Header Ads


E-TAILER BARANGAN KEMAS MEWAH MEMPERKENALKAN PAMERAN SECARA MAYA DALAM NORMAL BAHARU


E-TAILER BARANGAN KEMAS MEWAH MEMPERKENALKAN PAMERAN SECARA MAYA DALAM NORMAL BAHARU | Korang pernah dengar nama Qlassico? Qlassico adalah e-tailer barangan kemas mutiara mewah tempatan. Dan kini mereka telah melancarkan kemudahan janji temu secara maya bagi menambah sentuhan peribadi kepada pengalaman membeli-belah secara dalam talian. Inisiatif ini sebagai menghadapi normal baharu selepas Covid-19.

Walaupun pembeli dalam talian boleh menjadualkan pameran peribadi di luar talian dengan penjual untuk melihat barangan kemas mutiara secara lebih dekat, namun ini bukanlah pilihan terbaik pada masa yang kritikal ini di mana penjarakan sosial telah menjadi satu kebiasaan.

Pembeli dalam talian dapat berinteraksi dengan perunding barang kemas di rumah mereka sendiri

Bagi memastikan pembeli dalam talian dapat terus menikmati perkhidmatan secara peribadi yang diberikan oleh perunding barangan kemas, Qlassico telah memperkenalkan pengalaman membeli belah secara maya. Usaha ini dapat memberikan pengalaman membeli-belah peribadi dengan kualiti yang sama seperti pameran peribadi secara percuma.

Perjanjian maya boleh dijadualkan di laman web Qlassico

Janji temu secara maya dilaksanakan melalui aplikasi sidang video di mana pelanggan boleh berinteraksi secara terus dengan perunding barangan kemas dan melihat barangan kemas mutiara dengan selesa dari rumah masing-masing. Janji temu secara maya mudah diatur dengan menghantar butiran hubungan dan slot masa pilihan anda melalui laman web Qlassico di https://qlassico.com.


Pengguna dapat melihat barang kemas secara langsung semasa sesi tontonan maya

“Pandemik ini telah mengubah cara hidup dan kita perlu menyesuaikan diri dengan kehidupan yang baharu. Dengan menyediakan perkhidmatan secara digital, para pembeli dalam talian dapat menikmati perkhidmatan peribadi sebelum memuktamadkan transaksi dalam talian dengan teratur dan selamat
.” kata Wong Chee Sheun, pengasas bersama Qlassico.

Selain daripada meningkatkan pengalaman membeli-belah barangan kemas mewah secara dalam talian semasa tempoh yang mencabar ini, Qlassico turut menzahirkan sokongan mereka kepada masyarakat dengan menyumbang kepada tabung wabak Covid-19.

Sila layari laman web https://qlassico.com untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh melayari profil Instagram dan Facebook @qlassico.


P/S: Serba serbi semua di hujung jari sahaja kan..kalau tak kawal nafsu, semua nak di belinya hahahaa. 

14 comments:

  1. wowowowowo menarik ni. 1st time ada service beli barang kemas secara online camni. good initiative

    ReplyDelete
  2. Ada gak terdetik nak beli tanpa mood swing sejak PKP ..hehe. Nanti Sal singgah ya , mana tahu kot ada yang berkenan kan. Hati pompuan..kihkihkih

    ReplyDelete
  3. brg kemas dan wanita berpisah tiada..nak pula di musim raya kn...skarang pn dh bole beli online

    ReplyDelete
  4. Wahhh sekarang nak beli emas pun dah boleh beli secara online..cantik plak brg kemas diorg tu

    ReplyDelete
  5. Time PKP pun siapa kata tak boleh beri barang kemas ye kan? huhuh... Tapi ini memang cara terbaik dan selamat sebab mematuhi SOP dan melindungi diri dari covid. Harap husband-husband pandai mengelak..

    ReplyDelete
  6. btol tu serba serbi dihujung jari sekarang. apapon kita harus bijak memilih dan membeli secara atas talian ni.

    ReplyDelete
  7. wow... sekarang betul betul New Norm. Beli barang kemas mewah pun, dah boleh buat secara maya je..

    ReplyDelete
  8. Ini membuat kaum wanita rambang mata selepas ini, si suami sakit mata tatkala duit akan habis. hehe. Selamat hari raya

    ReplyDelete
  9. Pendekatan yang inovatif dalam notma penjualan baharu... cuma blm pernah dengar label qlassico ni.

    ReplyDelete
  10. first time gak dengar brand ni. tapi barangan kemas saya memang sukalah

    ReplyDelete
  11. wow bestnya, semua benda pn boleh kita beli online skrg. cantik rantai brand ni

    ReplyDelete
  12. Hah boleh beli barang kemas meeah secara dalam talian ni bagus juga sebab dalam keadaan sekarang memang semua online. Nampak menarik koleksi barang kemas dari Qlassico ni.

    ReplyDelete
  13. Aduhhh ada pulak barang kemas dalam talian..ini tak boleh jadi ni, maklum le org pompuan ni dengan barang kemas macam isi gan kuku gitu...hehehe. Nanti nak survey lah

    ReplyDelete
  14. cantik nye barang kemas tu. Siap boleh beli online pulak skrang. Senang betul!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.