DUDUK RUMAH KERJANYA MAKAN SESAJA EK

DUDUK RUMAH KERJANYA MAKAN SESAJA EK | Apa nak buat, makan aje laa, dah nama pun #DudukRumah. Tapi kalau ko tak duduk rumah, ko keluar pun ko makan juga kan? Eleh pandai cakap orang ek...bukan kata makan je, siap dengan minum kopi bercawan-cawan kan kan..baik ngaku!

Sis ni dah 26tahun duduk rumah, so dah biasa dengan #DudukRumah ni, bosan tu dah alah bisa tegal biasa dah, sebab tu bila anak kena #StayAtHome, dia asyiklah cakap bosan bosan, Sis diamkan aje, kadang kalau dah geram sangat, Sis siap cakap, 'haaa baru tau ke?' Hahahaha..

Anak pun sama, dia pun cakap, 'Macam manalah Mak boleh duduk rumah ek?' hahaha. Soalan tu kekadang dah malas nak jawab. Sebab apa tau, kalau dari awal memang dah kita ni niat ikhlas dengan apa kita buat, tanggungjawab kita duduk dan urus rumahtangga, so automatik semuanya memang Allah permudahkan, takde rasa nak bosan-bosan...tipu laa terus takde, adaaaa...tapi sesekali tu memanglah keluar rumah, jumpa kawan, minum kopi, so ada le juga hilang bosan.

Bukanlah semata duduk rumah oii...Gajah pun boleh ngamuk hahahaha. Tu yang bila tiba hari minggu, Suami Sis cuti tak kerja, dia memahami, dia bawa keluar merayap dan dapur pun tutup tak masak, makan luar je, kalau ada anak kat rumah, mereka pun dah faham, hari Mak Ayah dia bersama, so pepandai laa derang nak makan dan masak.

Cuma untuk kali ini, korang duduk rumah tu agak berbeza, sebab di perintahkan, ikut arahan, langsung tak boleh kemana, tu yang jadi otak tepi, macam terbatas semua pergerakan, dah nama pun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kan, so semua kena kawal.

Tu yang kalau korang nengok kat facebook, instagram, twitter dan sekarang TikTok, geng-geng korang semua sakan masuk gambar menu masakan dan resepi memacam, sebabnya, mana yang bekerja semua tengah cuti, yang mana jarang dapat masak sesedap untuk anak dan Suami, haa inilah peluangnya. Tu yang meriah kalau memasing up menu masak-masak.

Bagi Sis okay aje, sebab Sis pun kalau tak kerana PKP ni pun memang hari-hari masak juga, cuma masak untuk diri sendiri, tapi kali ni meriah menunya sebab anak-anak dan Suami cuti, so kita masaklah menu lebih dari satu jenis. Bukan tak berjimat, tapi memang dah sukat-sukat dah, stok yang ada pun insyaAllah cukup seadaanya, dah biasa belanja barang dapur so kita dah pandailah budgetnya.

Pandangan orang lain Sis tak tau, sebab macam mana Sis up, macamtulah memang biasa Sis masaknya. Dan tak kisah pun nengok orang lain up menu derang. Biarlah janji apa yang mereka buat tu positif. Kita ni pulak jangan fikir negatif, tak elok. Lagi time macam ni kan, Sama-samalah kita kontrol lisan dan hati kita, biarlah orang nak up apa pun, kita diam aje, tak suka scroll je lelaju.

Tengah keadaan Malaysia macamni, kita perlukan sesuatu....orang kata apa ek, something yang boleh buat kita happy, jangan stress sangat, fikir stress, kang lain pulak jadinya. Sis sendiri pun stress, macam-macam fikir, takut, risau, rimas dan macam-macamlah, tapi wat relax jer, buat je apa kita suka.

Ko suka masak, ko masak, ko suka baking, haa buatlah kek, ko suka berkebun, haaa pi le menanam, tapi pastikan semuanya dan apa ko buat semua dalam rumah, bukan luar rumah. Senang je kan. Positif beb!!

Orang kata duduk rumah kejenya makan sesaje, bior...diam jee, lantak le orang nak kata apa, yang gemuknya ko hahahahaha..sendiri mau ingatlah ye..hohoho..

Eh dah le, melalut plak pepetang ni...Korang masak apa haa harini? Sis harini masak special wooo, akhirnya tertunai hajat nak masak menu kegemaran sendiri. Apa dia? esok je cerita hahahaha..

#iDudukRumah - BookXcess Online Shopping 


Jap jap ada benda Sis nak kongsikan...

Untuk yang suka membaca, tapi stok buku dah habis, korang boleh beli buku melalui online di BookXcess. Ianya lebih memudahkan kerja korang untuk memilih buku kegemaran korang.

Dan yang bestnya, penghantaran secara PERCUMA di seluruh Malaysia dan juga Singapura dengan pembelian minimum RM60 keatas (t&c).

Mudah aje, layari website https://www.bookxcessonline.com/ untuk pilih buku pilihan korang ya! Ada bermacam genre boleh korang pilih dalam satu website tu. Semuanya di hujung jari korang!..

Selamat membeli belah!..

Nanti dah reda virus Covid-19 ni, haa korang boleh terus walk in di BookXcess Sunway Big Box tu Iskandar Puteri ya. Cantik gilee woo tempat dia.


P/S: Sis nak buat Dadih ni, jomm kita!!..

14 comments:

  1. samala kita, asyik makan je! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kann..ke depan ke belakang, masuk dapur aje manjang kannn

      Delete
  2. menarik.. tapi ekin kurang gemar membaca.. kehkehkhe.. tapi yang makan tu kita se-geng!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kot mana tau kan nanti buhsan, haaa belilah online yaaa

      Delete
  3. Sehari 3kali masak kak, kejenya masukbdpr je msk... hari biasa sehari sekali je masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, tangan tak sempat kering Dana..hahahaha

      Delete
  4. Ada yang kerja masaaak aje
    Ada yang kerja makaan aje
    yang boringnya nak basuh pinggan mangkuk.
    agaknya guna yang pakai buang lagi bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha melampau nau siap nak pakai pinggan pakai buang Wak oii hahahaha

      Delete
  5. Saya cuti dua Hari baru ni..memang makan aje kejenyeee..dessert pelbagai..dgn menu adik lain, menu saya lain..mak pun naik berat sekalii.muahahaaa..

    Apa yg penting, do not too stress, buat apa Kita suka asalkan tak langgar perintah PKP kan


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ko jangan Nonaa...badan mu baru nak kecut, kang naik PKP mengembang plak gagagagaga

      Delete
  6. sy keje masak jer.. makan kurang tp sekali makan betul2 makan.. haha.. kadang kenyang lagi tp dah nak kena masak lagi.. adoii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama Sis jugam, kadang dah masak, makannya lambat Dilah..kenyang masak hahahaha

      Delete
  7. oii buat dadih pulak keee hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa nak ke? 1 singgit 1 singgit hahahahaha

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.