Header Ads


YEAY! ESOK HARI RAYA!!


YEAY! ESOK HARI RAYA!! | Alhamdulilah esok kita dah mula berhari raya setelah sebulan berpuasa. Haaa? Ko taknak raya? Jap! Nak tanya...Korang puasa tak? Kalau puasa kenalah raya. Fahamkan dulu maksud dan pengertian Hari Raya itu sebenarnya.

Ye faham...keadaan sekarang memang takkan sama seperti raya yang sudah-sudah, tapi kita kenalah terima semuanya dan redha akan apa yang sedang berlaku. Lebih-lebih lagi kena bersyukur, sekurangnya di beri peluang berhari raya sekali lagi untuk tahun ini. Walaupun dalam serba serbi 'Normal Baharu'.

Ingat tak sedih ke? Ingat suka sangat ke nak raya tanpa fikirkan orang lain? Ingat! Kita ingat pada mereka yang kurang bernasib baik, yang jauh dengan keluarga, yang sekarang tengah struggle jalani kehidupan atas sebab berlakunya wabak Covid19 ni, terutamanya frontliners tu yang masih bertungkus lumus bekerja dan berjauhan dari keluarga.. tapi....inilah masanya kita raikan, kita ceriakan sekejap hati kita dan orang sekeliling kita untuk meraikan hari raya bersama.

Sedih tu boleh, tapi jangan sedih sangat yaa..nanti stress, jatuh sakit plak.. semua orang pasti sedih.. Sabar laa wahai hati..

So macam mana persiapan raya korang? Dah siap mengemas? Atau dah mula sibuk di dapur merebus ketupat dan bakar lemang?.

Sis baru siap mengemas rumah hahaha..sakan tahun ni rumah aje beraya.



Yayy! Setelah seminggu Sis ko kejekan Mini Garden ni, akhirnya siap juga 90% ...sebab apa hanya 90%, sebab masih ada yang tak siap lagi..air terjun belum pasang dan ada pokok bunga pun masih belum di pindahkan ke pasu besar kekekeke..main letak aje dulu, sebab nak amik mood raya tu dulu hehehe..

Janji ada lee nampak Cahaya Aidilfirtrinya kata orang, walaupun bukan pelita original hahahaha.. Entah mana Suami beli lampu pelita guna bateri tu entah, so memalam Sis on kan dah nampak macam pelita ori gitu, sweet je kan hehehe..

Jadilah dari nan ado...kalau tak, ruang luar ni agak muram jee, sebab kosong, so bila dah letak karpet rumput tu, dan letak meja bagai dan hias semua, haaa barulah naik mood taman tu, Suami pun tersenyumm nengok hasil kerja Isteri dia.. hehehe..


Now Sis dah mula sibuk di dapur memasak dan menyiapkan bahan, untuk harini masakkan dulu Suami punya kesukaan, Rendang Ayam Kampung, esok lepas Subuh, baru masak menu-menu lainnya..yee tahun ni tak kelam kabut sangat nak masak, lagipun sendiri yang masak, esok makan rehat makan rehat aje la depan tv hehehe.

So korang, jangan terlalu sedih ya, Sis faham... i feel u, cuma Sis ni bernasib baik aje, family dan keluarga semua di Johor, tapi itu pun berkira-kira nak pergi ziarah sana sini. Memasing ada penyakit dan Emak Sis pun pesakit cancer, so risiko jangkitan tu tinggi...maka nak tak nak, tak dapatlah kami berkumpul sama esok.....kena ikut turn ziarah.

InsyaAllah, Syawal bukan tahun ni je, tahun akan datang masih ada...jika ada umur kita jumpa lagi..yang patut kita sedihkan, ramadhan akan pergi...dan kita tanya diri kita, apakah cukup amalan kita sepanjang ramadhan ni? ...tepuk dada tanya iman..


'Berat bahu memandang, berat lagi bahu memikul'...

Juga terima kasih kepada rakan-rakan semua yang banyak beri makanan dan hadiah sepanjang ramadhan ini. Moga dimurahkan rezeki berlipat ganda kepada korang semua..

Selamat Hari Raya korang!! ..


P/S: Alhamdulilah! Tahniah buat diri sendiri yang dapat khatam Quran semalam di bulan Ramadhan ini, alhamdulilah!! ...

4 comments:

  1. alhamdulillah
    Selamat bersilat membuat persiapan raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah lega siap dan selesai sudah Wak...

      Delete
  2. selamat hari raya...raya yg simple je tahun ni tapi penuh makna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya Ieyra..
      Mohon Maaf Zahir Batin ..simple lagi bagus, kurang kos semua kann..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.