Header Ads


JOM BERBUKA PUASA BERSAMA MENU 'SELERA KAMPUNG' DARI TANJONG PUTERI GOLF RESORT


JOM BERBUKA PUASA BERSAMA MENU 'SELERA KAMPUNG' DARI TANJONG PUTERI GOLF RESORT | Jom? Yaa Jomm laaa....Oii, mana boleh jom, kan tengah PKP ni... Eee dah boleh daaa, kan kita dah masuk Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) ni, sekarang semua kedai makan atau restaurant hotel tertentu dah boleh 'Dine-In' datang dan makan di situ. Oo ye ke? Yaa..tapi dengan bersyarat semuanya.

Yang tak tau, sila banyak membaca yaa. Tapi bagi mereka yang masih lagi tidak berani dan was-was untuk keluar makan di luar, jangan risau, masih ada lagi kedai makan, cafe dan juga hotel yang buat servis Takeaway dan Delivery terus kerumah korang, jangan bimbang.

Salah satunya adalah Tanjong Puteri Golf Resort ni. Dekat aje dengan rumah Sis kalau nak takeaway, tapi Sis pilih delivery terus kerumah, lagi mudah dan senang. Sekarang pun jarak penghantaran tiada had, so bagi mereka yang di luar kawasan jika ingin mencubanya, bolehlah cuba, hanya bayar caj penghantaran mengikut jarak kediaman korang aje.

Kali ni menu 'Selera Kampung' menjadi menu Ramadhan takeaway & Delivery Tanjung Puteri Golf Resort, dan Sis berkesempatan dan orang kata rezeki namanya, dapat mencuba set berbuka puasa mereka. Yaa setiap harga menu dan pakej, ada 2 jenis menu sahaja, dan harga bergantung kepada berapa orang korang makan, macam Sis hanya berdua aje pada haritu, so Sis amiklah set untuk 2 orang dengan 2 menu dengan hanya RM 50 sahaja.

Faham ke tak faham tu? Hahahaha..

Begini... menu Selera Kampung ni hanya ada 2 jenis menu sahaja, iaitu Set Nasi Tomato dan Set Nasi Putih Berlauk. Harga pula bergantung kepada berapa pax (orang) korang punya makan. Pakej tersedia beserta kuih-muih, buah-buahan, kurma, puding dan juga minuman.

Okay dah, jom nengok apa yang Sis makan ya..




Set Nasi Tomato 

  • Nasi Tomato
  • Daging Kurma 
  • Sayur Masak Jawa 
  • Tempe Goreng, Ikan Bilis Kacang Sambal 

Ini menu untuk Nasi Tomatonya. Cuma Tempe Goreng, Ikan Bilis Kacang Sambal tu, menu tu ada pada kedua-dua set yang korang pesan, nanti korang tengok menunya di bawah ya. Set nasi tomato ni anak bujang Sis yang makan, kemain suka dia, sedap katanya. Sambal Masak Jawa tu pun dia makan, padahal si bujang tu mana suka makan sambal goreng macamtu, so menu tu kenalah tu kat tekak dia.

Dan untuk menu Sis, Sis amik set Nasi Putih Berlauk.




Set Nasi Putih Berlauk

  • Nasi Putih
  • Ayam Masak Yomato
  • Lemak Labu dan Kacang Panjang
  • Tempe Goreng, Ikan Bilis Kacang Sambal

Ini menu yang Sis makan. Mula tu kan Sis macam pelik, ke salah letak menunya, biasa Nasi Tomato makan dengan Ayam Masak Tomato tu, tapi terbalik pulak hahaha. Sebenarnya, ikut suka korang laaa nak pesan lauk yang mana untuk set yang mana sekalipun, tak kisah, korang bagitau aje, mereka akan siapkan. Jangan risau. Tapi Ayam Masak Tomato tu memang sedap! Ngam sangat makan dengan Lemak Labu tu haa. Dan itulah menu Tempe Goreng, Ikan Bilis Kacang Sambal tu haaa, dua-dua set akan ada menu tu, cuma ianya agak kering je sikit dan kurang rangup. Tapi sedap rasanya.

Dan sebagai tambahan dalam set ini, korang juga akan dapat :




Juga Menu Pilihan Lengkap :

  • Keropok atau Papadom
  • Kuih-Muih, Buah-Buahan, Kurma, Puding 
  • Minuman Sirap Bandung atau Air Soya

Haa set ni semua korang akan dapat sekali dalam semua set Selera Kampung tu. Korang boleh pilih nak yang mana. Semua tersedia dalam satu pakej set. Senangkan, kalau makan satu set, tak payah nak fikir nak beli apa lagi, semua dah siap semua termasuk air sekali.

Memang puashati. Ada juga menu add-on yang korang boleh buat pesanan, Sis ada sertakan sekali di bawah ini dan korang boleh terus ke facebook mereka atau hubungi nombor yang Sis berikan di bawah ni ya .



Selera Kampung Set Meals are now available at Golfer's Cafe @ Tanjong Puteri Golf Resort at only RM25 per person. The more you order, the more savings you will get.

Available from 27 April to 22 May, 11.00am - 6.30pm (last order & delivery at 6.00pm) 
Self collection until 6.30pm.

Enjoy 10% discount for self collection at the resort.
Please call to order at 07-2596136 or whatsapp/scan QR Code to 017-744 2711.


UPDATE: Korang boleh Dine-In makan juga di sini ya. 

Selamat menjamu selera korang!..


P/S: Harini cadangnya nak OFF dapur, tapi anak pulak buat permintaan menu, so apalagi, masak laaa!.. Hohoho...

13 comments:

  1. Nampak menyelerakan sungguh lauk pauknya

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap2 menunya
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  3. Mak ai... berselera sungguh menu kampung ni, tetapi jauh la pulak nak order atau pergi makan dalam tempoh PKP ni memey la mustahil.

    ReplyDelete
  4. tekak melayu mmg nk kena menu selera kampung bertambah2 selera kn...lapar plak tgk hidangan set dr Tanjong Puteri Golf Resort ni

    ReplyDelete
  5. Lemak labu, tempe goreng, sambal ikan bilis..menjadi gandingan ni. Sedap-sedap semua ni sis.

    ReplyDelete
  6. Fuhhhh nampak menyelerakan semua lauk pauk dia. Lagi-lagi menu kampung ni. Bertambah lah pinggan bila makan ni

    ReplyDelete
  7. murahnya set berbuka golf resort ni. napelah takda kat sini. ada hari malas nak masak berbuka haha

    ReplyDelete
  8. Memang nampak semua menu betul betul selera kampung ni. Semua nampak sedap dan menyelerakan. Nasib baik jauh kalau dekat dah order juga untuk berbuka.

    ReplyDelete
  9. Wow..tengok pun dah tahu sedap ni. Takde dapat makan kat hotel, dapat berbuka dengan air tgk chef hotel pun jadilah

    ReplyDelete
  10. geram aku tengok sambal jawa dia tu....sedapnya!

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap gambar makanan nya. Ade banyak set juga untuk pilihan . Kalau sesiapa nak gantung kuali malas masak boleh lah order :)

    ReplyDelete
  12. Wow terliur tengok air bandung tu kak oiii. Nanti nak buat sirap bandung. hahahaaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: linmdnoor@gmail.com

Powered by Blogger.