Header Ads


DAN BILA SUAMI DAH TEGUR MINTA AKU CANCEL SEMUA EVENT BUAT MASA INI


DAN BILA SUAMI DAH TEGUR MINTA AKU CANCEL SEMUA EVENT BUAT MASA INI | Yaa tajuk tu bukanlah sebab Sis ni degil tak peka dengan apa (Covid-19) yang terjadi sekarang ni sampai kena tegur dengan Suami, bukan macamtu, tapi sebab event-event tu semua dah rvsp awal-awal, dan Sis juga percaya pada diri sendiri, setiap kali pergi event, Sis dah buat tahap penjagaan diri sehabis mampu. Cuma tu laaa, kalau dah nama pun virus, kita mana boleh jamin kita selamat kan?

So memang minggu ni Sis ada dua event yang perlu Sis hadir. Satu event di Paragon Hotel #BuffetRamadhan dan satu lagi event di Amari Hotel #ArtAndSip. Tapi bila dah Suami tegur cara baik dan nasihat dengan cara baik, mohon Sis fikir dan batalkan dulu semua rvsp buat sementara ni. So Sis terima tegurannya. Katanya risau dengan keadaan di luar sana.

Memang ada betulnya teguran Suami Sis tu, sebab semua event tu melibatkan berjumpa dengan orang ramai, ye laa hotel kan, so memang kita tak tau dari mana datang mereka tu, walaupun pihak hotel dah buat tahap ujian keselamatan ke apa ke, tapi virus Covid-19 tu kalau kata boleh di jangkiti melalui udara, so...selagi ko bernafas, memanglah rasa tak selamat di mana-mana pun sekalipun.

Makanya pagi ni, Sis dah bagitau dalam group JOCOM Sis, Sis cancel semua rvsp event untuk minggu ni dulu. Maaflah kepada pihak-pihak yang berkenaan yang memang mengharapkan kedatangan Sis. Yaa kadang kita jadi serba salah, mereka dah bagi email, then invite wahtsapp lagi ingatkan, so mesti mereka mengharapkan kedatangan kita kan..tapi apa nak buat..kena pentingkan diri sendiri juga buat masa ini.

Takpe, insyaAllah rezeki tu tak kemana kan. Macam prinsip yang Sis selalu pegang 'If They Like You, They Will Find You'..haa cenggituu...


Keadaan sekarang memang sangat membimbangkan, lebih membimbangkan apabila tempat area berdekatan dengan kawasan Sis sudah pun ada kes, mana tak risau Suami Sis tu, sebab dia tau, kalau Sis keluar ke mesti pergi area-area situ juga, so Suami kata duduk aje di rumah dulu, buat aje kerja apa yang patut, nanti dah reda keadaan baru boleh keluar masuk.

Sis pun risau juga keadaan Suami dan anak Sis,Yana tu, tapi mereka kata tawakkal aje la, dah mencari rezeki kan, nak taknak kenalah keluar bekerja. Tapi Sis bekalkan mereka dengan segala macam benda yang boleh protect diri memasing. Contohnya, Sis bagi hand sanitizer, mask mulut dan juga wet tisu, pesan banyak kali pada Suami, sebelum masuk opis, selepas masuk opis atau di mana-mana pun, CUCI TANGAN tu!..balik kerja pulak sampai rumah terus mandi, jangan amik remeh.

Nasib jugalah masa ke Danau Toba tu sempat memborong mask mulut, dan Sis kirim juga hand sanitizer dengan kawan di Thailand haritu. Tisu basah Anatabax pulak Sis dapat memborong ketika awal-awal masa stok masuk, rasanya sekarang mesti dah licin kat rak Watson dan Guardian tu kan..ermmm..


[Update Covid-19 : 12/03/2020] - Post update dari Bebelan Cik Min 

✅ Kes Covid-19 di Malaysia kini meningkat secara mendadak kepada 149 kes selepas 20 kes baru dilaporkan semalam
✅ KKM jejaki 5,000 jemaah tabligh Masjid Sri Petaling
✅ PDRM sahkan seorang anggotanya dikuarantin
✅ Pegawai Suhakam positif COVID-19, ibu pejabat ditutup 11 - 13 Mac
✅ Kes pertama Covid-19 dilaporkan di Turki
✅ Kematian pertama akibat Covid-19 direkodkan di Indonesia
✅ Thailand catat 6 kes baru
✅ 12 kes baru di Singapura
✅ Kematian di Iran cecah 291
✅ Thailand gantung kemudahan visa ketibaan untuk 19 negara
✅ Denmark laksana perintah berkurung

Nasihat Datuk Seri Dr Adham Baba (Menteri KKM) : “Selain itu, semua pihak diingatkan untuk tidak mengunjungi tempat-tempat yang padat dengan orang ramai kerana dikhuatiri mudah terdedah kepada jangkitan COVID-19,” katanya ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Ni pun kalau berterusan macam ni, semakin kes meningkat, Sis nak ajak Suami pergi belanja barang dapur untuk buat stok. Risau juga berlaku nanti panik rakyat Malaysia, semua keluar membeli, so semua benda licin kang.

Moga semuanya ini akan berakhir dengan segera.

Korang jaga diri dan tingkatkan lagi tahap kebersihan dan keselamatan diri korang ya. Jangan amik mudah dan remeh. Banyakkan membaca dan sentiasa 'peka' denagan keadaan yang berlaku. Dan kita sama-sama berdoa kepada Allah, agar kita semua di bawah lindunganNya dan Allah buang segala wabak berjangkit ini dengan segera. Aaamiinn..

Okaylah, nanti kita sambung lagi..Bila kata dah duduk rumah aje, tibaa macam banyak pulak kerja nak buat ek hahahaha. adeii deii deii..Apa-apa pun kita masak dulu jom!!

OkBai..


P/S: Kalau rajin kang nak tukar layout blog laa hehehe..jemu pulak mata duk tengok sama jee..

14 comments:

  1. Ini kalo tengok doom disaster @doomsday pergh.. hurm.. semoga kita semua dipelihara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo filem ek? Nanti boleh nengok..aamiinn

      Delete
  2. betul kak, kene berhentikan dulu aktiviti dan program akak yang perlu untuk jumpa ramai orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lerr, Suami risau nengok Sis keluar masuk hotel je kann, so buat masa ni kita rehat je la dulu..

      Delete
  3. sementara waktu ni...hadkan diri untk berada di tempat ramai orang kan Sis..PC kalau keluar belanja pun cepat-cepat balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah PC, kena pentingkan diri sendiri dululah nampak gayanya..untuk orang-rang yang tersayang..

      Delete
  4. Memang risau juga nak keluar sekarang nie kan Lin.. tambah risau tempat yang ramai orang dan ada pelancong luar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Kak, Kita pun banyak event akan datang ni, tapi untuk minggu ni kita cancel dulu, takut plak..

      Delete
  5. Nampaknya kat Malaysia ni dan serius jugak

    ReplyDelete
  6. Betul tu sis lin......jaga diri..keadaan dah serius skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa SA, kena pentingkan diri sendri buat masa ni ..

      Delete
  7. kami punya program shaklee pun dah batal jugak bulan ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. O ye ke Umi, takpelah, kita duduk rumah aje dulu ya..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.