Header Ads


INI AJE GAMBAR RAYA PKPB AKU BERSAMA KELUARGA


INI AJE GAMBAR RAYA PKPB AKU BERSAMA KELUARGA | Untuk raya tahun 2020 ni, boleh di kira gambar raya kami sekeluarga dalam handphone memasing hahahaha...memang takde amik gambar sangat pun..yang sempat tu lee pagi raya sebelum bersalam-salam. Yang bestnya, tahun ni Suami yang beriye nak bergambar dan jadi tukang amik gambar Sis dan anak-anak guna handphone dia hahaha..

Ikutkan Suami tu memang susah nak bergambar, tapi tahun ni, dia yang nak bergambar dan siap pegang handphone amikkan gambar Sis dan anak-anak. Handphone Sis letak tepi jerr, semua guna handphone dia kekekeke..Jadilah janji ada gambar kenangan raya 2020 PKPB tahun ni. Memang tak kemana pun, so memang takde nak keluar bergambar.

Sebelum ni dah 3 tahun kami bergambar di studio bersama family adik-adik dan juga Emak Sis, so tahun ni, takde gambar-gambar. Anak-anak pun berOOTD gitu-gitu je laa kat taman mini Sis tu. Jangan kan kata gambar keluarga tak ada, gambar dengan adik badik, gan Emak dan anak saudara semua pun takde untuk tahun ini. Redha aje la.

Janji kenangan manis raya bersama insan-insan tersayang kita tu, kita simpan jauh di sudut hati, walaupun tak bergambar kann..

Sempat lagi Suami snapkan sewaktu Sis dan anak-anak dah beratur nak bersalaman dan collect duit raya hahahaha..
Raya tahun ni kami semua takde sedonodon dan beli baju raya sepakat, memasing semua beli sendiri, kecuali baju Sis, Suami yang belikan. Tapi ada jugalah baju Sis yang dah awal-awal Sis beli. Yaaa Sis ada 6 pasang baju raya ko tahun ni hahahaha...tapi semuanya memang Sis dah siapkan sebelum PKP lagi, konon nak pakai pi Buffet Ramadhan sana sini, tapi tak kesampaian, semua belum di pakai lagi.

Makanya jadi bertambahlah baju raya Sis. Dan pulak yang mana Sis hantar jahit kedai, boleh plak siap serentak semua hahahaha..nak taknak amik aje laa kan..tak pakai yee simpan, baju bukannya basi pun kan..


Yang ini pun Suami yang amik, sebelum kami semua makan berjemaah sama. Lawak tau si bujang tu, rambut PKP katanya hahaha...adeiii 
Baju anak-anak pun sama, mereka dah beli awal-awal sebelum PKP juga. Kecuali Yana, last minit beli juga baju raya, konon taknak beli hehehehe..Kalau si bujang Sis plak, bajunya tu baju tahun lepas, baru pakai sekali katanya, so recycle aje tahun ni, bukan nak kemana pun katanya.

Baju Suami pun sama, Sis ada belikan dia kurta warna biru gelap, tapi bila nampak Sis pakai baju warna hitam, ehhh dia pakainya baju melayu lama dia plak...dah dua-dua warna hitam sedondon plak.. nasib baik muat ek hahahahaha...

Tahun ni kira banyak gak le jimatnya, takde nak membeli sangat, Sis pun boleh persiapan raya untuk diri sendiri awal-awal dah buat, memang tak jangka keadaan akan macam ni, kalau tau awal macam ni, memang langsung Sis ko tak beli kakakakakah lagi jimat hahahaha...

Tapi takpe, janji duit raya memang Suami dah sesiap sediakan. Baik untuk anak-anak Sis, untuk anak saudara, adik-adik dan juga Emak. Yang lain siap sedia je isi untuk stanby, mana jumpa bebudak, sedekah aje kan..

Sis suka amik gambar, nanti bila time mood sedih ke, mood celaru ke, Sis suka tengok balik, walaupun kadang satu gambar tu punya seribu satu kenangan yang mungkin akan menyakitkan hati kita...tapi ada juga yang bila kita lihat, buat kita tersenyum....

Gambar raya korang mesti meriah kan?! ...


P/S: Ramai yang kata, kami semua muka dan senyum sama aje dalam gambar, ye ke? Hahahaha... 

8 comments:

  1. yang adik tu kenapa tak nampak mata pulak dia bergambar..hehehe...kita pun gambar pagi raya je sis, lepas tu terus pakai uniform dapur..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha rambut dah panjang Eda, taknak gunting...tu yang gitu lee jadinya, ala kPop hahaha...

      Delete
  2. Tahniah keluarga bahagia
    Selamat hari raya PKPB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah...makaseh Wak..
      Selamat hari raya..

      Delete
  3. rambut PKP tu tak boleh blah..

    Selamat hari raya Sis Lin. ^^

    Aah la. bila senyum semua nampak sama je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yee Aien, tak tau nak gunting manaa...
      Selamat hari raya juga buat Aien..

      Hehehehe..

      Delete
  4. seronoknya dapat beraya bersama ahli keluarga..

    reseki masing-masing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Tuan Hanafi...alhamdulilah..
      Cuma sedih kannn, walau depan mata tetap tak boleh nak peluk cium..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.