LAST MINIT SEMALAM AKU MASAK KETAM SALTED EGG!

LAST MINIT SEMALAM AKU MASAK KETAM SALTED EGG! | Memang betul-betul last minit semalam Sis masak Ketam Salted Egg ni. Ikutkan perancangannya semalam menu hanya nak Goreng Mee Hoon aje. Dah berapa hari nak goreng mee asyiklah tak menjadi.

Kelmarin nak goreng, tiba-tiba TERorder Nasi Ambang Dulang Cafe tu, kemudian plan semalam plak, tup-tup Suami call katanya dia beli ketam dan minta masak untuk berbuka puasa. Ingatkan nak masak black pepper ke, tapi bahan banyak tak cukup plak, so masak mana bahan yang ada dan cepat jerr. Sebab ketamnya semalam Suami bawa balik hidup-hidup lagi...

Nak matikan ketam 'bangkang' ni, korang tak perlu nak ketuk dia ke apa ke, korang letak dalam besen atau baldi, kemudian korang masukkan air batu, pastu letak air, nanti lama-lama ketam tu kojol hahahaha. Kalau tak gile ko, mau kena sepit dek sepit dia yang besau gabak tu, boleh putus jari oiii...

Petua tu pun Sis tertengok dalam youtube Sazali Adam Bahar tu haa. Beliau seorang nelayan dan banyak bagi petua pasal haiwan-haiwan dalam laut ni. Tu yang Sis ikut tu, betul menjadi hehehe..Pelik gak, kenapa ketam tu takut ais ek, padahal duduk dalam air tak ke sejuk gakk, ermmmm....


Kira-kira semalam hampir 10 ekor gak Sis masak, hehehe yaaa kami semua hantu ketam, lagi jenis ketam macamni, memang jadi kesukaan. Termasuk juga Suami, kadang dia tolong ketukkan tang penyepit ketam tu hahaha..

Puashati makan semalam. Sis tanya juga beli mana, katanya di Kong Kong. Kebetulan kata Suami, kawannya ada menjual ketam ni semalam, beli 2 kilo, hampir juga seratus hengget kata Suami! Tapi tak kisah, janji besar dan puashati, isi penuh dan fresh! Puas makan saat-saat akhir ramadhan ni haa..

Sebenarnya nak sedap, ketam ni masak sambal telur macam kat kedai seafood tu, perghh memang terangkat oiii..makan dengan roti goreng atau apa je laa roti yang boleh buat cecah, memang tak toleh kiri kanan kalau ngadap. Tapi sebab takde bahan, so masak je laaa apa yang ado...pun sedap!..


Tak susah mana pun nak masak Ketam Salted Egg ni, Sis guna aje serbuk segera dari Tepung Salted Egg Bestari tu. Mudah dan cepat. Korang hanya perlu cincang bawang putih, daun kari, cili padi dan juga mentega/butter untuk menumis.

Caranya pun senang, korang letak mentega/butter dalam kuali, kemudian tumis bawang putih cincang, cili padi dan daun kari sampai wangi. Kemudian masukkan ketam yang telah di kukuskan. Then masukkan serbuk Tepung Salted Egg Bestari tu kedalam kuali dan gaul dengan api perlahan.

Ketam tu korang kenalah kukus/stim kan dulu, so bila masak, tak payah tunggu lelama, gaul-gaul je rata semua, then tutup api, hidang.

Senangkan?..rasanya pun paduuuu oii..macam masakan kat kedai! Hehehehe kembang sebody bila anak-anak dan Suami puji, padahal guna pes segera jerr...tapi yang penting air tangan Isteri tu, masak penuh kasih sayang, sebab tu menjadi, kalau tak, memang tak sedap juga hehehehe ...

Licin sekali hadap semalam, siap sambung moreh ratah bakinya hahahaha..
So harini, cer teka nak masak apa? Hahaha apalagi Mee Hoon lerrr muahahahaha...


P/S: Makan ketam teringat kat Mia..dia suka makan ketam!..

4 comments:

  1. Semalam pun menu wak masak lemak ketam.
    Mahal ketam sekarang.
    Tak salah RM28.00 sekg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Wak, yang ketam jenis ni semalam Suami kata hampir rm50 sekilo...mahaii kann nak raya ni..

      Delete
  2. oiiyooo sedapnya.. adeh.. teringin pulak rasanya.. kat mane nk cari ketam ni.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kannn, Sis pun tetibee je Suami bawa balik...teringin pun ye juga hehehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.