HUJAN-HUJAN MACAM NI APA YANG BEST? TIDUR!

HUJAN-HUJAN MACAM NI APA YANG BEST? TIDUR! | Hujan tak tempat korang? tempat Sis belum lagi nak hujan, tapi dah gelap langit dan mendung awan berarak lalu dah ni, tunggu masa je nak turunnya hujan. Rasanya lebat ni kalau hujan turun.

Makanya bila kerja dah siap, makan dah kenyang, apalagi yang best kalau hujan-hujan gini? Kalau tak TIDUR. Hehehehe bukanlah kata kuat tidur Sis ni, tapi ko bayangkanlah, kalau dah sengsorang je kan, pebende lagi nak buat. Tenung dinding pun dinding boleh retak tau. Dari bukak TV guruh petir ni, baiklah tutup semua dan kita tutup mata, hilang segala masaalah dan buhsan.

Ermmm harini Sabtu, Suami kena kerja, sibuk sangat lately ni, anak pun kerja lagi. Yang tadi nak masak bubur katanya, tak balik-balik lagi, last-last Sis bakar roti makan dengan telur mata, macam sandwich benjo, pun sedap. Lagipun tekak pun tak berapa nak makanlah.

Ni dah 3 hari Sis tak minum kopi, rasa macam badan ni takde tenaga sebab tak minum kopi macam selalu, ermmm takpe, kita bertahan dulu selagi boleh tahan. Bukan diet tapi saje nak kurangkan minum manis buat masa ni. Fikir-fikir banyak event mendatang semuanya makan makan dan makan.


Ubat jangan cakaplah, sebembam ubat nak kena makan. Yang dok ngata Sis keluar masuk hospital sebab ada insurans tu, haaa tang ubat tu sapa nak makan? Engko ke aku? Ingat orang suka-suka ke apa masuk hospital.

Kalau ye pun sebab ada insurans, dah kenapa ko nak sibuk? Suami Sis bayar untuk kemudahan dan keselesaan sekeluarga, mampu nak bayar bulan, bukan minta duit ko pun, so apa yang ko sibukkan sangat bila Sis ni keluar masuk hospital?.

Hospital tu bukan tempat orang holiday laaa, tu untuk orang sakit! Ada faham..

Memang tak faham dengan orang jenis suka cakap macamtu. Kadang-kadang tu ada yang cakap 'Ko bolehlah ada insurans, masuk pakar', kenapa perlu nak cakap macamtu?. Bahagian masing-masing, ikut kemampuan, kalau tak mampu, kerajaan kita pun ada sediakan pakar di Hospital Kerajaan, so apa nak di herdiknya orang yang ada insurans ni?

Kalau mampu, haaa amik insurans, kereta pakai mahal-mahal, rumah besar, takkan insurans serendah rm100 (ada lagi rendah), pun ko tak boleh bayar? Senangnya untuk siapa? Untuk ko, keluarga ko, anak bini ko jugakan?..

Pelik pelik orang sekarang ni. Dah takde apa yang kita ada, pastu mengata kita pulak. Susah jenis orang yang tak boleh tengok kesenangan orang lain. Patut bersyukur dan mendoakan, moga Allah juga beri apa yang orang ada, ni tak, sedap mulut je cakap, haaa kan dah kena BLOCK gan aku!!..

Dah..elok Sis ko nak tidur, jadi segar pulak mata dek sebab marah..ermm negatif betul!!
Siapa makan cili, dia rasa pedasnya. OkBai..


P/S: Jom tidur sambil fikir apa nak dinner malam ni..Zzzzzz..

10 comments:

  1. Malam ni tak pyh fikir banyak sgt. Makan luarrr je

    ReplyDelete
  2. Wow..wooooo....marahh benorr nihhh ... Sabor...baru nak sihat tuhhh sisturrr..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marah Nona oii..tapi bersangka baik ajelah kan...

      Delete
  3. Kat sini tak hujan2 lagi
    Padang ragut dah togel dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo Pasir Gudang hujan Wak, semalam pun lebat hujannn..

      Delete
  4. ala bestnya hujan sini panasss hujan sikit jerr.. tapi panas balik cuaca.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke, Johor dah hari-hari hujan ni Wani.

      Delete
  5. hurmmm ade jugak ek yang cakap macam2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr, diaorang ni ingat masuk hospital ni suka-suka ke, walaupun ada insuran..gile!

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.