Header Ads


MINUM PETANG SANTAI SAMBIL TONTON NETFLIX


MINUM PETANG SANTAI SAMBIL TONTON NETFLIX | Nikmatnya bila duduk rumah, masak, makan dan rehat depan tv, kan kan kan...haperrr ko ingat surirumah ni duduk rumah membuta je ke kojenya? Macam dah takde keje lain ek? .

Tapi bila dah kerajaan bagi arahan Perintah Kawalan Pergerakan, haaa bila memasing duduk rumah, haa tau pulak komplen buhsan, boring, penatlah dan memacam lagi laaa...ehhh tau pun kann mengeluh, baru ko rasa macam mananya duduk rumah hahahaha.

Tu nasib duduk rumah buat kerja pejabat jer, kalau suruh duduk rumah buat kerja rumah sekali, macam memasak, mencuci, mengemas semua? Haaa acaner laa agaknya, mau patah riuk pinggang ek. Ini baru duduk sehari dua dah memacam mengeluhnya.

Sis ni dah bertahun dah duduk rumah, masuk tahun yang ke 26tahun dah ni. Tanggungjawab mengurus rumahtangga tu dah alah bisa tegal biasa dah. Nak merungut penat pun dah lali dah. Sebab kita sendiri kena pandai-pandailah urus masa. So bagi Suami-suami tu, janganlah kata Isteri ni duduk rumah membuta, makan tidur ngadap internet je, habis kerja rumah ni siapa yang buat? Jin ka?...


Tapi sunguh laaa bagai di kata, duduk rumahlah paling syokk sekali. Masak ikut sukahati time bila nak masak. Makan pun bebila masa lapar boleh makan, dan tidur pun, sukahati le nak tidur. Tapi yang letihnya, mulut laaa...hahahahah

Rasanya baru je lepas makan tengah hari kann, tup-tup dah petang, terus merangkak masuk dapur cari bahan nak masak buat minum petang. Kalau rajin ye buat, kalau malas macam Sis ni, haaa tett tett tett, 'hello, boleh hantar delivery ke sekian sekian' hahahaha lagi sonang kejo hahahaa..

Yaa harini order Kuih Keria Gula Melaka Jannah namanya. Sedap, rangup, lembut walaupun dah sejuk. Kalau korang area Pasir Gudang boleh beli dengannya.

Nak order? Boleh order sini Jannah 013 715 7217. 10 keping RM5 jer. Di jamin sedap!.

Tadi keluar sekejap pi J&T Bukit Dahlia amik parcel, balik je, tengok Kuih Kerianya dah sampai. Solat Asar dulu sesiap, turun bawah, hidang Kuihnya, bukak Netflix, now tengah layan cite Korea. Hebat tak sambil tengok tv sambil update blog hahahaha. Dah de[an mata kan, so buat keje dalam satu masa.

Okaylah nak sambung makan dan layan Netflix. Korang buat apa tu haa?


P/S: tengah fikir esok nak masak apa laaa ek..ermmm..

6 comments:

  1. I binged watched so many series on netflix haha

    ReplyDelete
  2. alaa skudai tak hantar ke...nampak sedap tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lee tanya, mana tau kotlah ada, sedap woooo

      Delete
  3. Senang ek duduk bando
    nak apa2, order aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah yee Wak, sediakan aje ongkosnya hahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.