi siapa yang kena, Emaknya juga kena bebel, kata Ayahnya Sis ko pulak taknak marah anaknya tu..adoiii tak memasal Emaknya pulak kena bebel gan Ayahnya..cissss..

[Baca juga] : Ingatkan Sakit Pinggang Biasa, Rupanya Kena Slip Disc 


Tak pergi Hospital ke?

Semalam Yana tu dah pergi KPJ Pasir Gudang sini, tapi Dr Datuk Zahir tu takde semalam, hari ini pulak Dr ada kes besar, so Rabu esok baru ada, makanya harinilah nak uruskan Yana tu daftar masuk wad, dan esok baru Dr boleh masuk checkup semua. Nampak gaya memang kena bebel lagi laa dengan Dr tu, bagus!

Yaa memang bagus sebab Emak bebel, Ayahnya marah semua tak nak dengarkan, so biar Dr pulak yang bebel dan marah, baru dia rasa. Sakit slip disc ni dia buat main aje, dia ingat slip disc ni boleh baik gitu aje agaknya. Slip Disc tu sakit berpanjangan anak oii..kena jaga kesihatan tu sendiri.

Semalam Sis belikan dia dulu koyok untuk tampal belakang dan bahu dia, sebab dia ngadu bahu sakit snagat dengan tulang belakang tu. Lepas pakai koyok, pakaikan dia bengkung tu, baru elok nampak dia tidur.

Ni nanti dah kena admit, kang terjerit plak adoi doii doii kena cucuk jarum laa bagai. Nak makan ubat pulak seksa gile! Alahai anak, sabar ajelah Emaknya nanti. Nasib ada Kakaknya, nanti Kakaknya pun sama naik membebel, padan muka dia! Hahahaha

Kakak kata biar Kakak jaga Adik, Emak balik aje nanti, haaa rasakan! Hahaha ..
Esok anak bujang tu pulak balik cuti sem, meriahlah rumah. Yehaaa!!

Tapi memang anak Sis,Yana ni walaupun dia ngembeng kalau sakit tapi dia macam Ayahnya, kalau sakit macam mana pun, tetap nampak relax, kerja pun tetap kena settlekan, tengah sakit pun ingat pasal kerja, memang sebijik macam Ayahnya!! Kalau duduk wad kalau boleh nak 'lari' kejap pergi opis, kau ngase?

So harini sibuk sikit masa Sis nak urus anak ni ha. Doakan moga semua urusan anak Lin dipermudahkan ya. Makaseh korang.

Nanti Sis update lagi perkembangan anak Lin tu. Bukannya apa, buat tauladan semua. Supaya jaga diri dan jangan abaikan kesihatan. Cegah sebelum parah!

OkBai.


P/S: Pagi ni pun siap pergi kerja kejap, ada exam, tepuk dahi Emaknya! ๐Ÿ˜–

16 comments:

  1. alahai, memang degil betul yek,... moga di beri kesembuahan buat anak akak tu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa begitulah anak no 2 ni @Norhidana hehehehe

      Delete
  2. ter publish pulak komen kat atas..

    Yana, jangan degil, dgr cakap mak tu, takde orang lain yg syg kita selain mak kita sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha puas dah membebel, ni pun malas nak bebel lagi, makanya diamkan aje Kak @Seri ..

      Delete
  3. harap2 beransur2 sembuh.
    tak penah kena, tak tau sakitnya macam mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee @Wak, janganlah sampai kena, sakit sampai tua ni slip disc ni Wak.

      Delete
  4. alaaaaa...terasa anak no. 2 ni tau. Walaupun itulah juga ayat yg selalu kluar dr mulut mama ammi...batu lagi lembut dari kepala ko katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...kan kan sama kan apa yang Emak cakap tu kan Ammi @Sheila, degil!

      Delete
  5. hahahah yana yana....tak tau la nak kesian ke nak gelak baca entri ni..adehhh, anak no 2 memang camtu lerr kot, adik aku pun degil n suka buat kepala dia sendiri...hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis ko lagi tak tau nak kata apa, sekarang diamkan layankan aje @Sunah..kau tu pun sama, degil gak kan hahahahaha

      Delete
  6. Sakit pinggang sikit pun terasa sakitnya apatah lagi slip disc menyerang. Apapun semoga dipermudahkan segala urusan kak lin sekeluarga. aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, Sis pun dapat merasainya walaupun berat mata memandang, berat lagi yang hadapinya kan @Azhafizah ...aamiinn

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.