COVID RAYA BERSAMA GENG BAS SEKOLAH

Sis Lin
10
COVID RAYA BERSAMA GENG BAS SEKOLAH | Dah kata wabak Covid19, raya pun terus jadi Covid Raya ek hehehe. Sebenonya ikutkan berkira-kira juga nak mengajak Geng Bas Sekolah (GBS) Sis ni ke rumah, sebab ye laa, kita kena patuhi SOP yang telah kerajaan keluarkan. Tapi sebab desakkan hati dan naluri persahabatan ini, makanya kami semua sepakat, berhari raya tahun ini sederhana sahaja di rumah Sis secara 'potluck'.

Sederhana tu maksudnya, kami tak round semua rumah GBS kami macam tahun sudah-sudah, hanya kumpul rumah Sis dan last minit plak ke rumah Lily (seminggu kemudiannya). Yang lelain kami tak round raya tahun ni. Sebab memasing ada anak kecil dan juga ada orang tua di rumah.

Kami semua faham dan masing-masing tau #KitaJagaKita dan sama--sama berhati-hati dalam apa jua pergerakan. Janganlah sampai kecam macam kami ni tak peka keadaan sekeliling. Kami tau dan kami faham. Tapi yang kami pergi ni semua antara kalangan GBS kitaorang je, takde melibatkan terlalu ramai dalam serumah. So mohon maaf la ye yang komen 'tak ajak pun' tu ya. Limited!.



Adat le kan kalau dah reramai gitu, duk sibuk bercakap membebel, tup-tup nampak kamera, ehhh terus senyap memasing posing elok gitu hahaha. Walaupun kali ni tak cukup gengnya, sebab Jep, Juwita dan Haslin takde, tapi tetap meriah macam nak retak dinding rumah Sis hahaha.

Petang tu kami semua tema hari raya dan pakai pun baju raya. Baju Sis pakai tu adalah baju raya kedua selepas baju raya pertama tu, maklum le ada enam pasang kan hahahaha. Tapi baru pakai dua pasang. Nasib gak ada potluck, kalau tak, terus tergantung aje.

Kebetulan tahun ni taman mini Sis tu baru je siap, walaupun belum siap sepenuhnya, tapi memasing sakan berOOTD di taman mini tu hehehehe, berbaloi gak Sis ko buat taman mini kat tepi rumah tu, sejuk mata memandang, lepak borak situ tu kemian asyikkkk...



Dah nama pun potluck kan, so memasing bawa ler menu raya memasing. Masa dalam group kitaorang dah pakat sepakat semua bagi-bagi menu apa yang nak bawak, so takde la membazir kang banyak sangat kan.

Macam Sis tuan rumah, Sis hanya masak nasi putih, buat serunding, order kek pisang dan juga minuman, tapi datang rajinnya, TERmasak pulak Lemak Ikan Patin Tempoyak, perghh rezeki mereka le dapat merasa semua. Ingat ke takde sapa suka, rupanya laku gak ek hehehe. Menu lain ada rendang ayam & sambal kacang (Ima), ayam masak merah & nasi impit (Kak Sue), Roti jala kuah kari (lily), buah-buahan (Cha) dan kuih raya (Izam).

Memang banyak makanan petang tu, kenyang sampai tersandar memasing. Alhamdulilah rezeki kan orang kata.



Dan seminggu kemudiannya, kami semua GBS beraya pulak ke rumah Lily di Kempas. Kali ni kena buat malam, sebab Suami memasing kerja di siang hari hehehe. Dan malam tu Jep (baju purple) ada bersama isterinya Cik Yan. Apalagi tambah meriah lee suasana, macam tetamu 30 orang gamaknya.

Nasib baik tak kena halau dek pak guard oii hahahaha.. ye laa ada je cerita yang mereka bukak. Pastu buat lawak plak, yang kena bahan tuu haaa (gambar atas) si Kak Sue (kanan) dan si Lily (kiri). Habis semua ubat ketayap dan kemut kemit bagai keluar adoii haiii...ni semua gara-gara Cik Yan yang nak interview si Lily tu laaa.... susah sangat nak bukak ayat, kena Sis ko, straight to the point! haaa amekkawww tersedak si Cik Yan & Lily .... hahahahaha

Tapi kami semua open minded, takde nak rasa hati ke kecik hati ke, mereka sporting habis, paling tak, 'rasa nak balun je dak Sis ni' kakakakakakah..



Untuk menu di rumah Lily, sama juga potluck, memasing bawa makanan. Sis bawa ayam pandan frozen, menu lain ada, mee goreng basah & karipap (tuan rumah), mee hoon putih (ima), murtabak (Kak Sue), kek durian dan strawberi (Jep & Cik Yan), buah-buahan (Cha), dan kuih raya (Izam).

Korang nak tau, kuih raya tu si Izam tu bawak dengan balangnya sekali dari rumah dia tau hahahaha. Dari beraya rumah Sis, sampai ke rumah si Lily di hurungnya balang kuih raya Omak dia, nasib baik tak pecah oii...kalau tak kena balun gan Omak ko hahahaha.. lawak sungguh..

Jap tarik nafas jap... senak perut ketawa sambil menaip... begitulah kemeriahan raya Sis bersama Geng Bas Sekolah Sis setiap tahun. Umur dah 44 tahun, tapi kekadang, perangai memasing macam baru umur 24tahun gitu hahahahaha.... *mampos makan hati lee sapo baca ni ek hahahaha..

Kalau tak kumpul memang tak sah laaa... tu baru raya, belum lagi yang lepak luarnya, ngetehnya, ngopinya, aishhh macam ribut di buatnya satu kedai. Ni minggu ni nak masuk hotel, entah camne laa gamaknya kang...adoii jangan bikin malu oii hahahaha..

Kitaorang ni suka gelak, memasing ada je buat lawak. Tapi di sebalik gelak itu, tersimpan mungkin seribu masaalah, ujian, dugaan yang orang semua tidak tau... mungkin... yang penting, kami semua gembira bahagia bila bersama.. segala masaalah hilang sekejap begitu aja. Kan korang kan...

Aku sayang korang semua!!!... dunia akhirat..


P/S: Yang di uji moga terus tabah menghadapi.. kami tau ko kuat untuk hadapinya! Chaiyokkk.. 

Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. seronoknya dapat dah berjumpa ngan geng2. Ammi belum lagi get together dengan geng sekepala ni. borak2 kat whatsapp je dapat huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee Ammi, masih sampai sekarang kami berchat, berjumpa dan sama-sama laa berkongsi suka duka.. alhamdulilah..

      Delete
  2. alhamdulillah, masih dpt berkumpul kan sisLin? kemeriahan terasa dlm keserhanaan, kadang sederhana tu lagi mcm2. hihiii... syukur! daku belum merentas negeri lagi ni, kental kan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Cha..seronok sangat... walau rasa lain sikit tahun ni, tapi takpe, yang penting dapat jumpa sesama..

      Delete
  3. Alahai menunya menduga betoi ^_^ seronokkan dapat berjumpa walaupun raya covid :)

    jemput singgah dan join segmen shida..sis lin :)
    http://www.duniashida.com/2020/06/segmen-bloglist-2020-blog-shida.html

    terima kasih.
    done follow #1742

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe menu semua potluck aje, memasing bawa makanan.. Kann xkira wabak, dapat jumpa sekejap dah seronok sangat..

      Delete
  4. bestnyaaa berayaaaaa...aku rasa tahun ni, umah ko je la kot nanti raya nya yang dah luar syawal dah..ahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tak sabarnya tunggu esok...jangan lupa pakai baju raya..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!