Header Ads


MEMPERKENALKAN WALL'S SPECIAL EDITION TEALIVE BOBA ICE CREAM


MEMPERKENALKAN WALL'S SPECIAL EDITION TEALIVE BOBA ICE CREAM | Wall’s Berganding Tenaga Dengan Tealive Untuk Kolaborasi Pertamanya Memperkenalkan Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream.

Korang dah mencubanya ke? Sekali pandang kemain sedap, telan air liur masa menaip ni uii...agak-agak kann, kalau makan tu, boba tu betul-betul rasa boba macam dalam air tu ke? Ke boba tu keras seperti aias krim? Jeng jeng jeng, ini maknanya korang kena cuba sendiri.

Rata-rata yang Sis baca feedback dari orang yang dah mencubanya, semua kata sedap, cuma kata mereka ice creamnya aje cepat cair, so kena makan cecepat selepas beli. Ooo ye ke, okay-okay, ingat harini nak pi terjah Pteronas Kota Masai, nak pi beli dan mencubanya. Korang yang dah cuba, bolehlaa komen di bawah ya.

Wall’s Berganding Tenaga Dengan Tealive Untuk Kolaborasi Pertamanya
Memperkenalkan Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream


Korang mungkin fikir kegilaan boba telah pudar di Malaysia, namun interpretasi semula minuman kegemaran ramai ini muncul pula, apabila jenama ais krim ternama Malaysia, Wall’s memperkenalkan rekaan terkininya melalui kolaborasi dengan rangkaian bubble milk tea, Tealive - Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream.


Keluaran terkini ini lebih dikenali dengan nama manja #WallsBobalicious, Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream merupakan gaya terbaharu peminat boba untuk menikmati minuman kegemaran mereka dalam bentuk ais krim, tidak mengira tempat dan waktu!

#WallsBobalicious direka khusus untuk memberikan pengalaman sensori baharu hasil dari minuman yang tidak asing lagi di Malaysia dengan harga yang berpatutan dengan rasa teh susunya yang kaya dan bijian pearl yang kenyal dalam setiap gigitan.


Produk ini juga melambangkan pengalaman pertama jenama Wall’s, kerana ianya merupakan kolaborasi pertama di antara Wall’s dan Tealive, disamping memberikan rakyat Malaysia pengalaman baharu untuk menikmati boba dalam bentuk sebatang ais krim.

Kolaborasi ini juga semestinya memberikan kenikmatan dan menjadi penaik semangat buat semua rakyat Malaysia dalam tempoh #DudukRumah ini, dimana kita semua boleh #BobaJeLAH dan menikmati kemanisan hidangan kegemaran ini tidak mengira tempat dan waktu!


Jadi apa yang anda tunggu lagi?

Wall’s Special Edition Tealive Boba Ice Cream kini boleh didapati eksklusif secara pesanan melalui atas talian di Tealive:

https://tealivehq.beepit.com/ordering/ (KL, Bangsar, Mont Kiara, Damansara, PJ,
Subang, Shah Alam)
https://tealivehq2.beepit.com/ordering/ (Klang, Cheras, Putrajaya, Cyberjaya &
the rest of Klang Valley)

#WallsBobalicious kini dipasarkan di seluruh negara di kesemua semua pasar raya utama, pasarraya besar, kedai serbaneka dan juga cawangan Tealive terpilih dengan harga sebatang ais krim dijual pada harga yang disyorkan iaitu RM2.20 - RM2.70 sebatang.

Nantikan kemas kini dan tawaran menarik di laman sesawang Wall’s (www.walls.com.my) atau ikuti Wall’s Malaysia di Facebook (www.facebook.com/wallsmalaysia/).


P/S: Macam sedap ek...tak salah kalau mencubanya sekali kan, kalau sedap, cuba berkali-kali hehehe..

8 comments:

  1. Replies
    1. Kannn, memang nak kena cari dan cuba ni PC, limited edition tuu...

      Delete
  2. Nikmat haihh berbuka puasa dapat ni sebagai pencuci mulut. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Faizzah...sekali berbuka terus makan ice cream, perghh hilang haus hahahahah

      Delete
  3. Replies
    1. Ayuh...tadi dah kirim gan Yana hehehe...kata dia adaa...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.