Header Ads


DULU AKU PENJUAL DADIH RM1


DULU AKU PENJUAL DADIH RM1 | Hehehe yaa memang betul, dulu Sis Penjual Dadih RM1. Mana yang kengkawan tau, memang mereka tau, tapi tu duluuuu...puncanya pun sebab tolong kawan, dia minta buatkan masa kenduri, dari situ laaa ramai yang tanya dan tertanya-tanya, dan akhirnya Sis menjual Dadih. Sebekas RM1 aje, semua kata murah hehehe.

Minat meniaga tu takde, tapi bila orang suka makan apa yang kita buat, itu yang membuatkan Sis seronok menjual. Hari-hari ko buat Dadih, naik muak Sis ko masaknya. Sampaikan dari peti ais kecik jadi besar, tapi peti ais tu memang dah masanya bertukar pun, bukan sebab jual Dadih hehehe.

Nak buatnya bukannya susah mana pun, Sis guna siap segera punya je, cuma tambah susu cair dan beli bekasnya. Kira modal kasar tu masa mula nak menjual memang laaa agak berat, sebab banyak gak keluar masa mula-mula, tapi bila dah start menjual, orang beli tak putus-putus jadi seronok.


Dulu masa menjual Dadih ni, Sis tinggal di Bukit Indah sana, memang ramai kengkawan ar yang beli, kami support sesama sendiri, sebab memasing pun ada produk memasing yang di jual. Dan kebanyakkannya juga yang beli Dadih Sis masa tu orang luar, hand by hand, alhamdulilah juga laa, memang tak menang tangan membuatnya.

Tapi...ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari hahahaha...meniaganya tak lama mana pun, akhirnya terpaksa akur dengan kehendak Suami yang suruh Sis berhenti meniaga. Antara sebabnya, dia kata kesian nengok Sis penat ke hulu ke hilir dengan hantar anak sekolah, tuisyen lagi sampai malam, pastu malam buat Dadih, sampai tidur pun lewat.

Kemudian jadi menyusahkan Suami plak, kena bawak Dadih Sis ke opisnya, sebab rata-rata kawan opisnya banyak order dengan Sis, itu yang membuatkan Suami kurang suka. Yaa Sis faham, bukan Suami malu Isterinya jual Dadih, tapi sampai ada mulut kata 'Macam Laki tak bagi cukup makan', haaa itu yang jadi kisahnya, sampai Sis stop meniaga..

Tapi tak apalah, ada hikmahnya juga. Ikutkan Sis tak kowser nak dengar dan fikir apa orang nak kata, tapi dalam pada tu, kita nak jaga air muka Suami, so kita ikutlah apa yang Suami mahu. So kalau rasa anak-anak nak makan Dadih, Sis buat dan makan sendiri aje laa hehehe.


Buat Dadih ni memang senang, tapi bila dah siap, masuk peti aias, dah sejuk, sekali makan, memang susahlah ko nak stop oii..sebab itu tiap kali Sis buat Dadih, Sis akan pesan kat anak-anak, makan sehari tu agak-agak laa yer, ingat-ingat orang belakang..Yaa bukan berkira dan kedekut, tapi kalau tak pesan, ko buat lepas Subuh, tak sampai Isyak dah licin kang hahahaha..

Tapi sebenarnya Sis tak ksiah pun, biarlah anak nak makan kann, jangan di tahan-tahan. Cuma kita cakap tu sebagai gurauan, alaaa anak Sis faham sangat Emaknya hahaha. Tak cukup takpe, esok-esok buat lagi.Ye dak...

Yang Sis buat ni perisa Honeydew, perisa kesukaan kami anak beranak, Suami pun kalau makan boleh habis 2 bekas juga hehehehe. Mau tak sedap, sejuk-sejuk masuk kat tekak kan..

So bagi korang yang meniaga tu, Sis doakan moga dimurahkan dan ditambahkan rezekinya berganda..mungkin bukan rezeki Sis untuk meniaga, tapi ada rezeki lain yang Allah beri..alhamdulilah..

Okaylah, nanti sambung lagi..ada permintaan menu untuk harini.
Menu simple aje, Mee Hoon Soto..

Korang masak apa pulak?..


P/S: Malam tadi mimpi rumah Sis habis semua karam dalam laut, sangat menakutkan ombak besar, nasib baik kami anak beranak tak lemas, peliknya kami semua terapung..ermmm

16 comments:

  1. kita pun pernah jual dadih sis masa bulan puasa kat bazar ramadhan.. jual 5 free 1.. pengalaman betul sblm dapat kerja time tu..

    ReplyDelete
  2. Kakkkk. Saya pun pernah berniaga dadih. Hahaha. Seronok la masa kecik berniaga. Orang beli je. Bila dah jadi mak mak ni nak berniaga macam banyak benor persaingan. Ada je org iri hati. Masa kecik sampai la keje, saya seronok jual dadih, nasi lemak, kuih raya, kek, roti pizza, sagun dan nasi berlauk. Rindunya kak masa semua ni.

    ReplyDelete
  3. Kita Baru je beli dadih jagung. Tunggu nak buat je ni. Musim pkp ni kerja nak makan itu ini

    ReplyDelete
  4. Bestnya kak makan dadih sejuk³. Lama cx tak buat. Masa duduk rumah mil, mmg kerap buat sbb mil dgn fil suka makan. Cx tolong buatkan je.

    Allah rasa kesian pula dgn sis bila kena stop jual. Ya cx pon sokong kita kena jaga air muka suami. Buat apa yg suami suka. Tapi jahat kan kak mulut org. Biarlah kita suka niaga. Bukan laki tak bagi cukup duit. Saja buat apa kita suka. Kan kak?

    Cx pon jenis suka bisnes. Suami pon supoort. Alhamdulillah. Tapi suami cx jenis kental dan menjawab gak. Nasiblah siapa yg bermulut puaka tu hehehe

    ReplyDelete
  5. lama tk buat dadih..suka dadih mangga

    ReplyDelete
  6. mimpi yang berkaitan dengan air ni selalunya melibatkan rezeki..mudah2an ada la tu nanti rezeki melimpah ruah...ameen

    berapa hari lepas PKP, aku mimpi hari kiamat, langit runtuh, ko ghaseee?

    apapun, mimpi adalah mainan tido...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kak .. Dah lama tak makan dadih semenjak kawan Yana pindah rumah . Dia selalu buat dadih strawberi untuk Yana . Rindu Yaya.

    The Little Yana

    ReplyDelete
  8. best kalau sekali sekala dapat pekena dadih. Lama tak makan dadih. Pula tu kalau dapat sambil tengok tv bersama keluarga, tak sedar cepat habis kang hahahaa

    ReplyDelete
  9. Lama tak buat dadih nak kena baut ni hehehe nampak sedap dan menarik ni wakakakaka nak minta post macam jauh lak wakakakak beli dan buat sendiri kat rumah jer lah boleh buat banyak letak dalam peti sejuk pastu makan jer bila time lapar hehehe...

    ReplyDelete
  10. rindu nak meniaga ya sis? bagus usaha sis, insyaAllah mana tau lain kali ada rezeki meniaga lagi kan. sedap nampak dadih. saya pun suka buat, untuk sendiri makanlah kan.

    ReplyDelete
  11. Bagusnya mcm ni.Pandai berniaga..iena tak pandai berniaga hahah..kalau ada minat mmg boleh pergi jauh disertakan dengan usaha..btw dadih ni memang selalu jadi pilihan orang ramai..iena pun suka beli dadih kalau ke kedai2 tepi jalan atau kat kedai2.

    ReplyDelete
  12. ni item hot kalau hari kanak-kanak, family day, sports day :)
    mudah nak buat nyer kan.
    aida x pernah bisnes, sis. tak brape menang tgn.
    dadih ni buat utk anak-anak je makan kat umah :)

    ReplyDelete
  13. Eh betul, minat meniaga tu xada sangat tapi bila org suka makan benda yg kita jual, jadi seronok. Teringat masa zaman degree dulu, jual dadih dalam plastik ais krim 20 sen tu. ketuk pintu tiap bilik jual dadih. Haihhh kenangan betul

    ReplyDelete
  14. Kalau balik kampung memang kakak rajin buat, nad teinggal makan je..suka buat dadih coklat..sedapnya kalau dapat makan sejuk-sejuk Benda senang je nak buat cuma rajin tak rajin jele..

    ReplyDelete
  15. Kita ada gak plan nak buat dadih ni. Nak buat niaga. Tapi rezeki ke lain pulak. Tunggu redha PKP ni in shaa allah nak try juga buat dadih ni.

    ReplyDelete
  16. alamak, rasa lama tak makan dadih. before viral juga pasal dadih ni kan. sampai kawan office kita pun meniaga dadih dekat office :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.