RESEPI GULAI ASAM TEMPOYAK PETAI YANG SEDAP


RESEPI GULAI ASAM TEMPOYAK PETAI YANG SEDAP | Yaaa sedap sebab Sis ko yang masak, so sendiri masak, sendiri kata sedaplah hahahaha. Tapi masak seperiuk, makannya Sis seorang aje hehehe. Tu pun masak sesenyap oi haritu. Boleh pulak time Sis nak masak Gulai Asam Tempoyak Petai ni, time tu lee Suami boleh cuti tak kerja hahaha.

Bahan dah sesiap, nak taknak Sis masak je la. Suami duduk tengok tv sambil buat kerja dia, Sis pun masak cecepat dulu. Sampaikan buka segala kipas dan tingkap kat dapur, takut bau tempoyak tu menusuk ke dalam lobang hidung Suami hahahaha. Yaaa Suami Sis tak makan tempoyak, durian dia makan hahaha. Katanya tempoyak ni durian busuk, sabo je lerrr kannn.

Menu Gulai Asam Tempoyak Petai Sis ni memang tak sama yee dengan yang lelain. Sebab tu Sis namakan Gulai Asam. Resepinya sama macam kita nak masak asam rebus tu, cumanya masuk tempoyak aje. Petai tu pun kebetulan je ada baki yang Sis jerukkan, so daripada takde orang makan, Sis campakkan terus sekali dalam Gulai Asam Tempoyak tu.


Gulai Asam Tempoyak Petai. 

Korang nak ke resepinya? Hahahaha meh laa Sis kongsikan ya. Tapi ini just ikut tekak Sis tau, kalau rasa korang nak adjust bagai, ikutlah sukahati ko ya.

Bahan-bahan: 
- 3 ekor Ikan (Sis guna Jenahak)
- Lada Kering kisar (agaklah kepedasan memasing)
- Selabu bawang besar (kisar)
- 3 ulas bawang putih (kisar)
- Kunyit hidup dan Halia (kisar)
- Asam keping 2 keping
- Serai
- Daun Kunyit atau Daun Kesum (Sis masuk dedua)
- Sebungkus kecil Tempoyak


Cara Memasaknya:
- Masukkan Ikan ke dalam periuk, kemudian masukkan bahan kisar dan tempoyak.
- Campakkan asam keping, daun kunyit dan serai.
- Masukkan air (agak-agaklah korang nak banyak mana kuahnya)
- Didihkan dan campakkan daun kesum ketika mendidih.
- Masuk serbuk perasa dan juga garam
- Tutup api, hidang.


Masa mendidih tu kan, perghh aroma dia memang telan air liur hahahaha. Nasib jugalah takde sound direct dari Suami hahahaha. Ngeri oii kalau Suami tanya kang. Dan yang gelihatinya, masa nak makan, Sis lupa nak bagitau anak, jangan ceduk lauk Gulai Asam Tempoyak Petai Mak tu, sekali anak pi ceduk dan hidang.

Masa nak makan, Suami tanya, 'eh tu lauk apa siap ada petai', Sis dh erkkkkk... anak terus kata, 'Ni lauk Mak, Ayah tak boleh makan sebab ada tempoyak' hahahaha.. Terus Suami cakap, 'tapi kenapa takde bau tempoyak', aperrr? takde bau tempoyak, hahahaha okay tu dah bagus, kira selamat lee Sis ko dari kena bahan bebelan, so makanlah kami bersama-sama dalam satu meja bersama Gulai Asam Tempoyak kakakakah.

Mungkin masa tu hidung Suami Sis sumbat barangkali hahahaha...adeiii selamat leee Sis ko.. So korang kalau nak cuba, silalah..resepi ni memang takde santan. Memang rasa asam, dan tak sama dengan rasa gulai tempoyak yang biasa tu ya...jangan nanti ko salahkan resepi Sis plak hahahaha.

Okaylah, jom lee kita memasak! Harini nak masak Daging Masak Kicap Pedas. Permintaan Suami dan juga anak-anak. Jom kita!


P/S: Makin hari, makin banyak idea nak masak ni, tapi...penyakit M tu ada masa datang, jadi MALAS! hahahaa..

20 comments:

  1. sayangnya tak pandai makan tempoyak kan sis. ^^ sama la laki kita. Sebab tu diri sendiri pun lama dah tak makan tempoyak kalo tak ada geng. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...nasib baik juga laaa ini kali baunya tak kuat, kalau tidak, habis laa kena bebel hahahaha

      Delete
  2. Kalau hidangkan kat wak,
    wak makan ikanya aje,
    sebab wak tak makan tempoyak,
    wak pun tak makan petai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira ookay laa juga Wak nak makan gak, kalau Suami Saya terus taknak..bau pun tak boleh Wak hahaha

      Delete
  3. Wuwuwuwuw kenapa la ikan mahal di KL ni. saya nak buat gulai ni ngan ikan merah. sedihnya. jemu makan ayam kak. Hahaha

    ReplyDelete
  4. gambar memang cantik dan nampak sedap, tapi aku kan geng laki sis, tak makan tempoyak..hahahha

    ReplyDelete
  5. Gulaibtempoyak memang fav saya dan sama macam Lin suami kak pun tak makan gulai tempoyak so bila buat kena buat utk diri sendiri je. Nak cuba la resepi u ni...

    ReplyDelete
  6. ya ampun sedapnya. combination yang perfect tempoyak dengan petai tu. nanti nak cuba masak lah. Thanks share resepi

    ReplyDelete
  7. nasib baik takde bau tempoyak tu, haha lawak etul baca sis punya entry la.
    aduh ada petai memang kalah, kalau huda boleh repeat gaknya sebab suka petai with masakan (tak suka makan mentah gitu hehe)

    ReplyDelete
  8. Hahaha. Lucu la suami sis. Nasib la boleh toleransi ye. Kalau Rawlins, dua2 tak makan dan tak tahan bau ye. Thanks for the recipe

    ReplyDelete
  9. tengok je pun dah nampak mesti sedap ni. Ya Allah, kuah pekat kan? terliuq sudah :D

    ReplyDelete
  10. Ya Allah time tengah berkurung ni lah datang semua resipi sedap-sedap belaka ni hehehe kita nak cari tempoyak time macam ni susah pulak wakakakak teringin nak makan masakan tempoyak mak kita sedap....

    ReplyDelete
  11. wahh nampak sedap gulai asam tempoyak petai..jadi lapar pulak iena malam2 ni :D

    ReplyDelete
  12. cantik dan menarik nampak masakan tu. bolehlah cuba nanti menggunakan resepi ni

    ReplyDelete
  13. Perghhhh sangat lah menggiurkan 🤤

    ReplyDelete
  14. Uiksss menggoda nau sis! Nanti sis try masak versi yg i cakap kat fb aritu yg kalo gulai tempoyak petai jgn masukkan apa2 daun tu hehhe try laaa sedappp

    ReplyDelete
  15. WOW MENGGODANYA tengok kuning kuning gulai tu.. ni rasa nak buat, TEMPOYAK ada je kat rumah ni... nak tak nak kena masak juga , kalau gulai acani pun mahal yo delivery

    ReplyDelete
  16. sedapnyaaaaa alahai! Memang favourite ni masakan ni! Gulai asam tempoyak petai lagi! Confirm bertambah2 nasi I!😉

    ReplyDelete
  17. uishh pekatnya tempoyak tuuu siap ada petai

    ReplyDelete
  18. terliurnyaaa tengok gulai asam tempoyak ni, nak buat tapi bahan pula tak cukup. sedihnyaaaa rasa

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.